David Ben-Gurion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
David Ben-Gurion
דָּוִד בֶּן-גּוּרִיּוֹן
David Ben-Gurion

Ben Gurion pada tahun 1959.


Tempoh berjawat
17 Mei 1948 – 26 Januari 1954
Presiden Chaim Weizmann
Yitzhak Ben-Zvi
Didahului oleh Yang pertama
Digantikan oleh Moshe Sharett
Tempoh berjawat
3 November 1955 – 26 Jun 1963
Presiden Yitzhak Ben-Zvi
Zalman Shazar
Didahului oleh Moshe Sharett
Digantikan oleh Levi Eshkol

Tarikh lahir 16 Oktober 1886(1886-10-16)
Tempat lahir Płońsk, Poland
Meninggal 1 Disember 1973 (umur 87)
Tel HaShomer, Israel
Parti politik Mapai, Rafi
Pasangan Paula Ben-Gurion
Anak 3

David Ben-Gurion דוד בן גוריון adalah Perdana Menteri pertama negara Israel.

Hayat Awal[sunting | sunting sumber]

David Ben-Gurion dilahirkan dalam tahun 1886 di Poland sebagai David Grün. Dalam tahun 1906, dia berhijrah ke Palestin. Palestin pada masa itu dikuasai oleh Turki. Semasa di Palestin, David Ben-Gurion memulakan usaha untuk penubuhan sebuah negara kaum Yahudi di tanah suci seperti yang termaktub di dalam kitab-kitab Yahudi. David Ben-Gurion menjadi activist pergerakan Zionis, dan menjadi masyhur kerana wawasan, tenaga dan kemahirannya berpidato.

Apabila Perang Dunia I meletus, Ben-Gurion diusir keluar dari Palestin oleh pihak Turki. Ben-Gurion tinggal di Amerika Syarikat sehingga tamat perang, selepas mana beliau pulang ke Palestin. Apabila Britain membuat Pengisytiharan Balfour, David Ben-Gurion mengasaskan dan menyertai Legion Yahudi yang membantu pihak British dalam Perang Dunia I .

Penubuhan Israel[sunting | sunting sumber]

Selepas Britain mula menunjukkan simpati kepada kaum Arab Palestin, dan mula menyekat penghijrahan orang Yahudi ke Palestin, David Ben-Gurion menyeru orang-orang Yahudi bangun menentang Britain. Dia juga memulakan satu pergerakan yang menyeludup masuk orang-orang Yahudi ke Palestin. Semasa Perang Dunia II, David Ben-Gurion memberikan sokongan kepada Pihak Berikat sementara meneruskan penyeludupan orang Yahudi ke Palestin. Dia juga membenarkan perlaksanaan kerja-kerja sabotaj ke atas kepentingan Arab.

Impian David Ben-Gurion adalah untuk melihat padang pasir di Israel menyemarak dengan tumbuhan dan kehidupan kaum Yahudi. David Ben-Gurion membuat rumah di sebuah kibbutz pertanian bernama Sde-Boker di Negev.

Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion selaku Pengarah Agensi Yahudi mengumumkan kemerdekaan negara Israel dan beliau dilantik menjadi Perdana Menterinya yang pertama merangkap Menteri Pertahanan. Dia bersara dalam tahun 1953, tetapi kembali menjadi Perdana Menteri dalam tahun 1955 sehingga melepaskan jawatan itu dalam tahun 1963. dia bergerak aktif dalam politik Israel sehingga tahun 1970 apabila dia bersara sepenuhnya dari lapangan politik.

Unit 101[sunting | sunting sumber]

David Ben-Gurion bertanggungjawab mengarahkan Ariel Sharon menubuhkan Unit 101 untuk menjalankan serangan balas ke atas pejuang Palestin yang menyusup masuk ke Israel dan membunuh orang-orang Yahudi. Unit 101 terlibat dalam Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya tahun 1953. Pada 19 Oktober, 1953, David Ben-Gurion membuat dakwaan bahawa serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh orang-orang awam rakyat Israel.

“ …… tidak ada pihak yang lebih menyesali daripada kerajaan Israel mengenai serangan ini ... darah mereka yang tidak bersalah tertumpah … Kerajaan Israel menolak sekerasnya dakwaan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh 600 orang askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) …. Kami telah menjalankan penyiasatan dan mendapati tanapa ada keraguan bahawa tiada unit tentera Israel yang tidak berada di markas mereka pada malam kejadian serangan ke atas Qibya. (Kenyataan Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion, ISA FM 2435/5)

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Rebirth and Destiny of Israel (1954).
  • Israel: Years of Challenge (1965),
  • Israel's Security (1960),
  • The Jews in their Land (1966),
  • Memoirs (1970),
  • Israel: A Personal History (1971),
  • My Talks with the Arabs (1973).

Mutiara Kata[sunting | sunting sumber]

  • Di Israel, untuk menjadi seorang realis, kamu perlu mempercayai mukjizat (In Israel, in order to be a realist you must believe in miracles.)" — David Ben-Gurion