Dominic Vendargon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Most Reverend
Dominic Vendargon
P.S.M.
Uskup Agung Kuala Lumpur
GerejaGereja Roman Katolik
TakhtaKeuskupan Agung Kuala Lumpur
Bertakhta18 Disember 1972
Perintah berakhir2 Julai 1983
PenggantiAnthony Soter Fernandez
Butiran peribadi
Kelahiran(1909-08-29)29 Ogos 1909
Naranthanai, Ceylon
Meninggal dunia3 Ogos 2005(2005-08-03) (umur 95)
Kuala Lumpur, Malaysia
DisemadikanKatedral St. John, Kuala Lumpur

The Most Reverend Tan Sri Dominic Aloysius Vendargon (29 Ogos 1909 – 3 Ogos 2005) ialah seorang paderi Ceylon Tamil dan Uskup Agung Roman Katolik Kuala Lumpur.

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Vendargon dilahirkan pada 29 Ogos 1909 di Naranthanai di utara Ceylon.[1][2] Pada tahun 1910, Vendargon dan ibunya berhijrah ke Tanah Melayu, di mana bapanya bekerja sebagai juruukur.[1] Berikutan Perang Dunia I meletus, Vendargon, adik-beradiknya dan ibunya kembali ke Ceylon.[1] Selepas perang, keluarga itu bersatu semula dengan bapa Vendargon di Seremban pada tahun 1919.[1] Keluarga itu berpindah ke Melaka pada tahun 1923.[1]

Vendargon dididik di Kolej St Patrick, Jaffna, Institusi St. Paul, Seremban dan Institusi St. Francis, Melaka.[1] Biarpun bapanya mahu Vendargon menjadi seorang doktor, Vendargon menyertai Seminari St. Francis Xavier di Singapura pada tahun 1925 sebelum berpindah ke Seminari Tinggi Katolik di Pulau Pinang pada tahun 1927.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Vendargon ditahbiskan sebagai paderi pada 8 Disember 1934.[1][2] Sebagai pendeta untuk kaum India di Negeri Sembilan, beliau bertanggungjawab terhadap penjagaan pastoral kaum Katolik Roman yang bekerja di ladang getah.[1][3] Beliau dipindahkan ke Sungai Petani di Kedah pada tahun 1941.[1][3] Selepas pencerobohan Jepun di Tanah Melayu, semua buku dan rekod Vendargon telah dimusnahkan oleh tentera Jepun.[1] Beliau menghabiskan tahun penjajahan Jepun dengan berkhidmat untuk keluarga di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.[1][3]

Selepas perang, Vendargon mula mengajar di Seminari Tinggi Katolik pada tahun 1948 sebelum menjadi pendeta untuk orang India di Johor Bahru dan Pangkalan Angkatan Laut Singapura pada tahun 1949.[1][3] Beliau telah dipindahkan ke Teluk Anson pada tahun 1950 sebelum menjadi pendeta Gereja St. Anthony, Kuala Lumpur pada tahun 1951, satu jawatan yang dipegangnya sehingga tahun 1955.[1][3]

Vendargon dilantik sebagai Uskup Kuala Lumpur pada 25 Februari 1955.[1][2] Beliau telah ditahbiskan sebagai uskup pada 21 Ogos 1955.[2] Beliau menjadi Uskup Agung pertama Kuala Lumpur pada 18 Disember 1972.[1][2] Beliau bersara pada 2 Julai 1983.[2][3]

Vendargon ialah seorang ahli Persatuan untuk Promosi Pendidikan Tinggi Malaysia, Persatuan Sekolah Bantuan Katolik Malaysia dan Persatuan Agama-Agama di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan presiden pertama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.[1][3] Beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota pada bulan Jun 1968.[3][4]

Vendargon meninggal dunia pada 3 Ogos 2005 di rumah orang tua di Cheras, Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Little Sisters of the Poor.[3][4] Beliau telah dikebumikan di Katedral St. John, Kuala Lumpur.[3] Yayasan Tan Sri Dominic Vendargon dinamakan sempena dengan namanya.[5]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Archbishop emeritus of Kuala Lumpur 60 years a priest. 39 a bishop". UCA News. Bangkok, Thailand. 21 Disember 1994. Dicapai pada 7 September 2017.
  2. ^ a b c d e f "Archbishop Dominic Aloysius Vendargon". Catholic Hierarchy. Dicapai pada 7 September 2017.
  3. ^ a b c d e f g h i j "The First Bishop of Kuala Lumpur: Dominic Aloysius Vendargon 1955 - 1983". The Herald. Kuala Lumpur, Malaysia. 6 Oktober 2014. Dicapai pada 7 September 2017.
  4. ^ a b "Former archbishop of KL Vendargon dies". The Sun. Petaling Jaya, Malaysia. 4 Ogos 2005. Dicapai pada 7 September 2017.
  5. ^ "Vendargon foundation to educate the poor". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. 16 November 2003. Dicapai pada 7 September 2017.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-10-07.

[