Colin Powell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menteri Luar Negeri AS Colin Powell
Pangkat Menteri Luar Negeri ke-65
Masa bakti 20 Januari 2001 -
26 Januari 2005
Pendahulu Madeleine Albright
Pengganti Condoleezza Rice
Tarikh lahir 5 April 1937
Tempat lahir Bandaraya New York, New York
Isteri Alma Vivian Johnson Powell
Pekerjaan Ahli tentera, ahli politik
Parti politik Republik

Colin Luther Powell (dibaca Ko-lin, lahir 5 April 1937) adalah Menteri Luar Negeri AS ke-65 yang dilantik pada 20 Januari 2001, dan merupakan orang Afrika-Amerika berpangkat tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat. Dia dilantik oleh George W. Bush pada 16 Disember 2000 dan dipilih secara mutlak oleh Senat AS. Pengunduran dirinya diterima Presiden pada 12 November 2004 (sebelum dimulainya penggal kepresidenan Bush yang kedua), namun Powell masih terus menjabat hingga penggantinya, Condoleezza Rice ditetapkan oleh Senat AS pada 26 Januari 2005. Powell juga pernah menjabat sebagai Penasihat Keamanan Nasional AS (1987-89) dan Ketua Umum Pemimpin Kakitangan AS (1989-93).

Latar belakang peribadi[sunting | sunting sumber]

Powell dilahirkan di Bandaraya New York dan dibesarkan di Bronx Selatan. Orang tuanya, Luther Theophilus dan Maud Ariel Powell, berhijrah ke Amerika Syarikat dari Jamaica. Powell belajar di sekolah negeri Bandaraya New York, lulus dari City College of New York (CCNY), di mana dia mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang geologi.

Dia juga menyertai ROTC di CCNY dan memperoleh pangkat Leftenan Muda Angkatan Tentera Darat AS setelah lulus pada Jun 1958. Pencapaian akademinya yang lain termasuk ijazah MBA dari Universiti George Washington.

Powell bernikah dengan Alma Vivian Johnson Powell yang berasal dari Birmingham, Alabama. Dia mempunyai seorang anak lelaki, Michael (yang pernah menjadi ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan); anak-anak perempuannya Linda dan Anne; menantu Jane; dan cucu-cucunya Jeffrey dan Bryan.

Panggilan akrab Presiden George W. Bush untuk Powell ialah Balloonfoot.

Powell terkenal sebagai orang yang mendorong terjadinya serangan Amerika Syarikat ke Iraq pada tahun 2003 setelah menunjukkan "bukti" adanya senjata pemusnah besar-besaran di Iraq dalam sebuah Persidangan Agung PBB yang ternyata sama sekali tidak ada.