Anjing pemburu elk Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu elk Norway
Seekor anjing pemburu elk Norway betina yang menunjukkan ekor melingkar ketat
Nama lainAnjing pemburu elk kelabu Norway[a]
Negara asalNorway
CatatanFCI membahagikan ini kepada dua baka: kelabu (242) dan hitam (268).
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu elk Norway[b] ialah salah satu daripada baka anjing jenis spits utara dan merupakan anjing kebangsaan Norway. Anjing pemburu elk telah berkhidmat sebagai pemburu, penjaga, gembala, dan pengawal. Ia terkenal kerana keberaniannya dalam penjejakan dan pemburuan elk dan buruan besar lain, seperti beruang atau serigala.[1][2] Anjing pemburu elk Norway pertama kali dipersembahkan dalam pameran anjing di Norway pada tahun 1877.

Objektif baka ini dalam perburuan adalah untuk menjejak elk dan melompat kepada elk itu, iaitu mengalih perhatian elk, sementara memberikan isyarat kepada pemburu dengan menyalak dengan sangat lantang sehingga pemburu yang mengikuti bunyi itu dapat tiba untuk menembak elk itu. Anjing ini hanya menyalak apabila elk tidak bergerak, tetapi ia dapat juga membawa elk itu perlahan-perlahan ke arah pemburu yang menunggu. Anjing pemburu elk Norway juga digunakan secara bercawak. Dalam mod pemburuan ini, anjing membawa pemburu ke arah elk itu sementara kekal senyap.

Zuriat[sunting | sunting sumber]

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[3][4] Subklad d1 berasal "paling lama dari 480–3,000 tahun lalu" dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia.[5]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Penamilan anjing pemburu elk Norway

Tubuh sederhana, tegap, dan berprofil segi empat sama
Berat 44–51 lb (20–23 kg)
Tinggi 19.5–20.5 in (50–52 cm)
Bulu Kasar, lurus, dengan lapis bulu bawah lembut
Warna Pewarnaan hitam dan putih, keran diperhatikan sebagai kelabu atau perak
Kepala Lebar dan berbentuk baji dengan stop jelas
Gigi Gigitan gunting
Mata Perang gelap dengan wajah tajam dan ramah
Telinga Tajam, tegak
Ekor Tergulung ketat-ketat ke atas belakang
Anggota Lurus dan selari
Jangka hayat 14–16 Tahun
Anjing pemburu elk Norway

Menurut piawaian baka The Kennel Club, anjing unggul berdiri kira-kira setinggi 19.5–20.5 inci (50–52 cm) dan berukuran sehingga seberat 23 kilogram (51 lb).[6] Lapis bulunya yang kelabu, putih, dan hitam terdiri daripada dua lapis: lapis bulu bawah yang padat dan licin dengan warna antara hitam di muncung, di telinga, dan di hujung ekor dengan kelabu perak di tungkainya, di ekor, dan di bawah tubuh dan lapis bulu pengawal berhujung hitam yang memberikan perlindungan. Anjing pemburu elk unggul mempunyai ekor yang melingkar ketat-ketat. Anjing pemburu elk ialah anjing bersaiz sederhana dan amat tahan lasak.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu elk dewasa yang memaparkan wajah ramah biasanya

Anjing pemburu elk Norway dibiakbakakan untuk pemburuan buruan besar seperti serigala, beruang, dan elk. Walaupun baka ini kuat dan tahan lasak, anjing biasanya mempunyai ikatan kukuh dengan tuannya dan agak setia. Semua anjing pemburu elk mempunyai salakan lantang nyaring yang menjadikannya sesuai sebagai anjing penjaga.

Anjing pemburu elk setia kepada "kawanan"-nya dan amat sesuai sebagai anjing keluarga jika diberi perhatian secukupnya. Ia galak, suka bermain, berdikari, berwaspada, amat cerdas, dan, pada masa-masanya, agak riuh. Ia menempati tangga ke-54 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, dengan skor purata untuk kecerdasan kerja/kepatuhan.

Seekor anjing pemburu elk Norway yang sedang ditunjukkan di Festival Skandinavia yang dianjurkan oleh Universiti Lutheran California di Thousand Oaks, California

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu elk Norway kadang-kadang membawa kecenderungan genetik untuk menderitai atrofi retina progresif, atau, seperti banyak baka sederhana dan besar, displasia pinggul, [[ginjal#Penyakit dan kecelaruan|masalah ginjal, dan sista, khususnya pada usia lanjut; ia terdedah kepada masalah tiroid. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, ia merupakan baka tahan lasak dengan sedikit masalah kesihatan.

