Christian Ziege

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Christian Ziege
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1972-02-01) 1 Februari 1972 (umur 52)
Tempat lahir Berlin Barat, Jerman Barat
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pemain tengah kiri / Bek sayap kiri
Kerjaya remaja
1978–1981 FC Südstern 08 Berlin
1981–1985 TSV Rudow Berlin
1985–1990 FC Hertha 03 Zehlendorf
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1997 Bayern Munich 185 (38)
1997–1999 Milan 39 (4)
1999–2000 Middlesbrough 29 (6)
2000–2001 Liverpool 16 (1)
2001–2004 Tottenham Hotspur 47 (7)
2004–2005 Borussia Mönchengladbach 13 (0)
Jumlah 329 (56)
Pasukan kebangsaan
1991–1993 Jerman B21 12 (3)
1992 Olimpik Jerman 1 (0)
1993–2004 Jerman 72 (9)
Pasukan diurus
2006–2007 Borussia Mönchengladbach B17
2008 Borussia Mönchengladbach (Jurulatih sementara)
2008 Borussia Mönchengladbach (Pembantu jurulatih)
2010 Arminia Bielefeld
2011 Jerman B19
2011–2012 Jerman B18
2012–2013 Jerman B19
2013–2014 Jerman B18
2014–2015 SpVgg Unterhaching
2015–2017 Atlético Baleares
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Christian Ziege (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪsti̯an ˈt͡siːɡə]; lahir 1 Februari 1972) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman.

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya di FC Bayern Munich, di mana beliau meraih dua gelaran Bundesliga dan satu trofi Piala UEFA sebelum Ziege melakukan perpindahan ke Milan dan berjaya meraih gelaran Scudetto. Pada tahun 1999, beliau sertai kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough sebelum dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kelab pada musim tunggalnya di kelab itu.[1] Tahun seterusnya, beliau berpindah ke Liverpool dan sebahagian daripada skuad yang meraih treble dengan memenangi Piala Liga Inggeris, Piala FA Inggeris dan Piala UEFA pada musim 2000-01. Pada tahun 2001, beliau sertai Tottenham Hotspur sebelum menamatkan kerjayanya di Jerman bersama Borussia Mönchengladbach.

Bersama pasukan kebangsaan Jerman di peringkat antarabangsa, Ziege menjuarai kejohanan UEFA Euro 1996 dan menjadi naib juara pada Piala Dunia 2002. Selain itu, beliau turut mewakili negaranya ke Euro 2000 dan 2004 dan Piala Dunia 1998.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Di peringkat kelab, Ziege beraksi untuk Bayern Munich Bayern Munich (1990–97),[2] Milan (1997–99) dan Middlesbrough (1999–2000). Pada musim panas 2000, Liverpool F.C. membida 5.5 juta paun sterling untuk membeli Ziege. Middlesbrough mendesak mereka memerlukan tambahan 6 juta paun untuk Ziege tetapi kelab memaksa Ziege berbincang dengan pihak Liverpool sebelum Ziege berjaya melakukan perpindahan.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Liverpool ketika menang 3-1 ke atas Manchester City pada 9 September 2000 dengan menggantikan Steven Gerrard pada separuh masa kedua. Beberapa siri kecederaan dan peningkatan prestasi Jamie Carragher[4] memaksa beliau berpindah ke Tottenham pada penghujung musim. Beliau menjaringkan dua gol ketika di Liverpool; menentang Leeds dalam saingan liga[5] dan Stoke dalam Piala Liga Inggeris.[6] Ziege juga menyumbangkan gelaran "treble" kepada Liverpool pada musim 2000-01. Beliau menjadi pemain gantian pada masa tambahan pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris dan menyudahkan tendangan penalti pada penentuan penalti menentang Birmingham. Namun, beliau tidak termasuk dalam barisan skuad final Piala FA Inggeris dan Piala UEFA 2001.

Pada 14 Mac 2002, Liverpool didenda 28 ribu paun oleh Persatuan Bola Sepak England kerana membawa masuk Ziege dengan menyalahi undang-undang manakala pemain itu didenda 10 ribu paun.[7] Ketika di Tottenham, beliau menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris 2002 tetapi pasukannya akur tewas 2-1 kepada Blackburn. Walau bagaimanapun, masalah kecederaan Ziege semakin meningkat. Pada tahun 2004, kontraknya ditamat melalui persetujuan bersama sebelum beliau berpindah semula ke Jerman.

