Baharuddin Jusuf Habibie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Baharuddin Jusuf Habibie

Baharuddin Jusuf Habibie (lahir 25 Jun 1936; lebih dikenali dengan panggilan Rudy Habibie atau B J Habibie) ialah Presiden Republik Indonesia yang ketiga. Beliau menggantikan Suharto yang mengundurkan diri daripada jawatan presiden pada 21 Mei 1998. Pada Oktober 1999, disebabkan beberapa tuduhan yang dikenakan ke atasnya, beliau memutuskan untuk tidak bertanding lagi bagi jawatan presiden, dan digantikan oleh Abdurrahman Wahid yang terpilih oleh Parlimen Rakyat (MPR), hasil Pilihan Raya Umum 1999.

Habibie dilahirkan di Pare-Pare, Sulawesi Selatan dan belajar di Institut Teknologi Bandung. Dari 1955 ke 1965, beliau belajar teknologi ruang angkasa di RWTH Aachen, Jerman. Di sana, beliau berjaya mendapat diplomanya pada 1960 dan memperoleh kedoktoran pada 1965. Habibie kemudiannya bekerja dengan syarikat Messerschmitt-Bolkow-Blohm di Hamburg.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1978 ke 1998, Habibie merupakan Menteri Teknologi dan Badan Pengkajian Dan Penerapan Teknologi dalam zaman kepemimpinan Presiden Suharto. Pada masa kedudukannya sebagai menteri, beliau pun diangkat menjadi ketua umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI). Habibie diangkat menjadi Wakil Presiden dalam Kabinet Pembangunan VII pada tahun 1998. Dua bulan kemudian, beliau dilantik menjadi Presiden apabila Suharto dipaksa meletak jawatan.

Pada Oktober 1999, Habibie diminta memberi penjelasan mengenai beberapa tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Namun parlemen mengundi untuk menolak ucapan ke pertanggung jawapannya. Habibie memutuskan untuk tidak bertanding lagi bagi jawatan presiden. Beliau digantikan oleh Abdurrahman Wahid yang terpilih menjadi Presiden pada bulan Oktober 1999 oleh MPR, hasil Pilihan Raya Umum 1999.

Terbitan-terbitan[sunting | sunting sumber]

  • Prosiding untuk Simposium Antarabangsa mengenai Sains dan Teknologi Penerbangan Indonesia / B. J. Habibie; B. Laschka [Editor]. Institut Penerbangan dan Angkasa Indonesia; Deutsche Gesellschaft für Luft- und Raumfahrt 1986
  • Eine Berechnungsmethode zum Voraussagen des Fortschritts von Rissen unter beliebigen Belastungen und Vergleiche mit entsprechenden Versuchsergebnissen, Penyampaian dalam Simposium DGLR di Baden-Baden, 11-13 Oktober 1971
  • Beitrag zur Temperaturbeanspruchung der orthotropen Kragscheibe, Disertasi di RWTH Aachen, 1965
  • Teknologi-teknologi canggih: Berakar umbi di dalam negara-negara membangun, Jurnal antarabangsa untuk pengurusan teknologi: IJTM. - Geneva-Aeroport : Inderscience Enterprises Ltd, 1990
  • Einführung in die finite Elementen Methode,Teil 1, Hamburger Flugzeugbau GmbH, 1968
  • Entwicklung eines Verfahrens zur Bestimmung des Rißfortschritts in Schalenstrukturen, Hamburger Flugzeugbau GmbH, Messerschmitt-Bölkow-Blohm GmbH, 1970
  • Entwicklung eines Berechnungsverfahrens zur Bestimmung der Rißfortschrittsgeschwindigkeit an Schalenstrukturen aus A1-Legierungen und Titanium, Hamburger Flugzeugbau GmbH, Messerschmitt-Bölkow-Blohm GmbH, 1969
  • http://gso.gbv.de

Terbitan-terbitan tentang B.J. Habibie[sunting | sunting sumber]

  • Hosen, Nadirsyah, Undang-undang politik Indonesia pada Era Habibie: Antara perjuangan politik dan pembaharuan undang-undang, Jurnal Norse mengenai undang-undang antarabangsa, ISSN 0029-151X, Bd. 72 (2003), 4, m.s. 483-518
  • Rice, Robert Charles, Pendekatan Indonesia terhadap dasar teknologi semasa era Suharto: Habibie, Sumitro dan lain-lain, pembangunan ekonomi Indonesia (1990), m.s. 53-66
  • ...selengkapnya

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Presiden Republik Indonesia   Bendera Republik Indonesia
Sukarno | Suharto | B. J. Habibie | Abdurrahman Wahid | Megawati Sukarnoputri | Susilo Bambang Yudhoyono