Ahmad Fakri Saarani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Fakri
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Fakri Bin Saarani
Tarikh lahir 8 Julai 1989 (25 tahun)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Posisi permainan Penyerang, Sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Kelantan Kelantan FA
Nombor 9
Kerjaya remaja
Negeri Perak Perak
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2007 Negeri Perak Perak FA 4 (4)
2008 Malaysia Harimau Muda 24 (9)
2009–2010 Perlis Perlis FA 28 (16)
2011–2012 Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA 14 (7)
2012 Felda United FC 11 (3)
2013 Portugal Atletico Sport Clube Reguengos 0 (0)
Kelantan Kelantan FA 9 (3)
Pasukan kebangsaan
2006–2009 Malaysia Malaysia B-20 17 (7)
2009 – Malaysia Malaysia B-23 7 (4)
2009 Malaysia Malaysia 18 (1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 November, 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 November, 2012

Ahmad Fakri Saarani (lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu), merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.

Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di Batu Gajah, beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan ini, beliau menjaringkan hattrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan beliau menang dengan 5-1.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fakri telah dinaikkan taraf ke dalam pasukan pertama daripada pasukan Piala Presiden (pasukan simpanan) kerana penyerang pasukan senior, R. Surendran telah bersama dengan pasukan senior Malaysia pada satu lawatan permainan ke Sri Lanka. Jurulatih Perak, Steve Darby telah berkata mengenai keputusannya untuk memberikan Fakri satu peluang::

“Fakri has been training with the senior team for the past two months. And I think the time is right for him to come into the picture. This is the right time to blood him although many may question my decision. It does not matter if we are playing at home. The fans may not like it if he makes mistakes but I have faith in the youngster. Fakri seems to handle pressure well and is confident of his game. He played for the national Under-19 team in a tournament in Brunei recently. I try to bring in the young players at the proper time. This is Fakri’s chance to prove his worth under my rotation system. I have been losing players to the national squads at all levels and we have to learn to cope without them.” [1]

Musim berikutnya Fakri disenaraikan untuk mewakili pasukan Harimau Muda. Dia kemudian berhijrah ke Perlis pada musim 2009.

Peringkat kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah ahli skuad kebangsaan Malaysia dan bekas Malaysia Bawah-20. Beliau telah melibatkan diri di dalam Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2006 dan Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2007. Beliau juga telah bermain di dalam Trofi Hassanal Bolkiah 2007. Pada tahun 2008, Ahmad Fakri telah dipinjamkan ke Harimau Muda, sebuah pasukan Liga Premier Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-20.

Pada bulan November 2010, jurulatih Malaysia, K. Rajagopal telah memanggil Fakri untuk Piala Suzuki AFF 2010, tetapi kemudian diketepikan akibat cedera semasa Sukan Asia 2010 dan digantikan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin.

Fakri turut bermain untuk pasukan Malaysia pada Sukan Sea ke-26 di Indonesia. Walaupun timbul pelbagai kontoversi berhubung prestasi beliau, Fakri akhirnya berjaya membawa Malaysia ke peringkat akhir di mana beliau telah menjaringkan gol kemenangan Malaysia semasa menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir, Malaysia menang 1-0. Pada peringkat akhir menentang Indonesia dimana kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Fakri merupakan antara 5 orang yang melakukan sepakan tersebut bersama Mahali Jasuli, Fandi, Mohd Fadhi Mohd Shas dan Baddrol Bakhtiar. Namun, sepakan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia. Malaysia menang dengan keputusan 5-4.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Perak coach Darby to unleash teen striker Fakri against Negri". The Star. 24 March 2007. Diperolehi pada 2007-03-27.