Betelgeuse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Betelgeuse, Alpha Ori
Position Alpha Ori.png
Betelgeuse merupakan bintang kiri atas (anak panah merah jambu) dalam petak bintang terang dalam Orion.
Data cerapan
Epoch J2000.0      Ekuinoks J2000.0
Buruj Orion
Peningkatan kanan 05j 55m 10.3053s[1]
Keserongan +07° 24′ 25.426″[1]
Magnitud ketara (V) 0.58[1] (0.3 to 1.2)
Sifat
Jenis spektrum M2Iab[1]
Indeks warna U-B 2.06[1]
Indeks warna B-V 1.85[1]
Jenis pembolehubah SR c[1] (Semi-regular)
Astrometri
Halaju jejarian (Rv) +21.0[1] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: 24.95 ± 0.08[2] mas/thn
Dec.: 9.56 ± 0.15[2] mas/thn
Paralaks bintang (π) 5.07[2] mas
Jarak 643.30646942801 tc
(197.23865877712 pc)
Magnitud mutlak (MV) −5.14
Perincian
Jisim 20[3] M
Jejari 950-1000[3] R
Graviti permukaan (log g) -0.5[4]
Kekilauan 135,000[3] L
Suhu 3,500[4] K
Putaran 17 tahun(14.6 km/s)[5]
Usia 1.0 × 107 tahun
Rekaan lain

Betelgeuse (disebut /ˈbiːtəldʒuːz/ or /ˈbɛtəldʒuːz/[6]) ( α Ori, α Orionis, Alpha Orionis) merupakan bintang pemboleh ubah separa biasa yang berada 600 tahun cahaya dari Bumi.[1][2] Bintang ini merupakan bintang kedua tercerah dalam buruj Orion dan bintang kesembilan tercerah di langit malam. Walaupun Betelgeuse mempunyai rekaan Bayer alfa, Rigel (Beta Orionis) lazimnya lebih cerah (Betelgeuse adalah bintang pemboleh ubah dn kadang kala lebih cerah dari Rigel). Bintang ini membonjol pada asterisme Segitiga Musim Sejuk. Ahli astronomi percaya yang Betelgeuse hanya berusia beberapa juta tahun tetapi berusia dengan lebih cepat keran jisimnya yang tinggi.[7]

Betelgeuse merupakan super gergasi merah dan secara relatifnya berkilauan dan salah satu bintang terbesar yang diketahui. Bagi perbandingan, jika bintang tersebut berada di pusat sistem suria, permukaannya mungkin merentangi hingga antara orbit Marikh dan Musytari, dengan keseluruhannya menelan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Diameter sudut bagi Betelgeuse kali pertama diukur pada 1920–1921 oleh Albert Abraham Michelson dan Francis G. Pease dengan menggunakan interferometer astronomi pada teleskop 100 inci di Balai Cerap Gunung Wilson.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama bintang ini merupakan ambilan dari Arab يد الجوزاء yad al-jawzā, tangan yang di tengah. Orang Arab pada mulanya memanggil Gemini Jauza ("yang di tengah") tetapi kemudian ditukar kepada Orion. Masyarakat Eropah tersalah tafsir kepada Latin ketika Zaman Pertengahan yang menyebabkan huruf pertama ya (, dengan dua titik) kepada ba (, dengan satu titik). Maka, sepanjang Zaman Renaissance, nama bintang ini disebut sebagai Bait al-Jauza yang diingatkan mempunyai makna ketiak yang di tengah dalam bahasa Arab. Ini membawa kepada nama moden Betelgeuse (walaupun tafsirn sebenar bagi "ketiak" ialah ابط, disebut sebagai Ibţ,[8] maka pada 1899, Richard Hinckley Allen telah tersilap memberikan asal-usulnya sebagai Ibţ al Jauzah).[9] Dalam Jerman, nama ini telah diiubah dengan lebih teruk: ia dipanggil Beteigeuze, kerana l dalam nama yang dirumikan telah diletakkan sebagai i.

Disebabkan ia berwarna merah pekat, bintang ini juga dipanggil "hulubalang" dan dalam astrologi Betelgeuse memiliki kemuliaan ketenteraan atau kerakyatan. Bintang terang ini juga mempunyai nama lain:

Dalam Bahasa Cina, Betelgeuse dikenali sebagai 参宿四 ( Shēnsùsì, Bintang Keempat bagi Buruj Tiga Bintang) kerana Buruj Tiga Bintang pada mulanya adalah nama tiga biji bintang di pinggang Orion. Empat bintang lain kemudiannya ditambah tetapi dengan nama yang tidak diubah.

Dalam Japan, Betelgeuse dikenali sebagai 平家星 (Heikeboshì, Bintang klan Heike )[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 "SIMBAD query result: V* alf Ori -- Semi-regular pulsating Star". Centre de Données astronomiques de Strasbourg. http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=betelgeuse. Capaian 2007-06-20. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 (5), Table 6, A New VLA-Hipparcos Distance to Betelgeuse and its Implications, Graham M. Harper, Alexander Brown, and Edward F. Guinan, The Astronomical Journal 135, #4 (April 2008), pp. 1430–1440, Bibcode2008AJ....135.1430H, doi:10.1088/0004-6256/135/4/1430.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan uiuc tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan apj545 tidak disediakan
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan uitenbroek_1998 tidak disediakan
  6. OED
  7. "Betelgeuse". SolStation. http://www.solstation.com/x-objects/betelgeuse.htm. Capaian 2005-11-11. 
  8. Kunitzsch, Paul, and Smart, Tim (2006). A Dictionary of Modern Star Names. Cambridge, MA: Sky Publishing. m/s. 45. ISBN 9781931559447. 
  9. 9.0 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 9.7 Allen, Richard Hinckley (1963). Star Names: Their Lore and Meaning (edisi Revised edition). New York: Dover Publications. ISBN 0486210790. 
  10. "en:Daijirin" p.2327 ISBN:4385139024
  11. en:Hōei Nojiri"Shin seiza jyunrei"p.19 ISBN: 9784122041288