Animasi internet original

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Animasi Internet Original, ditulis di dalam bahasa Jepun sebagai Web Anime (ウェブアニメ Webu Anime?) dan bahasa Inggeris sebagai Original Net Animation, disingkatkan sebagai ONA,[1] merupakan istilah yang digunakan untuk judul-judul anime yang dikeluarkan secara langsung ke internet. ONA mungkin telah disiarkan dalam TV selepas dikeluarkan secara langsung ke Internet. Nama istilah ini seakan-akan sama dengan Animasi Video Asli, iaitu istilah yang telah digunakan dalam industri anime untuk animasi langsung-ke-video yang bertapak sejak awal 1980-an. Internet merupakan suatu media baharu untuk mengeluarkan animasi dan perkara ini adalah serius kerana telah meningkatnya jumlah laman web penyiaran media di Jepun.
Banyak pratonton episod anime baharu telah dikeluarkan sebagai ONA. Contohnya, Pokémon: The Mastermind of Mirage Pokémon (yang boleh ditonton di laman web rasmi berbahasa Jepun daripada 13 sehingga 30 Oktober 2006) dan filem anime Megumi boleh dikira sebagai ONA.
ONA selalunya lebih pendek berbanding anime tradisional, kadang-kadang hanya mengandungi beberapa minit per episod. Pelbagai contoh ONA telah wujud: contohnya seperti Hetalia: Axis Powers, yang hanya mengandungi beberapa minit per episod.

Senarai ONA[sunting | sunting sumber]

Senarai ini menyenaraikan animasi yang dikeluarkan khusus untuk ONA

  • Anime yang telah disiarkan di TV (melalui daratan dan satelit) selepas siaran ONA ditanda dengan kolum berwarna biru.
Nama Pengeluar Tarikh Catatan
Azumanga Web Daioh (あずまんがWeb大王 azumanga Web daiou?) chara-ani corporation 28/12/2000
Virtual Angel fan (バーチャル エンジェル ファン baacharu enjeru fan?) Laman sendiri 01/06/2001
Ajimu ~coast story~ (あじむ 〜海岸物語〜 Ajimu ~kaigan monogatari~?) @nifty 15/06/2001


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], (bahasa Inggeris).