DEFCON

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semasa Perang Dingin, 50 peratus daripada kekuatan pengebom dan kapal terbang pengisian minyak SAC sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sama ada di pangkalan ataupun dalam perjalanan ke kawasan rondaan.

DEFCON ataupun panggilan rasminya defense readiness condition bermakna keadaan siaga pertahanan adalah satu tahap keadaan siaga Angkatan Bersenjata Amerika Syarikat.

Tahap siaga ini menerangkan tahap kesediaan Angkatan Bersenjata dan digunakan oleh Ketua Turus Bersama (Joint Chiefs of Staff) dan Pemerintah-Pemerintah Markas Bersama (Unified Command).

DEFCON disesuaikan dengan tahap ancaman yang dihadapi oleh angkatan bersenjata Amerika Syarikat dengan DEFCON 5 (disebut sebagai DEFCON FIVE) untuk tahap siaga semasa aman dan DEFCON 1 (disebut sebagai DEFCON ONE) untuk menerangkan tahap kesiagaan tertinggi yang wujud sejurus sebelum peperangan meletus tetapi peperangan belum diisytiharkan.

Tahap siaga[sunting | sunting sumber]

DEFCON 5 
Tahap siaga ini digunakan untuk menerangkan keadaan siap sedia angkatan bersenjata Amerika Syarikat dalam keadaan aman. Walaupun demikian, peningkatan tahap kesediaan kepada DEFCON 4 boleh dibuat oleh Pemerintah Markas Bersama untuk unit-unit di bawah seliaannya sebagai penyediaan menghadapi apa-apa ancaman tempatan. Pengumuman peningkatan ancaman tempatan dibuat oleh Setiausaha Pertahanan.
Semasa Krisis Misil Cuba, peningkatan kepada DEFCON 4 membolehkan Amerika Syarikat menggantikan kepala peledak latihan (dummy warhead) dengan kepala peledak hidup di atas semua Misil Balistik Antara Benua ICBM yang telah ditetapkan sasarannya
DEFCON 4 
Tahap siaga ini merujuk kepada tahap siap sedia yang biasa dibuat dalam keadaan aman tetapi dengan keadaan berjaga-jaga berikutan satu krisis di pihak ketiga yang mungkin secara tidak langsung akan menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat. Umpamanya, angkatan bersenjata Amerika Syarikat di Eropah semasa Perang Dingin diletakkan dalam keadaan DEFCON 4 pada setiap masa. Dalam keadaan ini pertempuran darat boleh dijalankan oleh Panglima Medan sebagai tindak balas kepada serangan oleh pihak musuh.
Semasa Krisis Misil Cuba, peningkatan tahap siaga kepada DEFCON 4 membolehkan angkatan bersenjata Amerika Syarikat menggantikan kepala peledak latihan (dummy warhead) dengan kepala peledak hidup di atas semua Misil Balistik Antara Benua ICBM yang telah ditetapkan sasarannya .
DEFCON 3 
Tahap siapa ini menggambarkan keadaan kesediaan angkatan bersenjata Amerika Syarikat di atas keadaan siaga yang normal. Ganti nama panggilan radio (call sign) yang digunakan ditukarkan kepada ganti nama panggilan yang dirahsiakan. Pertempuran laut dan udara dibolehkan jika unit-unit tentera Amerika Syarikat diserang.
DEFCON 2 
Keadaan ini menggambarkan tahap siaga yang lebih tinggi daripada DEFCON 3, dan hanya pernah diisytiharkan sekali sahaja iaitu semasa Krisis Misil Cuba.
Dalam keadaan siaga DEFCON 1 , penggunaan senjata nuklear dibolehkan
DEFCON 1 
Tahap siaga ini adalah tahap kesediaan paling tinggi untuk angkatan bersenjata Amerika Syarikat, dan belum pernah digunakan sebelum ini. Tahap siaga ini digunakan untuk keadaan di mana ada pengesahan bahawa unit-unit tentera Amerika Syarikat ataupun tanah air ataupun tanah jajahan Amerika Syarikat akan diserang oleh negara musuh. Dalam keadaan siaga ini, penggunaan senjata nuklear dibolehkan.

