Yahya bin Toha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hj Yahya Toha dilahirkan di Kampong Pisang, Kupang Baling, Kedah pada tahun 1906M bersamaan 1326H. Daripada kalangan komuniti Patani yang berhijrah dan mendiami daerah seperti Baling, Pendang, Sik, Padang Terap di Kedah dan Grik serta Batu Kurau di Perak[perlu rujukan]. Beliau memperolehi pendidikan agama sejak kecil dan seterusnya meneruskan pengajian di Pondok Kemelong, Sik, Kedah. Dalam usia 18 tahun beliau melanjutkan pengajian ke Makkah dan menuntut ilmu dengan beberapa orang guru berasal dari Patani. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Wan Daud, Tuan Guru Haji Yahya al-Ramani (berasal dari Reman, Selatan Thai), Tuan Guru Haji Noor al-Ramani (berasal dari Reman) serta Syeikh Mokhtar dan Syekh al-Ihya’ (berasal dari Indonesia). Setelah berada selama 12 tahun di Makkah beliau kembali ke tanah air pada tahun 1935 dalam usia 30 tahun. Keazamannya untuk membuka sebuah pusat pengajian pondok bermula dengan beliau mengajar al-Quran dan ilmu agama menggunakan kitab-kitab Arab di rumahnya pada waktu malam dan pagi jumaat. Sambutan yang menggalakkan menyebabkan sebuah pusat pengajian pondok dibuka kemudiannya dikenali sebagai Madrasah Al-Khairiah atau lebih dikenali sebgai Madrasah al-Khairiah Kampong Pisang atau Pondok Kampong Pisang. Madrasah tersebut kini dikenali sebagai Yayasan al-Khairiah yang kini mempunyai pelajar mencecah 3,000 orang. Tuan Guru Haji Yahya dianggap oleh penduduk daerah Baling dan orang yang mengenali beliau dari daerah-daerah lain sebagai wali yang mempunyai karamah terutama selepas beliau dan sepupunya Haji Ahmad Abdul Rahman mengepalai masyarakat Baling dan penduduk utara Perak memerangi komunis melalui peperangan jihad atau perang sabil. Beliau meninggal dunia pada pada hari Khamis Jun 1959 dengan meninggalkan tiga orang isteri dan 15 orang anak.


"Rujukan:" Dr. Hashim Fauzy bin Yaacob (2009).Sumbangan Ulama Pondok Dalam

          Pembangunan Masyarakat: Kajian Ke Atas Dua Ulama daerah 
          Baling. Kertas Kerja Simposium Warisan dan Tamadun Islam, 
          Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Malaysia.
          28 Disember 2009".    "Muhammad Daud Abdul Hamid (1980). Pergolakan Politik Orang Melayu 
          Daerah Baling. Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah, Universiti 
          Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor".