Brie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brie
Maklumat umum
JenisKeju Peranciskeju susu lembuwhite mold-rind cheese (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Dinamakan sempenaBrie (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Asalan
NegaraPerancis
KawasanIle-de-France
LokasiÎle-de-FranceBrie (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Ciri-ciri
Sumber susuLembu
BahanSusu Edit the value on Wikidata
DipasteurkanYa
TeksturLembut
Kandungan lemak30-60%
Tempoh penuaan4 minggu
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Brie adalah keju bertekstur lembut dari susu lembu yang dipasteur yang berasal dari Perancis.[1] Brie dihasilkan di kawasan Ile-de-France yang berada di sebelah timur bandar Paris.[1] Sebelum pengangkutan di Perancis membangun, keju ini tidak boleh dihantar ke daerah lain selain kota Paris, sehingga orang sering menyebutnya "keju Paris".[1] Keju Brie Perancis asli menggunakan susu lembu yang tidak dipasteur sehingga rasanya lebih kompleks.[2] [3] Manakala keju Brie yang dieksport ke negara lain menggunakan susu lembu yang dipasteur sehingga boleh bertahan lebih lama dan tidak terdedah terhadap jangkitan bakteria.[2] [3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Brie, yang disebut-sebut sebagai "raja" atau "ratu" keju, telah dikenali sejak abad kelapan.[2] [3] [4] [5] Beberapa ratus tahun yang lalu, keju Brie diberikan sebagai ufti kepada raja-raja Perancis pada zaman itu.[2] Bukti tertulis paling tua mengenai keju ini ditemukan pada tahun 774 M.[6] [7] Charlemagne, pemerintah Perancis ketika itu, mencuba keju Brie dan kemudian memerintahkan agar dua timbun keju tersebut dihantar kepadanya setiap tahun.[6] [7] Raja Louis XVI juga dikenal menyukai keju ini.[4] [7] Kononnya, ketika mati dia meminta dihidangkan keju Brie sebagai hidangan terakhirnya.[4] [7] Disebabkan kepopularannya di kalangan raja-raja, keju Brie mendapatkan gelaran "Raja Keju dan Keju Raja-raja" (Roi de Fromages et Fromage de Rois) oleh Androuet dan Chabot pada tahun 1985.[8]

Bentuk dan tekstur[sunting | sunting sumber]

Keju ini mempunyai bentuk bulat seperti kuih dengan diameter 25 hingga 40 cm.[1] Keju dengan diameter 15 hingga 22 cm juga diperbolehkan untuk dijual.[1] Berat keju Brie antara 1 hingga 2 kilogram.[2] Keju Brie boleh didapati dijual dalam bungkusan kotak kayu.[2]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Untuk membuat keju Brie, susu lembu yang digunakan dipanaskan sehingga tidak lebih dari 37 °C dan renet ditambah.[8] [7] Dadih kemudian dicetak dengan bantuan sudu besar yang berlubang yang dikenali sebagai pelle à brie.[7] [9] Lalu dadih diletakkan di dalam cetakan dan dikeringkan selama satu hari.[4] [5] Kemudian garam ditambah untuk mengimbangi rasa manis susu yang digunakan.[7] Sebelum dimatangkan, cendawan Penicillium camemberti digunakan sehingga terbentuk kulit berwarna putih di bahagian luar keju.[8] [5] [7] Proses terakhir adalah kematangan di gudang bawah tanah atau gua yang memakan masa sekurang-kurangnya empat minggu.[7] [5] [4]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Keju Brie de Melun.

Terdapat pelbagai variasi keju Brie yang asli yang boleh didapati, namun hanya dua jenis keju Brie yang telah mendapat pensijilan AOC.[1]

Keju Brie AOC[sunting | sunting sumber]

Brie de Meaux[sunting | sunting sumber]

Keju yang mempunyai berat 2.5 - 3 kilogram ini pada awalnya dibuat di Meaux, di daerah Brie. [6] [10] Brie de Meaux dibuat daripada susu lembu mentah pada bulan Julai hingga Mac.[10] Tekstur keju ini lembut dengan warna yang berubah menjadi kuning pucat ketika matang.[10] Permukaan keju ini berwarna putih dengan bintik-bintik berwarna jingga.[10]

Brie de Melun[sunting | sunting sumber]

Brie de Melun mempunyai rasa yang lebih tajam dan lebih masin berbanding Brie de Meaux.[6] [1] Dari segi saiz, Brie de Melun mempunyai diameter yang lebih kecil sehingga dikenali sebagai "adik" Brie de Meaux.[1] Berbeza dengan Brie de Meaux, Brie de Melun tidak menggunakan renet untuk melakukan proses pembekuan pada susu melainkan menggunakan bakteria asid laktik dan oleh itu memerlukan waktu yang lebih lama.[6] [1] Masa minimum yang diperlukan untuk proses pembekuan pada Brie de Melun adalah 18 jam, manakala pada Brie de Meaux hanya 30 minit.[1]

Keju Brie lain[sunting | sunting sumber]

Coulommiers[sunting | sunting sumber]

Berasal dari bandar dengan nama yang sama iaitu Coulommiers di Ile-de-France.[1] Keju ini melalui proses pematangan selama dua minggu.[1] Ukuran keju ini sepertiga daripada ukuran keju Brie terbesar dengan rasa yang halus.[1] Disebabkan dihasilkan oleh industri maka keju ini boleh ditemui di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja.[1]

Fougeru[sunting | sunting sumber]

Keju ini berbeza sedikit dengan keju Brie lain kerana pada permukaan keju ini diberi daun paku pakis.[1] Rasa dan kaedah pembuatan keju ini mempunyai persamaan dengan Coulommiers.[1]

Brie Jerman[sunting | sunting sumber]

Brie Jerman merupakan tiruan Brie Perancis.[1] Berat Brie Jerman sekitar 1 hingga 3 kilogram, dimatangkan selama empat minggu maksimum.[1] Keju ini juga ada yang diberi rempah yang dimasukkan ke dalam keju sebelum dimasak.[1]

Brie dari susu kambing[sunting | sunting sumber]

Keju ini tidak menggunakan susu lembu, tetapi menggunakan susu kambing.[1] Warna keju ini lebih cerah dibandingkan dengan keju Brie yang terbuat daripada susu lembu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Lexicon of Cheese tidak disediakan
  2. ^ a b c d e f (Inggeris) Brie, Cheese.com. Diakses pada 5 Mei 2010.
  3. ^ a b c (Inggeris) What is Brie Cheese?, About.com. Diakses pada 5 Mei 2010.
  4. ^ a b c d e (Inggeris) Brie[pautan mati kekal], Ile de France. Diakses pada 5 Mei 2010.
  5. ^ a b c d (Inggeris) What is Brie?, Wise Geek. Diakses pada 5 Mei 2010.
  6. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan encyclopedia tidak disediakan
  7. ^ a b c d e f g h i (Inggeris) The History of Brie Cheese Diarkibkan 2010-02-05 di Wayback Machine, World Village. Diakses pada 5 Mei 2010.
  8. ^ a b c (Inggeris) Davidson, Alan (2006). The Oxford Companion to Food. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280681-9. Page 106,161.
  9. ^ (Inggeris) Brie, Cheese-France. Diakses pada 5 Mei 2010.
  10. ^ a b c d (Inggeris) Brie de Meaux, The World Wide Gourmet. Diakses pada 6 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]