Astro SuperSport
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Astro SuperSport | |
|---|---|
| Tarikh pelancaran | 1 Jun 1996 |
| Pemilik | Astro |
| Negara | |
| Cakupan siaran | |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Laman web | www.astro.com.my |
| Ketersediaan | |
| Satelit | |
| Astro |
Saluran 811 (SD 576i) Saluran 831 (HD 720p) |
Astro Supersport merupakan satu saluran eksklusif yang hanya ditawarkan kepada pelanggan saluran televisen berbayar Astro dari Malaysia. Saluran ini terdapat dalam saluran 811 sukan Astro selain ESPN dan Star Sports.
Saluran ini menawarkan pelbagai acara sukan dari serata dunia seperti bola sepak, badminton, ragbi, golf, dan sebagainya.
Apabila terdapat sebuah kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij, akan berlaku penambahan saluran mengenai liputan khas atau siaran langsung berkaitan sesuatu kejohanan kepada penonton.
Mulai 18 Disember 2009, Astro SuperSport HD bersiaran melalui Saluran 831 sebagai saluran buatan Malaysia pertama yang bersiaran dalam bentuk HDTV. Para pelanggan harus membeli dekoder Astro B.yond untuk menerima siarannya.
