Audrey Hepburn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Audrey Hepburn

Ordre des Arts et des Lettres
Hepburn pada tahun 1956
Kelahiran
Audrey Kathleen Ruston

(1929-05-04)4 Mei 1929
Ixelles, Brussel, Belgium
Meninggal dunia20 Januari 1993(1993-01-20) (umur 63)
Sebab kematianBarah apendiks
DikebumikanPerkuburan Tolochenaz, Tolochenaz, Vaud
WarganegaraBritish
Nama lainEdda van Heemstra, Audrey Kathleen Hepburn-Ruston
PekerjaanPelakon (1948–89),
Humanis (1988–92)
PasanganMel Ferrer (1954–68),
Andrea Dotti (1969–82)
Rakan kongsi domestikRobert Wolders (1980–93)
Anak-anakSean Hepburn Ferrer (1960-), Luca Dotti (1970-)
Laman web rasmiwww.audreyhepburn.com
Tandatangan

Audrey Kathleen Ruston ( Mei 1929 - 20 Januari 1993), lebih dikenali sebagai Audrey Hepburn (Tulisan Jawi: اودريي هيڤبورن), merupakan seorang pelakon dan dermawan British yang dikenali dengan ikon filem dan fesyen beliau. Satu bintang pada Zaman Kegemilangan Klasik Hollywood, beliau dinilai sebagai legenda pelakon wanita ketiga terbesar dalam sejarah pawagam Amerika Syarikat oleh Lembaga Filem Amerika (AFI) dan telah disenaraikan dalam dewan kemasyhuran Senarai Berpakaian Terbaik Antarabangsa.[1][2][3]

Dilahirkan di Ixelles, sebuah daerah di Brussel, beliau dibesarkan di Belgium, England dan Belanda, termasuk bandar Amhem yang sedang diduduki Nazi sewaktu itu di mana dia bertugas sebagai perutusan bagi penentang Belanda dan membantu mengumpulkan dana. Di Amsterdam, dia mempelajari balet dari Sonia Gaskell sebelum berpindah ke London pada tahun 1948 untuk meneruskan latihan baletnya dengan Marie Rambert dan berperanan sebagai gadis korus dalam pementasan musikal West End. Beliau mampu bertutur dalam beberapa bahasa, termasuklah Bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Itali, Sepanyol dan Jerman.[4]

Selepas beberapa kemunculan kecil dalam beberapa filem, Hepburn berlakon dalam drama Broadway Gigi (1951) selepas dipilih oleh novelis Perancis Colette. Hepburn muncul sebagai bintang selepas berlakon sebagai watak utama dalam Roman Holiday (1953), di mana beliau merupakan pelakon wanita pertama yang memenangi satu Anugerah Akademi, satu Anugerah Golden Globe dan satu Anugerah BAFTA untuk satu persembahan tunggal. Dalam tahun yang sama, beliau memenangi satu Anugerah Tony untuk Pelakon Wanita Utama Terbaik dalam satu Drama untuk persembahan beliau dalam drama Ondine (1951). Hepburn seterusnya membintangi beberapa filem yang berjaya, termasuklah Sabrina (1954), The Nun's Story (1959), Breakfast at Tiffany's (1961), Charade (1963), My Fair Lady (1964) dan Wait Until Dark (1967), di mana beliau mendapat pencalonan untuk Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA . Hepburn berjaya mempunyai rekod tiga Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita British Terbaik sebagai Peranan Utama. Sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya filem beliau, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari BAFTA, Anugerah Golden Globe Cecil B. DeMille, Anugerah Pencapaian Hayat Screen Actors Guild, dan Anugerah Tony Khas. Beliau merupakan salah satu daripada beberapa orang yang telah memenangi Anugerah Akademi, Emmy, Grammy dan Tony sekaligus.

