John F. Kennedy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
John Fitzgerald Kennedy
John Fitzgerald Kennedy.png

Tempoh jawatan
20 Januari 1961 – 22 November 1963
Naib Presiden Lyndon B. Johnson
Didahului oleh Dwight D. Eisenhower
Diganti oleh Lyndon B. Johnson

Lahir 29 Mei 1917
Brookline, Massachusetts
Meninggal dunia 22 November 1963
Dallas, Texas
Bangsa Amerika
Parti politik Demokrat
Pasangan Jacqueline Lee Bouvier Kennedy Onassis
Religion Roman Katolik
Tandatangan

John Fitzgerald Kennedy (dilahirkan di Brookline, Massachusetts, 29 Mei 1917 – dibunuh di Dallas, Texas, 22 November 1963), sering disebut John F. Kennedy, JFK, atau Jack Kennedy tampil ke-35 sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau dilantik pada 20 Januari 1961 dan hingga tahun 1963. Beliau mati ditembak ketika melakukan kunjungan ke Dallas (Texas) pada 22 November 1963. Kennedy rebah ditembusi peluru ketika kereta terbuka yang membawanya melintas di kerumunan orang yang menyambut kunjungannya.

Kennedy adalah anggota klan Kennedy yang berdarah Irlandia-Amerika, sebuah keluarga terkemuka di dunia politik negaranya. Beliau dianggap sebagai lambang liberalisme Amerika. Pada Perang Dunia II, beliau dikagumi kerana keberanian dan heroismenya ketika beliau menyelamatkan seorang rakan pelaut di Samudra Pasifik Selatan. Kennedy mewakili Massachusetts pada 1947–1960, sebagai anggota Dewan Perwakilan dan Senat AS. Beliau terpilih sebagai Presiden pada 1960 dengan kemenangan yang tipis dalam salah satu pemilu yang paling ketat dalam sejarah Amerika.

Kennedy adalah orang termuda yang terpilih sebagai presiden (jangan disamakan dengan orang termuda yang memegang jabatan presiden, sebuah rekod yang dipegang oleh Theodore Roosevelt), presiden AS pertama yang lahir di abad ke-20, dan juga presiden termuda yang meninggal.

Hingga 2005, beliau juga merupakan satu-satunya pemeluk Katolik Roma yang pernah terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, presiden pewakil Parti Demokrat dari Utara terakhir, dan presiden terakhir yang meninggal sewaktu berkhidmat.

Setelah pembunuhan John F. Kennedy pada 22 November 1963, dunia turut berduka cita atas kematiannya.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh C-SPAN yang mengurutkan presiden AS, sebuah panel sejarawan memberikan dia nilai di posisi kedua dalam keseluruhan dan populasi umum memberikan dia peringkat ketiga dari empat puluh dua presiden yang pernah menjabat. Agendanya tidak selesai kerana kematiannya; kebanyakan kebajikan hak masyarakatnya menunjukkan hasil melalui penerusnya, Lyndon B. Johnson.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Wikiquote-id


Didahului oleh
Henry Cabot Lodge, Jr.
Senator Amerika Serikat dari Massachusetts
3 Januari 195322 Disember 1960
Berkhidmat bersama: Leverett Saltonstall
Diikuti oleh:
Benjamin A. Smith
Didahului oleh
Adlai Stevenson
Unggulan Presiden Parti Demokrat
1960 (menang)
Diikuti oleh:
Lyndon B. Johnson
Didahului oleh
Dwight D. Eisenhower
Presiden Amerika Syarikat
20 Januari 196122 November 1963
Diikuti oleh:
Lyndon B. Johnson