Baddrol Bakhtiar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Baddrol Bakhtiar
Bbandmnz.png
Baddrol Bakhtiaar (kiri) dengan Norhafiz Zamani Misbah (Kanan)
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 1 Februari 1988 (26 tahun)
Tempat lahir Sabah, Malaysia
Tinggi 1.77 m (5 kk 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Nombor 7
Kerjaya remaja
2005–2006 Kedah FA Piala Presiden
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006– Kedah Kedah FA 160 (76)
Pasukan kebangsaan
2005–2007 Malaysia Malaysia B-20 12 (12)
2008– Malaysia Malaysia B-23 21 (8)
2009– Malaysia Malaysia 26 (6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga July 23, 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga July 23, 2014

Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia diletakkan sebagai Pengatur Serangan (Playmaker) sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Kedah[sunting | sunting sumber]

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.

Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

Bawah 20 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Peluang ke Stamford Bridge[sunting | sunting sumber]

Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing.

Gol-gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. November 18, 2009 Stadium Nasional Bukit Jalil  Uzbekistan
1–3
1–3 (K) Kelayakan Piala Asia 2011
2. February 27, 2010 Stadium Nasional Bukit Jalil  Yaman
1–0
1–0 (M) Perlawanan persahabatan
3. June 18, 2011 Stadium Sultan Mohammed Ke IV  Myanmar
2–0
2–0 (M) Perlawanan persahabatan

Gol-gol bawah 23 tahun[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. 9 November 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Thailand
1–1
2–1 (M) Sukan SEA 2011
2. 13 November 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Kemboja
2–1
4–1 (M) Sukan SEA 2011
3. 13 November 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Kemboja
3–1
4–1 (M) Sukan SEA 2011