Anjing pemburu elk terdedah kepada kenaikan berat cepat dan tidak boleh disuap secara berlebihan.

Ia memilik jangka hayat 12–16 tahun. Terdapat laporan tentang anjing pemburu elk yang hidup sehingga usia 18 tahun dan lebih tua.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu elk Norway memilik asal usul di Sweden. Di sana, ia sentiasa amat dihargai sebagai anjing pemburu. Ia 98% serupa secara genetik dengan anjing Jämtland dan mengongsi akar sama, iaitu di Jämtland dan di Norrland (Sweden Utara). Ia jarang terlihat atau dibiakbakakan di luar Norway sehingga kemunculannya di England pada abad ke-19.[7] Ia diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1901.

Anjing pemburu elk Norway terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک کلابو نوروءي; Norway: grå norsk elghund; norsk elghund grå; bahasa Inggeris: grey Norwegian elkhound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک نوروءي; Norway: norsk elghund; bahasa Inggeris: Norwegian elkhound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Norwegian Elkhound". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Miner, Edward Herbert. "Norwegian elkhounds hunt elk, bear, wolves and mountain lions (colour litho)". Bridgeman Education - National Geographic Image Collection (Colour Litograph) (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Pang, J.-F.; Kluetsch, C.; Zou, X.-J.; Zhang, A.-b.; Luo, L.-Y.; Angleby, H.; Ardalan, A.; Ekstrom, C.; Skollermo, A.; Lundeberg, J.; Matsumura, S.; Leitner, T.; Zhang, Y.-P.; Savolainen, P. (2009). "MtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves". Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 26 (12): 2849–64. doi:10.1093/molbev/msp195. PMC 2775109. PMID 19723671.
  4. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. PMID 26218982.
  5. ^ Klütsch, C.F.C.; Savolainen, Peter (2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in Scandinavia". Journal of Veterinary Behavior: Clinical Applications and Research (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 100–3. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035.
  6. ^ "Breed standard" (dalam bahasa =en). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 2 Januari 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Antonsen, Ellinor (1995). Den norske hundeboka (dalam bahasa Norway). Sunndalsøra: Ulvund tekst & forlag. m/s. 170. ISBN 8291132054.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004 "Man's best research guide: Breeds hold key to shared ailments." (Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan American Association for the Advancement of Science oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle. [1]
  • Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004a "How top dogs took lead 7,000 years ago." (Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan persidangan American Association for the Advancement of Science di Seattle oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle. [2]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Norwegian Elkhound (Comprehensive Owner's Guide) (Inggeris), 2005. ISBN 978-1-59378-306-8
  • Norwegian Elkhounds (Inggeris) oleh Anna Katherine Nicholas. TFH, 1997. ISBN 978-0-7938-2319-2
  • The Norwegian Elkhound (Pure Bred) (Inggeris) oleh Nina P. Ross, PhD. Doral, 1995. ISBN 978-0-944875-39-1
  • The Elkhound in the British Isles (Inggeris) oleh Anne Roslin-Williams. Witherby & Co., 1993. ISBN 1-85609-050-7
  • My 60 Years with Norwegian Elkhounds (Inggeris) oleh Olav P. Campbell, 1988.
  • The New Complete Norwegian Elkhound (Inggeris), edisi semakan, oleh Olav Wallo. Howell, 1987.
  • Norwegian Elkhounds (Inggeris) oleh Anna Katherine Nicholas. TFH, 1983.
  • Great Gray Dogs: The Norwegian Elkhound Factbook (Inggeris), edisi ke-2nd. Great Gray Dogs, 1980.
  • Your Norwegian Elkhound (Inggeris) oleh Helen E. Franciose dan Nancy C. Swanson. Denlinger, 1974.
  • How to Raise and Train a Norwegian Elkhound (Inggeris) oleh Glenna Clark Crafts. TFH, 1973. Cetakan semula buku tahun 1964 dengan kulit berbeza.

Rencana majalah[sunting | sunting sumber]

  • Dearth, Kim D.R. "The Norwegian Elkhound" Dog World (Inggeris) September 1999, Jilid 84 Keluaran 9, hlm. 12–17.
  • "Dog of the Vikings" Dog Fancy (Inggeris). April 1998.
  • "Norwegian Elkhound". Dog World (Inggeris). Julai 1997, Jilid 82 Keluaran 7. hlm. 86.
  • "Regional occurrence, high frequency but low diversity of mitochondrial DNA haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in Scandinavia" (Inggeris). Klütsch CFC, Seppälä EH, Lohi H, Fall T, Hedhammar Å, Uhlén M, Savolainen P 2010 Animal Genetics, dalam talian awal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]