Ally Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ally Iskandar
Ally Iskandar pada tahun 2004.
Kelahiran
Ally Iskandar bin Mohd Mardzi

(1976-01-13) 13 Januari 1976 (umur 48)
PendidikanIjazah Sarjana Muda BI dan Pengajian Filem
Pusat pendidikanUniversity of The Pacific
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Penerbit
  • Pelakon
  • Penyampai radio
  • Wartawan
Tahun aktif1997–kini
MajikanMedia Prima (sejak 1999)
Pasangan
  • Nurfarahin Romli (k. 2012; c. 2016)
  • Marlina Ibrahim (k. 2019)
Anak-anak2
Saudara
  • Ardi Herman Mohd Mardzi (abang)
  • Ezzwan Mohd Mardzi (abang)

Ally Iskandar Mohd Mardzi (lahir 13 Januari 1976) merupakan seorang pengacara, penerbit televisyen, pelakon, penyampai radio dan wartawan Malaysia dan merupakan salah seorang personaliti stesen TV swasta terkemuka negara, TV3 dan pengacara rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1976 dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Abangnya, Ardi Herman turut berkecimpung dalam bidang penyiaran. Ibu bapa beliau berasal dari Kuala Terengganu. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang personaliti TV dan pengacara yang berbakat, Ally Iskandar terkenal sebagai salah seorang pengacara rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini sejak beliau menjadi ahli keluarga TV3 pada 1997. Selain itu, beliau juga mengacara rancangan dan acara di TV3 seperti Anugerah Juara Lagu, Karnival Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’ Wan Chik, program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, dan peringkat akhir Pesona Nona. Beliau juga mempunyai rancangan sendiri, ALLY bermula 31 Disember 2008 setiap hari Rabu pukul 11.00 malam yang disiarkan sebanyak 26 episod. Mengacara program realiti Mentor mulai tahun 2009.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang blogger, Nurfarahin binti Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012[1] dan bercerai pada 17 Ogos 2016.[2] Mereka dikurniakan seorang anak bernama Maream Esabel.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2000 Mimpi Moon Rakan Moon

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2002–2021 Malaysia Hari Ini Pengacara & Penerbit TV3
2002 Sinaran Pasport Kegemilangan (Musim 10) Pengacara bersama Intan Suraya
2005–2010 Anugerah Juara Lagu Pengacara
2008–2009 ALLY
2009 Mentor (musim 3)
2011 Anugerah Skrin 2011
2017 Da'i Pendakwah Nusantara (musim 5) Pengacara jemputan
2019–2020 Syariah Meja Bulat Pengacara
2022 Makan Viral Penerbit eksekutif & Penerbit TV9
Turun Padang
Kapsul Masa Suara latar

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2 Ogos 2021 – 30 Jun 2022 Fokus Pagi Buletin FM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ally Iskandar-Nurfarahin akhirnya bergelar suami isteri mStar Online (20 Januari 2012). Dicapai pada 6 Disember 2012.
  2. ^ Ally Iskandar sah bercerai mStar Online (19 Ogos 2016). Dicapai pada 6 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]