Hepburn hanya muncul dalam sedikit filem dalam usia selanjutnya, dan menumpukan sebahagian besar daripada kehidupannya untuk UNICEF. Walaupun telah menyumbang kepada pertubuhan itu sejak tahun 1954, beliau telah berkhidmat di beberapa komuniti paling termiskin di Afrika, Amerika Selatan dan Asia di antara tahun 1988 dan 1992. Beliau telah dianugerahkan Pingat Presiden Kebebasan pada Disember 1992 sebagai pengiktirafan terhadap khidmat beliau sebagai Duta Muhibah UNICEF. Sebulan kemudian, Hepburn meninggal dunia akibat kanser apendiks di rumahnya yang terletak di Switzerland pada usia 63 tahun.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Permulaan kerjaya dan peranan-peranan awal (1945-1952)[sunting | sunting sumber]

Selepas tamatnya perang pada tahun 1945, Ella dan Hepburn berpindah ke Amsterdam, di mana Hepburn mengambil kelas balet dan belajar selama tiga tahun dengan penari Sonia Gaskell, seorang tokoh terkemuka dalam bidang balet Belanda.[5] Pada tahun 1948, beliau muncul dalam filem buat kali pertama sebagai seorang pramugari dalam filem Dutch in Seven Lessons (1948), sebuah filem pelancongan pendidikan yang diarah oleh Charles van der Linden dan Henry Josephson.[6] Kemudian dalam tahun yang sama, beliau berpindah ke London, United Kingdom untuk mengambil biasiswa balet yang ditawarkan oleh syarikat tarian Ballet Rambert (kini Syarikat Rambert Dance), yang ketika itu berpusat di Notting Hill.[7] Beliau menyara kehidupannya dengan kerja sambilan sebagai seorang model, dan meninggalkan "Ruston" dari nama keluarga beliau. Semasa meminta penilaian daripada syarikat Rambert terhadap prospek beliau, Hepburn diberitahu bahawa beliau mempunyai bakat, tetapi ketinggian dan keadaan badan beliau yang masih lemah disebabkan kesan kekurangan pemakanan semasa perang mungkin akan menyebabkan status untuk menjadi Penari Wanita Utama Ballet (Prima Ballerina) tidak dapat dicapai. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk menumpukan perhatian terhadap bidang lakonan.[8][9][10]

Gambar ini hak milik dan hak cipta © Sean Ferrer dan Luca Dotti
Hepburn dan Babs Johnson dalam uji bakat untuk High Button Shoes di London, 1948. Koleksi Pustaka Audrey Hepburn

Ibu Hepburn bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka dan Hepburn mula bekerja sebagai seorang penyanyi wanita korus[11] dalam beberapa pusparagam teater muzikal iaitu High Button Shoes (1948) yang bertempat di Hippodrome, London dan Sauce Tartare (1949) dan Sauce Piquante (1950) di Teater Cambridge yang bertempat di kawasan Teater West End. Semasa kerja-kerja teater, beliau mengambil kelas kemahiran seni pidato dan cara pengucapan dan belajar dengan pelakon Felix Aylmer untuk mengembangkan suara beliau.[12] Selepas ditemui oleh seorang pengarah uji bakat semasa berlakon dalam Sauce Piquante, Hepburn telah didaftarkan sebagai seorang pelakon bebas oleh Associated British Picture Corporation. Pada tahun 1951, beliau telah muncul dalam filem-filem 1951 seperti filem One Wild Oat (1951), Laughter in Paradise (1951), Young Wives' Tale (1951) dan The Lavender Hill Mob (1951) sebagai peranan-peranan kecil. Beliau memainkan peranannya sebagai seorang pelakon sokongan utama dalam filem The Secret People (1952) yang diarah oleh Thorold Dickinson, di mana beliau memainkan seorang ballerina yang luar biasa dan mempersembahkan kesemua urutan tarian sendiri.[13]

Gambar ini hak milik dan hak cipta © Sean Ferrer dan Luca Dotti
Hepburn dan Colette, 1951. Koleksi Pustaka Audrey Hepburn

