Ester
Ester merupakan sekelas sebatian kimia dan kumpulan berfungsi. Ester terdiri daripada asid organik atau tak organik yang sekurang-kurangnya satu kumpulan -OH (hidroksil) digantikan oleh kumpulan -O-alkil (alkoksil). Jenis ester yang paling biasa ialah ester asid karboksilik (R1-C(=O)-O-R2), ester lain termasuk ester asid fosforik, asid sulfurik, asid nitrik, dan asid borik.[1] Ester yang meruap mempunyai bau dan terkandung dalam minyak wangi, minyak pati dan feromona yang menyebabkan buah-buahan mempunyai bau. Etil etanoat dan metil etanoat merupakan pelarut penting, ester asid lemak membentuk lemak dan lipid, dan poliester merupakan plastik penting. Ester siklik dipanggil laktona. Ester boleh disintesiskan dalam tindak balas pemeluwapan antara asid dan alkohol dalam proses yang dikenali sebagai pengesteran.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- An introduction to esters
- Molecule of the month: Ethyl acetate and other esters
- Making an Ester A simple guide to naming and making esters, as well as the chemistry behind it.