22 Oktober
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
22 Oktober merupakan hari ke-295 (hari ke-296 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 70 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa.
[sunting] Peristiwa
- 1383 - Kemelut 1383–1385 di Portugal: Perang saudara dan anarki terjadi apabila Raja Ferdinand I mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki untuk takhta Portugal.
- 1924 - Pertubuhan Toastmasters International diasaskan.
- 1962 - Kemelut Peluru Berpandu Cuba: Presiden AS John F. Kennedy mengumumkan di televisyen bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba dan dia telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.
- 1972 - Perang Vietnam: Presiden Nixon menghentikan operasi pengeboman Linebacker sempena pilihan raya presiden AS.
- 1999 - Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana kezaliman terhadap manusia yang dilakukan semasa Perang Dunia II.

