Xenopeltidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Xenopeltidae
Ular kepala aruan, X. unicolor
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Infraorder: Alethinophidia
Keluarga: Xenopeltidae
Bonaparte, 1845
Genus: Xenopeltis
Reinwardt, 1827
Sinonim
  • Scaptophes - Fitzinger, 1843
  • Xenopeltina - Bonaparte, 1845
  • Tortricidae - Jan, 1863
  • Xenopeltidae - Cope, 1864
  • Xenopeltinae - Nopsca, 1928[1]

  • Xenopeltis - F. Boie, 1926
  • Xenopeltis - Reinwardt In F. Boie, 1927[1]

Xenopeltidae ialah sebuah famili ular monotip yang diwujudkan untuk genus Xenopeltis yang ditemui di Asia Tenggara. Ahli-ahlinya dikenali dengan sisiknya yang penuh berwarna-warni. Kini, dua spesies telah dikenal pasti tanpa sebarang subspesies.[2]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Yang dewasa boleh mencecah 1.3 m (51 in) panjangnya.[3] Sisik kepalanya terdiri daripada plat-plat besar yang seumpama Colubridae, manakala sisik ventralnya hanya sedikit kecil. Tidak terdapat vestij pelvis.[4]

Corak wanra dorsal adalah perang kemerahan, perang atau kehitaman. Perut pula berwarna kelabu keputihan tanpa corak.[5] Sisiknya amat berwarna-warni dan berseri di dalam cahaya terang.[4]

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Ia dijumpai di Asia Tenggara dari Kepulauan Andaman dan Nicobar ke timur melalui Myanmar ke selatan China, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Melayu dan Hindia Timur hingga Sulawesi, dan juga Filipina.[1]

Tabiat dan pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ular itu selalu bersembunyi. Ia muncul pada waktu senja untuk memburu katak, ular lain, dan mamalia kecil. Ia tidak berbisa dan membunuh mangsa secara menjerut.[5]

Species[sunting | sunting sumber]

Spesies[2] Pengarang takson[2] Nama am Taburan geografi[1]
X. hainanensis Hu & Zhao, 1972 China: dari Zhejiang ke barat hingga Guangxi dan selatan hingga Hainan.
X. unicolorT Reinwardt, 1827 Ular kepala aruan Myanmar (Tenasserim), Kepulauan Andaman dan Nicobar, selatan China (Guangdong dan Yunnan), Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang, Singapura dan Malaysia Timur (Sarawak). Di Indonesia, ia ditemui di Kepulauan Riau, Bangka, Belitung, Sumatra, We, Simalur, Nias, Kepulauan Mentawai (Siberut), Borneo, Jawa, dan Sulawesi. Di Filipina ia ditemui di pulau-pulau Balabac, Bongao, Jolo dan Palawan.

*) Tidak termasuk subspesies yang ternama.
T) Spesies jenis.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. 2.0 2.1 2.2 'Xenopeltis' (TSN 209609). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 17 August 2007.
  3. Burnie D, Wilson DE. 2001. Animal. Dorling Kindersley. 624 pp. ISBN 0-7894-7764-5.
  4. 4.0 4.1 Xenopeltidae di TIGR Reptile Database. Dicapai pada 3 November 2008.
  5. 5.0 5.1 Mehrtens JM. 1987. Living Snakes of the World in Color. New York: Sterling Publishers. 480 pp. ISBN 0-8069-6460-X.