11 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXII | ||||||
11 September merupakan hari ke-254 (hari ke-255 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 115 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Tahun Baru mengikut kalendar Koptik dan Habsyah
- Hari Kebangsaan Catalonia
- Hari Guru di sebahagian wilayah Latin Amerika.
- Hari Patriot di Amerika Syarikat (2001).
[sunting] Peristiwa
- 1297 - Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland pimpinan Andrew Moray dan William Wallace mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth (gambar).
- 1857 - Militia Mormon memimpin pembunuhan beramai-ramai sekitar 120 orang peneroka yang dalam perjalanan ke California.
- 1922 - Mandat British Palestin bermula.
- 1961 - Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) diasaskan di Morges, Switzerland.
- 1973 - Jeneral Augusto Pinochet mengetuai satu rampasan kuasa di Chile yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Salvador Allende.
- 1998 - Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Kuala Lumpur.
- 2001 - Serangan 11 September: Tiga buah kapal terbang penumpang dirampas dan digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar Raya New York (gambar) dan Pentagon di Washington, D.C., manakala kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania. Secara keseluruhannya, hampir 3,000 orang terkorban.
- 2005 - Israel secara rasminya mengisytiharkan berakhirnya pentadbiran ketenteraan di Semenanjung Gaza, Palestin, setelah menduduki kawasan tersebut selama 38 tahun.
- 2009 - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||