Ziege kembali ke Jerman untuk bermain bersama kelab Borussia Mönchengladbach pada Jun 2004[8] sebelum mengumumkan persaraan pada Oktober 2005 apabila beliau tidak beraksi sejak Disember 2004 akibat kecederaan buku lali yang berterusan.[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ziege telah beraksi sebanyak 72 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman dan menjaringkan sembilan gol.[10] Selain meraih kejayaan UEFA Euro 1996, beliau mewakili pasukan Jerman ke Piala Dunia 1998 dan 2002. Di samping itu, beliau turut mewakili Jerman ke UEFA Euro 2000 dan 2004.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara dari arena bola sepak, Ziege mengambil diploma UEFA dalam bidang pengurusan. Pada tahun 2006, beliau memulakan karier jurulatihnya dengan berpindah ke kelab profesional terakhirnya sebagai seorang pemain iaitu Borussia Mönchengladbach, di mana beliau menjadi pengurus pasukan bawah-17 tahun menggantikan Thomas Schumacher. Pada musim 2006–07, pasukan bawah-17 telah memenangi sepuluh daripada 17 perlawanan di bawah kendalian Ziege dan pada Mac 2007, beliau menjadi pengarah sukan kelab bagi menggantikan Peter Pander.[11] Selepas perlantikannya, hanya berbaki sepuluh perlawanan sehingga penghujung musim. Borussia Mönchengladbach menduduki tangga tercorot liga dengan kekurangan lima untuk selamat daripada zon penyingkiran. Pada 5 Oktober 2008, Ziege menggantikan Jos Luhukay untuk menjadi pengurus sementara kelab. Jawatan sebagai pengurus sementara kelab berlarutan sehinggalah pada 18 Oktober 2008 apabila Hans Meyer menjadi pengurus tetap. Pada 15 Disember 2008, Ziege meninggalkan Borussia Mönchengladbach.

Arminia Bielefeld[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei 2010, Ziege menandatangani kontrak sebagai pengurus bagi kelab Arminia Bielefeld. Walau bagaimanapun, kerjaya pengurusnya di Arminia bermula dengan keputusan hambar apabila hanya mencatat satu kemenagnan daripada lapan perlawanan. Ia juga merupakan permulaan musim Arminia Bielefeld paling truk dalam masa 23 tahun. Ziege telah dilepaskan dari jawatannya pada 6 November 2010 selepas tewas 2-0 kepada FC Augsburg.

Pasukan remaja Jerman[sunting | sunting sumber]

Mulai April 2011, Ziege bekerja untuk Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB). Pada mulanya, beliau mengendali pasukan bawah-19 Jerman sebelum mengambil alih pasukan bawah-18 Jerman pada bulan Ogos 2011.[12] Namun, kontraknya tidak diperbaharui apabila kontraknya tamat menjelang musim panas 2014.[13]

SpVgg Unterhaching[sunting | sunting sumber]

Ziege menjadi ketua jurulatih SpVgg Unterhaching pada 20 Mac 2014. Perlawanan pertama Ziege bersama pasukan barunya ketika terikat seri 1-1 bertemu RB Leipzig. Seterusnya, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 5 Mac 2015. Perlawanan terakhirnya ialah kekalahan 2-1 kepada Stuttgarter Kickers pada 21 Mac 2015.

Atlético Baleares[sunting | sunting sumber]

Pada 30 November 2015, Ziege menandatangani kontrak bersama kelab Segunda División B, Atlético Baleares sebagai ketua jurulatih.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Bayern Munich 1990–91 13 1 0 0 0 0 3 1 16 2
1991–92 26 2 0 0 3 1 29 3
1992–93 28 10 2 2 30 12
1993–94 29 3 4 1 4 3 37 8
1994–95 29 12 0 0 0 0 9 0 38 12
1995–96 33 3 1 0 10 1 44 4
1996–97 27 7 4 1 2 0 35 8
Jumlah 185 38 11 4 0 0 31 6 227 48
Itali Milan 1997–98 22 2 5 0 27 2
1998–99 17 2 3 0 20 2
Jumlah 39 4 8 0 0 0 47 4
England Middlesbrough 1999-2000 29 6 1 0 3 1 33 7
England Liverpool 2000-01 16 1 3 0 4 1 9 0 32 2
England Tottenham Hotspur 2001–02 27 2 2 2 4 0 33 7
2002–03 12 2 0 0 0 0 0 0 12 2
2003–04 8 0 1 0 1 1 10 1
Jumlah 47 7 3 2 5 1 0 0 55 10
Jerman Borussia Mönchengladbach 2004-05 13 0 1 0 14 0
Jumlah kerjaya 329 56 27 6 12 3 40 6 396 68

