Too Phat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Too Phat
Latar belakang
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Rap
Hip-hop
Tahun aktif 1999-2006
Label Positive Tone
Kartel
Laman web www.toophat.com.my
Ahli
Johan "Joe Flizzow" Ishak
Malique "Que Chill" Ibrahim

Too Phat ialah sebuah duo rapper Malaysia yang terdiri daripada Malique dan Joe Flizzow. Terkenal kerana mendendangkan lagu rap yang kebanyakannya berbahasa Inggeris tetapi bercampur dengan unsur-unsur kemalaysiaan dan keasiaan, Too Phat dikenali kerana merupakan salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Too Phat ditubuhkan oleh Malique dan Joe pada akhir 1990-an. Syarikat rakaman yang pertama mereka sertai ialah Positive Tone dan telah merakamkan album Whuttadilly dibawah syarikat tersebut. Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti Too Phat Baby menerima sambutan hangat peminat muzik Malaysia.

Plan B[sunting | sunting sumber]

Album ke-2 mereka, Plan B yang merangkumi lagu Anak Ayam dan Just A Friends berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 keping album tersebut. Lama-kelamaan ramai lagi artis hip-hop turut menyertai perjuangan mereka dalam misi yang sama dan membentuk kesatuan Phat Family.

360°[sunting | sunting sumber]

Too Phat terus menghasilkan satu lagi album yang tertumpu kepada lagu Inggeris, 360° yang menampilkan hasil kerjasama dengan artis hip-hop antarabangsa. Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 salinan dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.

Setelah keluarnya album kompilasi the Classics, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique berpisah dengan Joe untuk mengambil masa berehat dari kerjanya. Apabila Last Song yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.

Rebirth Into Reality[sunting | sunting sumber]

Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel, di mana mereka menghasilkan album baru, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat. Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis hip-hop terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, diikuti penampilan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Whuttadilly (1999)
  2. Plan B
  3. 360°
  4. Too Phat: the Classics (2005, kompilasi)
  5. Rebirth Into Reality (2005)

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Li'l Fingaz
  2. Too Phat Baby
  3. Jezzebelle
  4. Anak Ayam
  5. Tell Shorty (menampilkan Ruffedge & V.E.)
  6. Just A Friend (menampilkan V.E.)
  7. Ala Canggung (menampilkan Lil' Marissa)
  8. Where My Love At
  9. Just A Li'l Bit (menampilkan Warren G)
  10. Alhamdulilah (menampilkan Yasin)
  11. Dua Dunia (menampilkan Siti Nurhaliza)
  12. Snap
  13. How Me Seksi (menampilkan Inul Daratista)
  14. "Phat Family Anthem (menampilkan Phlowtron,M.O.B.,Muchahaz,&TTC)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) Joe Flizzow from Malaysian Superstar Rap Group Too Phat" Invades the U.S. in Historic First Performances