Awan Dania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awan Dania
Poster AwanDania.jpg
Genre Komedi romatik
Pencipta Nusantara Seni Karya
Ditulis oleh Sofia Aliza
(musim 1 - musim 3)
Pengarah Azizi Chunk Adnan(musim 1-2) diganti oleh Dinesh Samby(musim 3)
Fotografi:Iesham Ramjan diganti oleh Kamarul Arif
Artistik:Anop Malik
Dibintangi Scha Al-Yahya (Musim 1 - 3)
Jehan Miskin (Musim 2 - 3)
Gambit Saifullah (Musim 3)
Lagu pembukaan Terbang Ke Awan, Atilia Haron
(Musim 1 - Musim 2)
Ilusi, Adira (Musim 3)
Lagu penutup Terbang Ke Awan, Atilia Haron
(Musim 1 - Musim 2)
Ilusi, Adira
(Musim 3)
Negara asal  Malaysia
Bilangan episod Musim 1: 26 Episod
Musim 2: 26 Episod
Musim 3: 26 Episod (jumlah semuanya 78 episod) (hingga musim 3)
Penerbitan
Penerbit
Nusantara Seni Karya
Eksekutif Astro: Jamal Hj. Ismail
Eksekutif NSK:Navamogan Munian
Eksekutif:Kevin Patrick
Brijesh Tanna
Khairul Amri Khalid
Namanzee Harris
Penerbit:Raam Punjabi
Tempoh siaran 60 - 90 minit
Penyiaran
Saluran asal Astro Ria
(Musim 1 - Musim 3)

Awan Dania adalah sebuah drama yang menceritakan kisah seorang tomboi bernama Dania yang ingin menjadi pramugari. Drama ini diarahkan oleh Azizi Chunk Adnan dan disiarkan pada hari Isnin pada pukul 9 malam (pernah ditukarkan waktunya kepada 9.30 malam) di Astro Ria saluran 104 dengan lagu tema yang berjudul Terbang Ke Awan, hasil nyanyian Atilia Haron yang kemudiannya diganti dengan lagu Ilusi oleh Adira mulai musim ketiga.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Sinopsis Awan Dania Musim 1-3[sunting | sunting sumber]

Awan Dania[sunting | sunting sumber]

Awan Dania Musim 2[sunting | sunting sumber]

Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang didokong oleh pelakon berbakat Scha Al Yahya yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Awan Dania Musim 3[sunting | sunting sumber]

Dania adalah seorang gadis tomboi yang bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat penerbangan pada mulanya. Dalam Awan Dania Musim Ketiga, Dania menganggur kerana kontraknya telah tamat dengan FireFly dan kini sedang mencari syarikat penerbangan yang ingin mengambilnya bekerja. Kebetulan, Dania hampir dilanggar oleh seorang Tan Sri dan beliau telah dilamar oleh Tan Sri untuk bekerja dengannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[[1]]