Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
USSecDefflag.svg
United States Department of Defense Seal.svg
Mohor Jabatan Pertahanan
Chuck Hagel Defense portrait.jpg
Penyandang
Chuck Hagel

sejak 27 Februari 2013
Jabatan Pertahanan
Pejabat Setiausaha Pertahanan
Jenis Mister Secretary
Member of Kabinet
Majlis Keselamatan Negara
Reports to Presiden
Seat The Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, A.S.
Pelantik Presiden
Tempoh Tiada tempoh ditetapkan
Constituting instrument 10 U.S.C. § 113
50 U.S.C. § 401
Precursor Setiausaha Perang
dan Setiausaha Tentera Laut
Penyandang Pertama James Forrestal
Pembentukan 19 September 1947
Perwarisan Tempat Ke6
dalam susunan penggantian presiden.
Timbalan Setiausaha Pertahanan
(timbalan utama)
Pengerusi Ketua Turus
(timbalan tentera)
Salary Executive Schedule, level 1[1]
Laman web www.defense.gov

Setiausaha Pertahanan atau Secretary of Defense (SecDef) merupakan ketua Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, berhubung dengan khidmat ketenteraan dan hal-ehwal ketenteraan. Setiausaha dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Senat, dan juga merupakan ahli kepada Kabinet. Menurut statut, setiausaha itu harus merupakan orang awam yang tidak pernah berkhidmat dalam komponen aktif angkatan tentera sejak sekurang-kurangnya sepuluh tahun (USC 10, Seksyen 113 - Perhatikan bahawa Kongres telah meluluskan sebuah undang-undang yang membenarkan George Marshall dilantik pada tahun 1950, walaupun beliau hanya menjadi orang awam sejak tahun 1945). Setiausaha Pertahanan berkedudukan tempat keenam dalam susunan penggantian presiden Amerika Syarikat.

Penyusunan dan peranan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Setiausaha Amerika Syarikat dicipta pada tahun 1947 ketika Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Darat, dan Angkatan Tentera Udara yang baru dicipta digabungkan menjadi Badan Tentera Negara yang baru. Dalam penyusunan semula besar-besaran itu, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat, dan bersama-sama Setiausaha Tentera Laut dan Setiausaha Tentera Udara yang baru, masing-masing merupakan jawatan bukan Kabinet di bawah Setiausaha Pertahanan. Pada tahun 1949, Badan Tentera Negara dinamai semula sebagai Jabatan Pertahanan, suatu nama yang masih digunakan pada hari ini. Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Setiausaha Pertahanan sering dirujuk dengan mudah sebagai SecDef.

Setiausaha Pertahanan dan Presiden Amerika Syarikat bersama-sama merupakan Pihak Berkuasa Pemerintahan (NCA) yang mempunyai kuasa tunggal untuk melancarkan senjata-senjata nuklear yang strategik. Semua senjata nuklear dikawal oleh pemerintahan dua orang ini, termasuk juga pada peringkat-peringkat kerajaan yang tertinggi. Kedua-dua orang itu harus bersetuju sebelum sebarang serangan nuklear boleh diarahkan.

Setiausaha Pertahanan, sebagai ketua Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha serta lima orang Setiausaha Rendah dalam bidang-bidang seperti yang berikut:

  • Dasar (yang paling mustahak);
  • Pemerolehan, Teknologi & Logistik;
  • Pengawal/Ketua Pegawai Kewangan;
  • Perisikan; dan
  • Personel & Kesediaan.

Kesemua jawatan tersebut memerlukan pengesahan Senat. Setiausaha Pertahanan juga mengawasi enam orang Ketua Turus Bersama serta panglima-panglima untuk sembilan Markas Medan Bersepadu. Sila lihat rencana ini untuk maklumat lanjut mengenai setiap jawatan dan biografi Timbalan Setiausaha (DepSecDef) serta Setiausaha-setiausaha Rendah (USD).

