Wikipedia:WikiProjek Jalan Raya
Laman ini merupakan WikiProjek, satu ruang untuk kerjasama di kalangan ahli Wikipedia. Kehadiran peserta baharu adalah dialu-alukan, dan anda bebas untuk menyertai sebarang WikiProjek! |
WikiProjek Jalan Raya | ||
---|---|---|
WikiProjek yang merangkumi kesemua jalan raya utama |
Wikiprojek Jalan Raya ialah wikiprojek yang bertujuan untuk menyeragamkan format yang digunakan dalam artikel tentang jalan raya, termasuk lebuh raya, jalan negeri, jalan pintasan, jalan lingkaran dan bentuk jalan utama yang lain. Jika anda berminat untuk menyertai, tambahkan diri anda ke halaman peserta.
Tentang
[sunting sumber]Ia ditubuhkan pada 1 Mac 2022 di Wikipedia Bahasa Melayu. Induk projek ini ialah WikiProjek Pengangkutan awam.
Statistik
[sunting sumber]akan ditambah
Struktur rencana
[sunting sumber]Setiap rencana mesti mempunyai kotak info, yang biasanya merupakan kotak info jalan raya dan bahagian pendahuluan yang memperkenalkan semua bahagian artikel. Ayat pertama harus memberikan definisi subjek artikel, termasuk lokasi. Jika terdapat satu lagi singkatan biasa untuk subjek tersebut, nyatakan di bahagian utama. Peta dan imej juga dapat membantu artikel.
Kotak info
[sunting sumber]Mulai 2010, kotak info standard, {{infobox road}}, telah dikemas kini untuk menampung jalan raya di seluruh dunia dan subtemplat telah disediakan untuk negara-negara ini. Terdapat juga {{infobox road junction}} untuk artikel mengenai simpang atau persimpangan bertingkat untuk setiap individu.
Gambaran keseluruhan
[sunting sumber]Setiap rencana haruslah mempunyai penerangan tentang laluan tersebut. Satu arah seragam harus diikuti; contohnya, di Amerika Syarikat, semua penerangan laluan bermula dari selatan ke utara dan dari barat ke timur.
Bahagian sejarah/akan datang
[sunting sumber]Setiap rencana digalakkan mempunyai bahagian sejarah dan/atau bahagian akan hadapan, yang menerangkan hal ehwal lalu dan sekarang bagi rencana laluan yang anda buat. Butiran dalam bahagian akan datang mesti boleh disahkan dan bukan spekulasi, mengikut WP:CRYSTAL.
Simpang
[sunting sumber]Setiap artikel harus mempunyai senarai simpang, atau jika berkenaan, senarai susur keluar. Ini biasanya bukan sekadar senarai; ia perlu dalam format jadual yang telah ditetapkan. (lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan/Senarai simpang jalan raya).
Kategori
[sunting sumber]- Kategori paling umum untuk artikel lebuh raya dan jalan raya ialah Cat:Jalan raya
Tekan butang "►" di bawah untuk melihat semua subkategori: |
---|
Keahlian
[sunting sumber]- Sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam menjalankan projek ini adalah dialu-alukan untuk menulis nama masing-masing di bawah dengan meletakkan tandatangan anda dengan cara tulis ~~~~ atau klik .