Perang Dingin[sunting | sunting sumber]

Tahap kesiagaan tertinggi angkatan bersenjata Amerika Syarikat pernah diletakkan adalah pada tahap DEFCON 2 semasa Krisis Misil Cuba, pada 22 Oktober 1962. Ketika itu, Markas Strategik Udara ataupun Strategic Air Command diletakkan pada tahap siaga DEFCON 2 sementara lain-lain cabang angkatan bersenjata Amerika Syarikat diletakkan dalam keadaan DEFCON 3.
SAC diletakkan dalam keadaan DEFCON 2 sehingga 15 November 1962 apabila tahap kesiagaan diturunkan menyamai tahap siaga lain-lain cabang angkatan bersenjata Amerika Syarikat.
Sepanjang zaman Perang Dingin, pangkalan-pangkalan ICBM Amerika Syarikat diletakkan dalam keadaan siaga DEFCON 4 dan bukannya DEFCON 5.
Semasa SAC diletakkan dalam keadaan siaga DEFCON 2 semasa Krisis Misil Cuba, keputusan untuk meningkatkan keadaan siaga kepada DEFCON 2 dibuat sendiri oleh pemerintah tentera Jeneral Thomas S. Power dan Curtis LeMay tanpa merujuk kepada Presiden John F. Kennedy.
Kedua orang Jeneral terlibat memang ada kuasa meningkatkan tahap siaga SAC kepada DEFCON2 tanpa merujuk kepada Presiden dan mereka menggunakan inisiatif mereka pada ketika itu, tetapi berlaga pendapat dengan Presiden John F. Kennedy yang risaukan peningkatan tahap siaga kepada DEFCON 2 akan membawa kepada tindak balas Soviet Union yang akan membawa kepada peperangan nuklear secara terbuka.

Perang Yom Kippur[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Yom Kippur tahun 1973, angkatan bersenjata Amerika Syarikat diletakkan dalam keadaan kesiagaan yang lebih tinggi iaitu DEFCON 3, tetapi unit-unit yang bertugas di kawasan Laut Mediterranean diletakkan dalam keadaan DEFCON 2 sebagai langkah tunjuk kuasa untuk menghalang kapal-kapal Soviet Union (yang membawa bekalan senjata kepada Mesir dan Syria tidak melalui Selat Bosporus. Silo simpanan misil Pershing I di Jerman diletakkan dalam keadaan siap untuk digunakan (penutup silo dibuka dan bersedia untuk pelancaran).

Perang Yom Kippur[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Yom Kippur tahun 1973, angkatan bersenjata Amerika Syarikat diletakkan dalam keadaan kesiagaan yang lebih tinggi iaitu DEFCON 3, tetapi unit-unit yang bertugas di kawasan Laut Mediterranean diletakkan dalam keadaan DEFCON 2 sebagai langkah tunjuk kuasa untuk menghalang kapal-kapal Soviet Union (yang membawa bekalan senjata kepada Mesir dan Syria tidak melalui Selat Bosporus. Silo simpanan misil Pershing I di Jerman diletakkan dalam keadaan siap untuk digunakan (penutup silo dibuka dan bersedia untuk pelancaran).

Perang Teluk[sunting | sunting sumber]

Sebilangan dokumen sulit mencadangkan bahawa tahap siaga DEFCON 1 diisytiharkan semasa Perang Teluk tahun 1991. Rujuk : "USCINCCENT AND ALL COMPONENTS ATTAINED DEFCON 1 AT 0925C" bertarikh 19 JAN 1991.[1] (USCINCCENT = United States Commander in Chief Central Command, General Norman Schwarzkopf). Keadaan siaga ini terhad kepada kawasan geografi (Timur Tengah) dan tidak melibatkan pasukan tentera di luar medan operasi tersebut.

September 11[sunting | sunting sumber]

Semasa kejadian Serangan September 11, angkatan bersenjata Amerika Syarikat diletakkan dalam keadaan siaga DEFCON 3, tetapi diturunkan kepada tahap DEFCON 4 semula selepas keadaan keselamatan jelas.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Tahap siaga DEFCON ditetapkan khususnya oleh Presiden Amerika Syarikat dan Ketua Turus Bersama. Setiap cabang perkhidmatan tentera boleh diletakkan pada tahap siaga yang berbeza-beza mengikut keadaan ancaman.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]