Senarai Setiausaha Pertahanan[sunting | sunting sumber]

No. Gambar Nama Tempoh jawatan Presiden semasa
Mula Akhir
1 James Forrestal James Forrestal 17 September 1947 28 Mac 1949 Harry S. Truman
2 Louis A. Johnson Louis A. Johnson 28 Mac 1949 19 September 1950 Harry S. Truman
3 George C. Marshall George C. Marshall 21 September 1950 12 September 1951 Harry S. Truman
4 Robert A. Lovett Robert A. Lovett 17 September 1951 20 Januari 1953 Harry S. Truman
5 Charles E. Wilson Charles E. Wilson 28 Januari 1953 8 Oktober 1957 Dwight D. Eisenhower
6 Neil H. McElroy Neil H. McElroy 9 Oktober 1957 1 Disember 1959 Dwight D. Eisenhower
7 Thomas S. Gates Thomas S. Gates 2 Disember 1959 20 Januari 1961 Dwight D. Eisenhower
8 Robert McNamara Robert McNamara 21 Januari 1961 29 Februari 1968 John F. Kennedy,
Lyndon Johnson
9 Clark M. Clifford Clark M. Clifford 1 Mac 1968 20 Januari 1969 Lyndon Johnson
10 Melvin R. Laird Melvin R. Laird 22 Januari 1969 29 Januari 1973 Richard Nixon
11 Elliot L. Richardson Elliot L. Richardson 30 Januari 1973 24 Mei 1973 Richard Nixon
12 Schlesinger James R. Schlesinger 2 Julai 1973 19 November 1975 Richard Nixon,
Gerald Ford
13 Rumsfeld Donald H. Rumsfeld 20 November 1975 20 Januari 1977 Gerald Ford
14 Harold Brown Harold Brown 21 Januari 1977 20 Januari 1981 Jimmy Carter
15 Caspar W. Weinberger Caspar W. Weinberger 21 Januari 1981 23 November 1987 Ronald Reagan
16 Carlucci Frank C. Carlucci 23 November 1987 20 Januari 1989 Ronald Reagan
17 Cheney Richard B. Cheney 21 Mac 1989 20 Januari 1993 George H. W. Bush
18 Les Aspin Les Aspin 21 Januari 1993 3 Februari 1994 Bill Clinton
19 William J. Perry William J. Perry 3 Februari 1994 23 Januari 1997 Bill Clinton
20 William S. Cohen William S. Cohen 24 Januari 1997 20 Januari 2001 Bill Clinton
21 Rumsfeld Donald H. Rumsfeld 20 Januari 2001 18 Disember 2006 George W. Bush
22 Gates Robert M. Gates 18 Disember 2006 George W. Bush

Susunan penggantian[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah Perintah Presiden pada 22 Disember 2005, Presiden George W. Bush mengubah suai susunan penggantian tentang siapa yang akan bertindak sebagai Setiausaha Pertahanan jika terdapat kekosongan jawatan atau ketakupayaan. Susunannya adalah seperti yang berikut:

  1. Timbalan Setiausaha Pertahanan
  2. Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Perisikan
  3. Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar
  4. Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Pemerolehan, Teknologi, dan Logistik
  5. Setiausaha Tentera Darat
  6. Setiausaha Tentera Udara
  7. Setiausaha Tentera Laut
  8. Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Kakitangan dan Kesediaan serta Setiausaha Rendah Pertahanan (Pengawal)
  9. Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Pemerolehan, Teknologi, dan Logistik, Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar, dan Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Kakitangan dan Kesediaan
  10. Peguam Agung untuk Jabatan Pertahanan, Penolong Setiausaha Pertahanan, serta Pengarah Ujian dan Penilaian Operasi
  11. Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Logistik dan Kesediaan Bahan, serta Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Pertahanan
  12. Para Setiausaha Rendah Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara
  13. Para Penolong Setiausaha Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara, serta para Peguam Agung Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. 5 U.S.C. § 5312.