Boy band

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
boy bands
Asalan gaya

Early: soul music, disco, power pop, Gospel music, electronic dance music, bubblegum pop, The Beatles, 1960's girl groups.

Influences in early 21st century include pop punk, indie rock, indie pop, garage rock, dance punk, pop rap,emo/post hardcore.
Asalan budaya late 1970's United Kingdom &United States, with precursors dating back to the mid 1960's. (The Beatles and Beatlemania.)
Instrumen biasa Vocals- electronic backing - sampler - sequencers. Others use rock band instrumentation: electric guitar, bass guitar, drums, keyboards
Topik lain
Eurovision song contest, camp (style), pop idol, teenybopper, postmodernism, consumerism, gay culture, kitsch, pop culture, manufactured pop, tweenager, teen idol,gay icon

Boy band adalah istilah bagi kumpulan penyanyi muzik pop yang dianggotai oleh 3 atau lebih anggota lelaki, biasanya dari kalangan remaja. Kumpulan boy band juga turut berperanan sebagai penari juga; mereka sering mempersembahkan tarian bagi diserasikan dengan muzik mereka.

Walaupun mereka dipanggil sebagai "boy band" (maksud dalam Bahasa Melayu secara literal: "kugiran budak lelaki"), mereka amat jarang memainkan alat muzik tetapi selalunya mereka bertindak sebagai kumpulan vokalis harmoni. Konsep boy band adalah serupa dengan kumpulan remaja perempuan. Istilah serupa bagi boy band termasuklah kumpulan remaja lelaki (vocal group), kumpulan vokal lelaki (male vocal group), kumpulan jejaka (guy group) dan kru lelaki (man crew).

Kumpulan boy band paling laris[sunting | sunting sumber]

Kumpulan remaja lelaki Jumlah jualan Genre Album studio Ahli Tahun aktif
1. Backstreet Boys 100 juta +[1][2] Pop 6 4 - 5 1993 - sekarang (15 tahun)
2. New Kids on the Block 70 juta + Pop 4 5 1984–sekarang (29 tahun)
3. Westlife 40 juta Pop 9 4 1998–sekarang
4. 'N Sync 39 juta +[3] Pop 3 5 1995 - 2002 (7 tahun)
5. Take That 38 million+ Pop 4 4 - 5 1990-1996,2005-sekarang

Album Boy Band Paling Laris[sunting | sunting sumber]

Album Boy band Jualan Seluruh Dunia Tahun Jenis Lagu
Millennium Backstreet Boys 40 Juta 1999 Pop
Backstreet Boys Backstreet Boys 30 Juta 1997 Pop
Black & Blue Backstreet Boys 24 Juta 2000 Pop
Step by Step New Kids on the Block 19 Juta 1990 Pop
Hangin' Tough New Kids on the Block 16 Juta 1988 Pop
No Strings Attached 'N Sync 15 Juta 2000 Pop
II Boyz II Men 15 Juta 1994 R&B
*NSYNC 'N Sync 13 juta 1997 Pop

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maurice Starr diberi penghargaan kerana memulakan trend tersebut, dengan anak muridnya New Edition dan New Kids on the Block, walaupun istilah "boy band" masih belum wujud sehinggalah lewat 1990-an. Idea Starr ialah dengan mencedok templat tradisional daripada genre R&B (dalam kes ini ialah kumpulan remajanya New Edition) dan menggunakannya di dalam genre pop. Formula ini kemudiannya diperhalusi oleh beberapa pengurus Eropah seperti Nigel Martin-Smith dan Louis Walsh, sehinggalah pasaran pop UK sudah menjadi tepu dengan genre ini.

Penerbit TV Bert Schneider dan Bob Rafelson telah mendapatkan empat ahli untuk mempersembahkan rentak pop rancak sambil berlakon di dalam siri televisyen. Kumpulan Monkees kerap dianggap sebagai perintis di kalangan kumpulan boy band. Ditubuhkan pada tahun 1965 kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1970. Walaupun istilah tersebut paling banyak dikaitkan pada kumpulan tahun-tahun 1990-an ke atas, pendahulunya memang wujud sepanjang sejarah muzik pop. Kumpulan The Temptations, popular sekitar dekad 1960-an, dan The Bee Gees, The Jackson 5, The Osmonds, dan Earth, Wind and Fire, popular sekitar dekad 1970-an, juga dianggap sebagai satu bentuk boy band bagi sesetengah peminat. Kumpulan boy band Latin Menudo ditubuhkan pada tahun 1977.

Salah satu daripada pengurus boy band yang paling berjaya ialah Lou Pearlman, yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan boy band yang sangat berjaya seperti Backstreet Boys , 'N Sync dan US5. Di UK, produser Simon Cowell (dikenali di AS bagi siri francais American Idol/Pop Idol) juga dikenali kerana pernah menguruskan kumpulan boy band Westlife, yang dicipta oleh Louis Walsh[4] dan dipromosikan oleh bekas ahli boyband Ronan Keating dari kumpulan Boyzone.

Sejak tahun 2001, dominasi kumpulan boy band tradisional dalam carta muzik mula pudar dan mula digantikan dengan apa yang disifatkan oleh Gil Kaufman dari MTV sebagai 'boy band baru' yang 'lebih menyerupai Good Charlotte, My Chemical Romance, Sum 41, Simple Plan atau Dashboard Confessional'.[5]

Genre muzik[sunting | sunting sumber]

Walaupun kebanyakan boy band dipengaruhi genre R&B, genre muzik lain turut ditampilkan. South 65 dan Marshall Dyllon, contohnya, telah dianggap kumpulan boy band magi muzik country.


Nama-nama boy band yang terkenal[sunting | sunting sumber]


Boy Band Pop Terkini[sunting | sunting sumber]

Nama Kumpulan Tahun Aktif Ahli Lagu Popular
V Factory 2006-Kini 5 Orang Love Struck
Varsity Fanclub 2009-Kini 5 Orang Future Love
NLT 2008-Kini 4 Orang Karma, That Girl
US5 2005-Kini 5 Orang Mama, Maria, Just Because Of You, Rhythm Of Life, Round and Round, Around The World dan The Boys Are Back

Rujukan[sunting | sunting sumber]