Hepburn kemudiannya telah ditawarkan satu peranan kecil dalam filem yang dibuat dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Itali iaitu filem Monte Carlo Baby (Nous Irons à Monte Carlo) (1951). Ketika Hepburn sedang berada dalam penggambaran filem tersebut, novelis Perancis Colette (Sidonie-Gabrielle Colette) kebetulan berada di set bertujuan untuk mencari seorang pelakon yang memainkan watak utama dalam drama Broadway beliau yang bernama Gigi (1951). Colette melihat Hepburn dan kemudian serta merta mengetahui bahawa dia akhirnya telah menemui Gigi beliau. Colette telah memilih Hepburn dan kononnya berkata "Voilà" (perkataan Bahasa Itali yang bermaksud ''di sini'') yang menunjukkan isyarat bahawa Hepburn merupakan pilihan Colette.[10][14] Ketika pertama kali ditawarkan peranan Gigi oleh Colette, Hepburn menjawab dengan kesopanan, "Saya minta maaf, Madame, tetapi ia adalah mustahil. Saya tidak mampu, kerana saya tidak boleh berlakon. " Tetapi Colette berpendapat sebaliknya dan Hepburn pun menerima peranan tersebut.

Gambar ini hak milik dan hak cipta © Sean Ferrer dan Luca Dotti
Hepburn dalam Gigi, 1951. Gambar oleh Fred Fehl. Koleksi Pustaka Audrey Hepburn

Hepburn pergi ke raptai tanpa sebarang pengalaman bercakap di atas pentas dan memerlukan bimbingan peribadi.[15] Apabila Gigi pertama pentaskan di Teater Fulton pada 24 November 1951, pengkritik berkata bahawa beliau kurang pengalaman, tetapi mereka tergoda oleh daya tarikan beliau.[16] Gigi membuat Hepburn mendapat Anugerah Dunia Teater (Theatre World Award) atas debut beliau di Broadway; nama beliau telah dinaikkan di atas tajuk drama pada khemah besar teater. Drama ini berlangsung sebanyak 219 kali persembahan dan menutup pada 31 Mei 1952. Pada 13 Oktober 1952, drama tersebut telah mengunjungi Pittsburgh, Amerika Syarikat untuk mempersembahkan drama tersebut dan seterusnya melawat ke tempat-tempat lain di Amerika Syarikat iaitu Cleveland, Chicago, Detroit, Washington dan Los Angeles sebelum persembahan ditutup pada 16 Mei 1953 di San Francisco.[17]

Berlakon dalam Roman Holiday dan menjadi bintang terkenal (1953-1960)[sunting | sunting sumber]

Uji lakon Hepburn untuk Roman Holiday yang ditunjukkan dalam trailer filem

Dalam filem Roman Holiday (1953), Hepburn mendapat peranan utama pertama sebagai Princess Anne, seorang puteri Eropah melarikan diri dari tampuk royalti dengan menyamar. Walaupun penerbit mahu Elizabeth Taylor untuk memainkan peranan tersebut pada permulaannya, namun pengarah William Wyler begitu kagum dengan uji lakon Hepburn dan meletakkan nama Hepburn untuk peranan tersebut. Wyler kemudiannya berkata, "Dia mempunyai segala-galanya yang saya sedang mencari: daya tarikan, kemurnian, dan bakat. Beliau juga sangat menghiburkan. Beliau benar-benar mempesonakan dan kami pun berkata, 'Inilah gadis itu!'.[18]

Pada asalnya, filem tersebut hanya mempunyai nama Gregory Peck di atas nama tajuk filem tersebut, dengan "Memperkenalkan Audrey Hepburn" di bawah dalam saiz perkataan yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, Peck mencadangkan kepada Wyler untuk memberi keutamaan kepada Hepburn supaya nama Hepburn muncul sebelum nama tajuk filem dan dalam saiz perkataan yang besar seperti nama Peck. Peck berkata kepada Wyler bahawa: "Anda perlu mengubah perkara itu kerana dia akan menjadi sebuah bintang besar dan saya akan kelihatan seperti seorang yang bodoh."[19][20]

Hepburn mendapat pujian dan sanjungan daripada kritis dan komersil atas lakonan beliau, dan telah memenang Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di luar jangkaan beliau, anugerah pertama beliau bagi Anugerah BAFTA untuk Pelakon British Terbaik dalam Peranan Utama, dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik - Filem Drama pada tahun 1953. Dalam ulasan pengkritik AH Weiler yang dipaparkan dalam akhbar The New York Times, beliau menulis:

Hepburn dan Peck dalam Roman Holiday
Walaupun beliau bukan betul-betul seorang pendatang baru dalam filem-filem, Audrey Hepburn, pelakon British yang membintangi buat kali pertama sebagai Princess Anne, seorang perempuan jelita yang lampai, nakal dan hiba, kelihatan agung dan keanak-anakan dalam keasyikan beliau menghayati perkara yang baru ditemui: keseronokan hidup yang mudah didapati, cinta. Sungguhpun beliau gagah tersenyum melaluinya pada tanda tamat hubungan cinta beliau, beliau berjaya meninggalkan satu watak yang berseorangan dalam menghadapi masa depan yang sesak dan menimbulkan rasa belas.
Gambar ini hak milik dan hak cipta © Time Inc.
Hasil ilustrasi Hepburn pada Kulit Majalah Time, 7 September 1953

Hepburn telah ditandatangani kontrak sebanyak tujuh filem dengan Paramount Pictures.[21] Antara syarat kontrak tersebut ialah tempoh masa 12 bulan di antara setiap filem untuk memberi masa kepada Hepburn untuk menumpukan perhatian dalam kerja pentas. Dengan adanya masa, Hepburn dapat menghasilkan illustrasi tentang dirinya yang kemudian menjadi terkenal dan dijadikan kulit majalah Time yang bertarikh 7 September, 1953.[22]

Mengikuti kejayaan beliau dalam Roman Holiday, beliau membintangi dalam filem romantis-komedi Sabrina (1954) yang diarah oleh Billy Wilder. Bagi persembahan beliau dalam Sabrina, Hepburn telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik tahun 1954 sementara memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon British Terbaik dalam Peranan Utama pada tahun yang sama.

Beliau membuat satu kolaborasi lagi pada tahun tersebut, kali ini dengan pelakon Mel Ferrer dalam drama fantasi Ondine (1954) di Broadway.

