Aibika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aibika
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Abelmoschus
Spesies: A. manihot
Nama binomial
Abelmoschus manihot
(L.) Medik
Sinonim

Hisbiscus manihot

Aibika atau bendi kontot merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae yang terdapat di kawasan Asia tenggara tetapi agak kurang dikenali di Malaysia. Aibika adalah seperti pokok kacang bendi atau okra tetapi buahnya lebih kecil dan banyak dimakan sebagai sayuran dari bahagian pucuk dan batang muda. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti aibika, sunset hibiscus (Inggeris); gedi, degi (Indonesia); lagikuway, barakue, glikway (Filipina); dan po-fai (Thailand). Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara dan dilaporkan banyak ditanam di Indonesia dan Papua New Guinea.

Tumbuhan daunnya digunakan sebagai sayuran atau ulam dengan mencelur dalam air panas. Daun yang dicelur adalah agak berlendir. Orang Jawa menggelarkan tanaman ini sebagai "pokok ubi tanpa umbisi". Tidak ada rekod rasmi mengenai keluasan penanaman, pengeluaran dan harga bagi produk tanaman ini kerana jarang diusahakan secara komersial dan ada yang ditanam secara kecil-kecilan. Kebanyakannya ditanam untuk tanaman hiasan sahaja.

Ciri-ciri morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok aibika adalah pokok renek yang tumbuh menegak 1-3 meter tinggi dengan batang dan banyak cabang yang berkayu sederhana lembut. Akarnya merupakan akar serabut yang kedalamannya hanya 30-40 cm dalam tanah. Daun berbentuk mudah, berwarna hijau terang ke hijau gelap, lanseolat 5-12 cm panjang dan mempunyai 3-7 jejari. Bunganya berwarna kuning dengan ukuran 7-15 cm diameter, 5 kelopak berukuran 3-8 cm diamter agak kemerahan coklat dibahagian tengah bunga. Buah aibika berbentuk kapsul empat segi panjang ovoid yang berukuran 2 cm x 4 cm dengan lima segi kelilingnya. Bijinya bulat dan berwarna hitam berukuran 204 mm diameter.

Buah aibika.
Daun pokok albika.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kajian di makmal mendapati setiap 100 gm pokok aibika yang boleh di makan mengandungi sebanyak 90 g air, protein (4.1 g), lemak (0.4 g), serat (1 g), karbohidrat (4 g) dan 150 KJ tenaga. Aibika juga mengandungi vitamin A (900 IU), vitamin C (118 mg), kalsium (580 mg), zat besi (3 mg) dan telah di kenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai baik untuk makanan bayi.{fakta}} Bahagian pucuk muda dan daunnya tidak mengandungi serat langsung dan sangat lembut selepas di celur dengan air panas. Kajian mungkin boleh dijalankan mengenai tumbuhan ini di Malaysia untuk mengkomersialkan bagi makanan bayi-bayi di Malaysia.{

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Penanaman Aibika lazimnya menggunakan keratan walaupun ia boleh juga menggunakan biji benih. Keratan yang berukuran 40-50 cm diambil dari pokok dewasa yang sihat dan dipastikan keratan tersebut mempunyai antara 3-4 mata tunas atau ruas. Keratan terus ditanam di atas batas atau kawasan tanah yang telah digemburkan dahulu. Tanah yang dipilih mesti dari tanah lom berpasir, mempunyai saliran yang baik, tidak terlindung dan ada sumber air. Tanam keratan separuh dalam tanah dengan jarak tanaman 1 meter x 25-100 cm dalam barisan. Kepadatan tanaman adalah sebanyak 10,000 - 40,000 pokok sehektar bergantung kepada sistem tanaman. Keratan yang mati selepas 3 minggu penanaman perlu di cabut dan disulam dengan keratan baru.

Kawalan rumpai sebaiknya dijalankan sebelum menanam dengan penggunaan racun pra-cambah atau kawalan secara kultura seperti membajak, membakar dan merotor tanah. Kawalan rumpai dari peringkat awal sangat penting kerana pokok aibika akan bersaing dengan rumpai yang akan menjejaskan pertumbuhannya. Sebaiknya tambahkan baja organan sebanyak 20-30 metrik tan sehektar semasa penyediaan tanah. Belum ada syor kadar pembajaan bagi tanaman ini tetapi pokok aibika sangat responsif dengan baja N yang akan akibatkan saiz daun membesar daan hasil yang lebih tinggi. Baja Nitrogen pada kadar 10 kg/ha sebulan atau 120 kg setahun sesuai diberikan terutama apabila pokok mula di kutip hasil. Tanaman aibika boleh ditanam secara intergrasi dengan tanaman lain.

Penyakit dan perosak[sunting | sunting sumber]

Pemerhatian saintifik mendapati tidak ada musuh dan penyakit serius yaang menyerang tanaman aibika. Bagaimanapun ada serangan patah tengkuk (Phythoptora nicotianne), penyakit bintik daun (Cunninghamella spp), kerekot daun (mungkin disebabkan oleh virus) dan juga kulapuk berdebu. Kawalan dengan mengamalkan kaedah amalan perladangan dan jika mampu gunakan racun kimia. Tumbuhan ini seperti keluarga Malvaceae yang lain sangat disukai oleh serangga perosak seperti ulat gulung daun (Sylepta derogata), lelompat daun (Anomis flava), koya (Pseudaulacapsis pentagona), kutu merah hitam (Parasaitheia nigra). Terdapat lain-lain serangga menyerang aibika seperti kumbang makan daun, ulat makan daun, belalang dan serangga penghisap. Kawalan dengan kaedah kultura dan kimia.

Penuaian[sunting | sunting sumber]

Penuaian aibika boleh dijalankan selepas 80-90 hari selepas menanam. Kerja mengutip hasil dengan memotong bahagian pucuk pokok yang masih muda menggunakan pisau tajam dengan kekerapan setiap 4 minggi satu point. Bahagian pucuk yang masih lembut dengan sedikit daun dipotong, diikat dibersihkan dan dipasarkan segar. Penuaian boleh dijalankan untuk selama satu tahun sebelum pokok baru ditanam semula. Kekerapan memetik penting untuk pastikan lebih banyak cabang dibentuk setiap pokok. Pembacaan penulis mendapati anggaran hasil aibika lingkungan 5-15 kg sehektar tetapi beberapa petani yang memberikan baja dan memasang sistem pengairan sempurna mampu menghasilkan sebanyak 40 - 60 metrik tan sehektar setahun (hampir 4 kali ganda). Aibika lazimya dijual segar dan belum ada kajian untuk pengendalian lepas-tuai yang lengkap untuknya atau untuk pemprosesan minimum.

Tanaman Aibika kurang di kenali di Malaysia walaupun mungkin ada yang telah menanam pokok ini untuk tanaman hiasn tanpa di sedari.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]