Moe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Moe (? /mo'e/, disebut sebagai "mo-eh" secara literal bermaksud "membesar", digunakan untuk tumbuh-tumbuhan) merupakan istilah slanga Jepun pada asalnya merujuk kepada kegilaan seksual atau cinta yang melampau terhadap watak-watak dalam permainan video atau anime dan manga. Sebagai contoh, 眼鏡っ娘萌え, meganekko-moe, "moe gadis-cermin mata" , menjelaskan seseorang yang tertarik kepada satu atau lebih watak-watak yang memakai cermin mata. Istilah ini telah digunakan sebagai istilah umum untuk hobi atau keghairahan (bukan seksual). Misalnya, 鉄道萌え, tetsudou-moe, "moe kereta api", hanya merupakan minat mendalam terhadap kereta api.

Punca yang menyebabkan perubahan ejaan "燃え"(MOE) diubah kepada "萌え" berlaku 20 tahun yang lalu, sewaktu masyarakat Jepun menaip huruf-huruf kanji dalam BBS, namun kesilapan telah berlaku dalam proses menaip, di masa huruf-huruf 燃え』(MOE) digantikan dengan 萌え』(MOE), disebabkan oleh sebutan mereka yang sama. Perkataan ini diterapkan oleh mereka di BBS dan istilah "萌" (MOE) telah digunakan dilakangan otaku serta program-program TV Jepun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]