Pembubaran Czechoslovakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembubaran Czechoslovakia merujuk kepada peristiwa pemecahan negara Czechoslovakia kepada Republik Czech dan Slovakia yang terjadi pada 1 Januari 1993. Peristiwa ini sering digelar "Velvet Divorce" atau "Penceraian Baldu" dalam bahasa Inggeris dan bahasa yang lain dan merujuk kepada Revolusi Baldu pada 1989 yang mengakibatkan kejatuhan Parti Komunis Czechoslovakia dan penubuhan sebuah pemerintah baru bukan komunis di sana.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Negara Czechoslovakia ditubuhkan dari pembubaran Austria-Hungary pada akhir Perang Dunia I. Pada akhir Perang Dunia II, Kesatuan Soviet telah menduduki negara itu dan menyatukan Republik Sosialis Czech dengan Republik Sosialis Slovak untuk mencipta Republik Sosialis Czechoslovak. (Beberapa wilayah Czechoslovakia di bahagian tenggara (Ruthenia Karpatos) dimasukkan ke negara Ukraine.) Negara bersatu Czechoslovakia inilah yang mengalami perubahan daripada sistem sosialisme kepada kapitalisme melalui Revolusi Velvet pada 1989.