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1993 7 0
1994 0 0
1995 6 1
1996 14 2
1997 7 0
1998 7 1
1999 4 3
2000 9 1
2001 9 0
2002 8 1
2003 0 0
2004 1 0
Jumlah 72 9

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
6 September 1995 Nuremberg, Jerman  Georgia
2–1
4–1
Kelayakan Euro 1996
2
4 Jun 1996 Mannheim, Jerman  Liechtenstein
5–1
9–1
Persahabatan
3
9 Jun 1996 Manchester, England  Republik Czech
1–0
2–0
UEFA Euro 1996
4
25 Mac 1998 Mannheim, Jerman  Luxembourg
7–0
7–0
Persahabatan
5
8 September 1999 Dortmund, Jerman  Ireland Utara 2–0 4–0 Kelayakan Euro 1988
6
3–0
7
4–0
8
23 Februari 2000 Amsterdam, Belanda  Belanda
1–1
2–1
Persahabatan
9
27 Mac 2000 Rostock, Jerman  Amerika Syarikat
1–1
4–2

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2015
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Jerman Borussia Mönchengladbach 5 Oktober 2008[14] 19 Oktober 2008[15] &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &0&&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00.00
Arminia Bielefeld 26 Mei 2010[16] 6 November 2010[17] &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &0&&&&&&&&&&&&&&07.6900007.69
SpVgg Unterhaching 20 Mac 2014[18] 25 Mac 2015[19] &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&028.21000028.21
Jumlah &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&029.&&&&&029 &&&&&&&&&&&&&022.64000022.64

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich
Milan
Liverpool

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League to solve Ziege row". BBC. 28 February 2001. Dicapai pada 27 April 2014.
  2. ^ Arnhold, Matthias (14 January 2016). "Christian Ziege - Matches and Goals in Bundesliga". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 22 January 2016.
  3. ^ "Ziege cleared for Reds". BBC Sport. 29 August 2000. Dicapai pada 30 June 2007.
  4. ^ Whatever Happened to: Christian Ziege
  5. ^ "Four-midable Viduka stuns Liverpool". BBC. 4 November 2000. Dicapai pada 2 November 2009.
  6. ^ "Liverpool blast eight at Stoke". BBC. 29 November 2000. Dicapai pada 2 November 2009.
  7. ^ "Liverpool handed Ziege fine". BBC Sport. 14 March 2002. Dicapai pada 30 June 2007.
  8. ^ "Ziege returns to Bundesliga". BBC Sport. 9 June 2004. Dicapai pada 30 June 2007.
  9. ^ "Injury forces Ziege to end career". BBC Sport. 20 October 2005. Dicapai pada 30 June 2007.
  10. ^ Arnhold, Matthias (14 January 2016). "Christian Ziege - International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 22 January 2016.
  11. ^ "Ziege clinches new Borussia role". BBC Sport. 8 March 2007. Dicapai pada 30 June 2007.
  12. ^ name=dfbu19
  13. ^ name="DFB trennt sich von Ziege und Böger"
  14. ^ name=borussiamoenchengladbachjob
  15. ^ name=newjobborussiamoenchengladbach
  16. ^ name=arminiabielefeldjob
  17. ^ name=arminiabielefeldsacking
  18. ^ name="Christian Ziege wird Trainer bei Unterhaching"
  19. ^ name="Der Retter hat keine Lust mehr"
  20. ^ name="Liverpool">"Player profile: Christian Ziege". LFC History. Dicapai pada 25 June 2014.
  21. ^ name="Liverpool"
  22. ^ name="Liverpool"
  23. ^ name="Liverpool"
  24. ^ name="Liverpool"
  25. ^ name="Liverpool"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]