Filemografi dan kredit teater[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Senarai kredit filem
Tajuk filem Tahun Peranan/watak Nota Rujukan
Dutch in Seven Lessons 1948 Pramugari Bahasa Belanda: Nederlands in Zeven Lessen [23]
One Wild Oat 1951 Penyambut tetamu hotel Tidak dikreditkan [23]
Young Wives' Tale 1951 Eve Lester [24]
Laughter in Paradise 1951 Cigarette girl [25]
The Lavender Hill Mob 1951 Chiquita [26]
Secret People 1952 Nora Brentano [27]
Monte Carlo Baby 1952 Linda Farrell
Melissa Farrell (Versi Bahasa Perancis)
difilemkan secara bersamaan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Perancis.
Bahasa Perancis: Nous irons à Monte-Carlo
[28]
[29]
[30]
Roman Holiday 1953 Puteri Anne [31]
Sabrina 1954 Sabrina Fairchild Nama versi United Kindgom: Sabrina Fair [32]
[33]
War and Peace 1956 Natasha Rostova [34]
Love in the Afternoon 1957 Ariane Chavasse [35]
Funny Face 1957 Jo Stockton [36]
Green Mansions 1959 Rima [37]
The Nun's Story 1959 Sister Luke [38]
The Unforgiven 1960 Rachel Zachary [38]
Breakfast at Tiffany's 1961 Holly Golightly [38]
The Children's Hour 1961 Karen Wright [38]
Charade 1963 Regina Lampert [39]
Paris When It Sizzles 1964 Gabrielle Simpson [40]
My Fair Lady 1964 Eliza Doolittle [38]
How to Steal a Million 1966 Nicole Bonnet [38]
Two for the Road 1967 Joanna Wallace [41]
Wait Until Dark 1967 Susy Hendrix [42]
Robin and Marian 1976 Maid Marian [43]
Bloodline 1979 Elizabeth Roffe [44]
They All Laughed 1981 Angela Niotes [45]
Always 1989 Hap [46]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Audrey Hepburn tops Beauty poll". BBC. 31 May 2004. Dicapai pada 19 July 2015.
  2. ^ Corliss, Richard (20 January 2007). "Audrey Hepburn: Still the Fairest Lady - TIME". Content.time.com. Dicapai pada 19 July 2015.
  3. ^ "Audrey Hepburn 'most beautiful woman of all time'". The Sydney Morning Herald. 1 June 2004. Dicapai pada 19 July 2015.
  4. ^ "Was Audrey Hepburn, the Queen of Polyglotism?". news.biharprabha.com. Dicapai pada 3 May 2014.
  5. ^ "Welcome to Audrey Hepburn.com". Audreyhepburn.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 10 March 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Vermilye 1995, m/s. 67.
  7. ^ "Audrey Hepburn got big break here, says National Portrait Gallery ahead of new exhibition". culture24.org.uk. Dicapai pada 17 September 2015.
  8. ^ Telegraph, 4 May 2014, 'I suppose I ended Hepburn's career'
  9. ^ "Audrey Hepburn's Son Remembers Her Life". Larry King Live. 24 December 2003. CNN.
  10. ^ a b "Princess Apparent". Time. 7 September 1953. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-30. Dicapai pada 2015-10-23.
  11. ^ Nichols, Mark Audrey Hepburn Goes Back to the Bar, Coronet, November 1956
  12. ^ Walker 1994, m/s. 55.
  13. ^ Woodward 2012, m/s. 94.
  14. ^ "Lighting Up Broadway". Extra Magazine. People. Winter 1993.
  15. ^ "History Lesson! Learn How Colette, Audrey Hepburn, Leslie Caron & Vanessa Hudgens Transformed Gigi". Broadway.com. Dicapai pada 17 September 2015.
  16. ^ Billson, Anne (29 December 2014). "Audrey Hepburn: a new kind of movie star". The Daily Telegraph. London.
  17. ^ Paris 2001.
  18. ^ "Filmography: Roman Holiday". audrey1.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-21. Dicapai pada 14 January 2008.
  19. ^ Zekas, Rita (2 January 2004). "Audrey Hepburn: A reluctant icon". Toronto Star. m/s. D05. The title credits were supposed to be Gregory Peck starring and 'introducing' Audrey Hepburn. But he said, 'You've got to change that because she'll be a big star and I'll look like a big jerk.'
  20. ^ Gary Fishgall (2002). Gregory Peck: A Biography. Simon and Schuster. m/s. 172, 173. ISBN 068485290X. Dicapai pada 1 November 2014.
  21. ^ Connolly, Mike. Who Needs Beauty!, Photoplay, January 1954
  22. ^ "Audrey Hepburn: Behind the sparkle of rhinestones, a diamond's glow". TIME. 7 September 1953. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-12. Dicapai pada 28 May 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ a b Woodward 2012, m/s. 381.
  24. ^ "Young Wives' Tale (1951)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  25. ^ Woodward 2012, m/s. 382.
  26. ^ Woodward 2012, m/s. 92, 382.
  27. ^ "The Secret People (1952)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  28. ^ Spoto 2007, m/s. 43.
  29. ^ "Audrey Hepburn". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-01. Dicapai pada 23 May 2015.
  30. ^ G., O. A. (29 May 1954). "Monte Carlo Baby (1953) At the Palace". The New York Times. Arthur Hays Sulzberger. Dicapai pada 23 May 2015.
  31. ^ Woodward 2012, m/s. 124, 383.
  32. ^ "Sabrina (1954)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  33. ^ Woodward 2012, m/s. 384.
  34. ^ "War and Peace (1956)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  35. ^ "Love in the Afternoon (1957)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  36. ^ "Funny Face (1957)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  37. ^ Woodward 2012, m/s. 386–387.
  38. ^ a b c d e f Gitlin 2008, m/s. 116.
  39. ^ Sherwin, Adam (15 May 2013). "Hollywood Silences Leading Ladies as Speaking Roles for Women Slump". The Independent. Independent Print Limited. Dicapai pada 23 May 2015.
  40. ^ "Paris When It Sizzles (1964)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  41. ^ "Two for the Road (1967)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  42. ^ "Wait Until Dark (1967)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  43. ^ "Robin and Marian (1976)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  44. ^ "Bloodline (1979)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  45. ^ "They All Laughed (1981)". Turner Classic Movies. Dicapai pada 23 May 2015.
  46. ^ Woodward 2012, m/s. 390–391.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]