Pergi ke kandungan

Wikipedia:Jangan melakukan tipu helah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Satu penipuan merupakan satu helah untuk meyakinkan sebuah audiens bahawa sesuatu yang palsu itu adalah benar. Memandangkan yang Wikipedia ini sebuah "ensiklopedia yang boleh disunting oleh sesiapun", terdapat kemungkinan ia disalah guna untuk membuat penipuan.

Jangan buat penipuan

[sunting sumber]

Jangan cuba untuk meletakkan maklumat palsu dalam Wikipedia untuk menguji kemampuan kami untuk mengesan dan membuangnya. Percubaan ini pernah dibuat dengan hasil yang pelbagai. Kebanyakan penipuan dikesan dan ditanda untuk penghapusan dalam tempoh beberapa minit selepas ia dibuat.

Kemasukan maklumat palsu sudah dicuba, diuji dan disahkan—malah memang maklumat palsu dapat dimasukkan ke dalam Wikipedia, sama dengan maklumat lucah. Itu lumrah ensiklopedia bebas yang boleh disunting sesiapun. Sesuatu penipuan atau olokan sebenarnya merupakan laku musnah yang halus; justeru semua jenis penipuan dikira sebagai laku musnah dan pembuatnya boleh disekat atau dilarang daripada menyunting.

Pengesahan

[sunting sumber]

Wikipedia menetapkan bahawa bahan yang dimasukkan dapat ditentusahkan dengan rujukan kepada sumber terbitan yang boleh dipercayai. Beban pembuktian terletak pada penyunting asal sekiranya sesuatu bahan itu dicabar. Justeru, perbuatan menneruskan penipuan adalah sia-sia jika bahan tersebut dicabar oleh para penyunting Wikipedia terutama lagi jika bahan tersebut tidak dipercayai masyarakat umum di luar Wikipedia. Lagipun, jika sesuatu penipuan itu sudah berjaya dilakukan dalam kalangan masyarakat umum, pembuatnya tidak perlu membuat rencana; orang lain akan membuatnya.

Menangani penipuan

[sunting sumber]

Sekiranya anda terjumpa sesuatu rencana ataupun imej yang berkemungkinan sebuah penipuan, tandakannya dengan {{tipu}} dan {{hapus}} agar penghapusannya akan dipertimbangkan. Jika memanag terbukti bahawa bahan tersebut memang penipuan, pengguan yang terlibat harus diberi amaran.

Pada amnya, penipuan bukan calon untuk penghapusan segera. Lazimnya pembuktian penipuan memerlukan penelitian oleh lebih daripada seorang penyunting kerana telah terjadi yang apa yang difikirkan penipuan sebenarnya sesuatu yang tidak diketahui awam. Oleh sebab itu bahan yang disyaki sebagai penipuan harus diteliti dengan terperinci dan hanya dalam kes-kes ketara sahaja boleh bahan tersebut dicadangkan untu penghapusan segera.

Juga, teks yang susah dipercayai mungkin merupakan pemerian sah tentang karya-kaya fiksyen yang ditulis dengan cara yang tidak menepati syarat gaya penulisan Wikipedia (MGP). Gunakan pautan "Pautan ke laman ini" untuk membuat pemeriksaan, dan jika ya, sunting semula ayat agar menepati MGP.