Wayang Kulit Gedek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wayang Gedek (Tulisan Jawa: ꦮꦪꦁ​ꦒꦺꦢꦺꦏ꧀; Tulisan Sunda: ᮝᮚᮀ ᮌᮨᮓᮨᮊ᮪) adalah satu jenis kesenian tradisional wayang kulit yang berasal daripada pulau Jawa (bahagian barat) yang popular dimainkan di Jawa Barat dan Banten (Indonesia), serta Kedah dan Perlis (Malaysia). Di Indonesia, pertunjukan wayang kulit jenis ini biasanya dimainkan dalam bahasa Sunda dan Jawa, manakala di Malaysia, biasanya dituturkan menggunakan loghat utara (loghat Melayu Kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau (diambil dari lakon bahasa Sunda: ᮈᮔ᮪ᮒᮧᮀ, translit. Entong dan ᮈᮔ᮪ᮊᮅ, lit. Enkau). Wayang kulit jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Mengikut etimologinya, istilah "wayang gedek" (Tulisan Jawa: ꦮꦪꦁ​ꦒꦺꦢꦺꦏ꧀) berasal daripada gabungan perkataan dalam bahasa Jawa iaitu ꦮꦪꦁ​ (wayang) dan ​ꦒꦺꦢꦺꦏ꧀ (gedek), yang mempunyai erti berturut "bayangan" dan "goyang leher". Istilah perkataan ini merujuk kepada bentuk khas wayang kulit jenis ini yang berkeluk atau agak melengkung pada bahagian leher.[1][2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Baoesastra Djawa.
  2. ^ Kamus Kawi (Jawa Kuno)-Indonesia, Soewojo Wojowasito, Januari 1973.