Sirius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Sirius A / B
Canis Major constellation map.svg
Cercle rouge 100%.svg

Kedudukan Sirius (terbulat).
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinox J2000.0 (ICRS)
Buruj Canis Major
Peningkatan kanan 06j 45m 08.9173s[1][note 1]
Keserongan −16° 42′ 58.017″[1][note 1]
Magnitud ketara (V) −1.47 (A)[1] / 8.30 (B)[2]
Sifat
Jenis spektrum A1V (A)[1] / DA2 (B)[2]
Indeks warna U-B −0.05 (A)[3] / −1.04 (B)[2]
Indeks warna B-V 0.01 (A)[1] / −0.03 (B)[2]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv) −7.6[1] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −546.05[1][note 1] mas/thn
Dec.: −1223.14[1][note 1] mas/thn
Paralaks bintang (π) 379.21 ± 1.58[1][4] mas
Jarak 8.6 ± 0.04 tc
(2.64 ± 0.01 pc)
Magnitud mutlak (MV) 1.42 (A)[note 2] / 11.18 (B)[2]
Orbit[5]
Pendamping α CMa B
Tempoh (P) 50.090 ± 0.055 thn
Paksi semimajor (a) 7.50 ± 0.04"
Keeksentrikan (e) 0.5923 ± 0.0019
Kecondongan (i) 136.53 ± 0.43°
Longitud nod menaik (Ω) 44.57 ± 0.44°
Epok periastron (T) 1894.130 ± 0.015
Argumen periapsis (ω)
(sekunder)
147.27 ± 0.54°
Perincian
α CMa A
Jisim 2.02[6] M
Jejari 1.711[6] R
Graviti permukaan (log g) 4.33[7]
Kekilauan 25.4[6] L
Suhu 9,940[7] K
Putaran 16 km/s[8]
Usia 2–3 × 108[6] tahun
α CMa B
Jisim 0.978[6] M
Jejari 0.0084 ± 3%[9] R
Graviti permukaan (log g) 8.57[9]
Kekilauan 0.026[note 3] L
Suhu 25,200[6] K
Rekaan lain
Sistem: Bintang Anjing, Bintang Serigala Langit, Aschere, Canicula, Al Shira, Sothis,[10] Alhabor,[11] Mrgavyadha, Lubdhaka,[12] Tenrōsei,[13] α Canis Majoris (α CMa), 9 Canis Majoris (9 CMa), HD 48915, HR 2491, BD −16°1591, GCTP 1577.00 A/B, GJ 244 A/B, LHS 219, ADS 5423, LTT 2638, HIP 32349.
B: EGGR 49, WD 0642-166.[1][14][15]

Sirius ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU.[16]

Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos,[4][17][18] sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.[19]

Sirius A adalah dua kali ganda sebesar Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari[6] tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.[6] Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi raksasa merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu.[6]

Sirius juga dikenali secara basahan sebagai "Bintang Anjing", mencerminkan prominensnya dalam burujnya, Canis Major (Anjing Besar).[10] Terbitan helios Sirius menandakan pembanjiran Sungai Nil di Mesir Purba dan "hari anjing" musim panas untuk orang Yunani Purba, sementara untuk orang Polinesia ini menandakan musim sejuk dan merupakan bintang penting untuk pandu arah di sekitar Lautan Pasifik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SIMBADa tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan McCook2006 tidak disediakan
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hoffleit1991 tidak disediakan
  4. 4.0 4.1 van Leeuwen, F. (November 2007), "Validation of the new Hipparcos reduction", Astronomy and Astrophysics 474 (2): 653–664, arXiv:0708.1752, Bibcode 2007A&A...474..653V, doi:10.1051/0004-6361:20078357 
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan VanDenBos1960 tidak disediakan
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Liebert2005 tidak disediakan
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Adelman2004 tidak disediakan
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Royer2002 tidak disediakan
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Holberg1998 tidak disediakan
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Allen1899 tidak disediakan
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gingerich tidak disediakan
  12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Kumar2002 tidak disediakan
  13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Spahn1996 tidak disediakan
  14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SIMBADb tidak disediakan
  15. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan VanAltena1995 tidak disediakan
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Schaaf2008 tidak disediakan
  17. Perryman, M. A. C.; Lindegren, L.; Kovalevsky, J.; et al. (Julai 1997), "The Hipparcos Catalogue", Astronomy and Astrophysics 323: L49–L52, Bibcode 1997A&A...323L..49P 
  18. Perryman, Michael (2010), The Making of History's Greatest Star Map, Heidelberg: Springer-Verlag, doi:10.1007/978-3-642-11602-5 
  19. Sky and Telescope, April 1998 (p60), berdasarkan pengkomputan daripada data Hipparcos.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sistem terdekat Templat:Bintang dalam Canis Major

Koordinat: Peta langit 06h 45m 08.9173s, −16° 42′ 58.017″


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan