Emma Mærsk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AlternateTextHere
Emma Maersk
Sejarah
Flag of DenmarkDenmark
Nama: Emma Maersk
Pemilik: A.P. Moller-Maersk Group
Pembina: Odense Steel Shipyard Ltd, Denmark
Pelabuhan asal: Taarbæk, Denmark
Pengenalan:
  • Tanda pengenalan: OYGR2
  • Nombor IMO:9321483
  • MMSI:220417000
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 397 meter (1,302 ka) panjang keseluruhan
Lunas: 56 meter (184 ka)
Draft: 15.5 meter (51 ka)
Kedalaman: 30 meter (98 ka) (hujung dek sehingga lunas kapal)
Jana kuasa: 80 MW (109,000 hp) Wärtsilä 14RT-Flex96c dan 30 MW (40,000 hp) dari lima Caterpillar 8M32
Halaju: lebih 25.5 knot
Kapasiti:
Krew: 13 (sekarang), kapasiti untuk 30 orang

Emma Mærsk ialah sebuah kapal kontena yang dimiliki oleh A.P. Moller-Maersk Group. Semasa pelancarannya, kapal ini merupakan kapal kontena yang terbesar pernah dibina, dan kapal laut yang terpanjang di dunia.[1] Secara rasmi, Emma Mærsk mampu mengangkut sehingga 11,000 TEU, berdasarkan kaedah pengiraan kapasiti syarikat Maersk,[2] iaitu lebih 1,400 buah kontena daripada yang mampu dibawa oleh kapal biasa yang lain.[3]

Kapasiti[sunting | sunting sumber]

Dengan pengiraan biasa, jumlah anggaran kapasiti kargo Emma Mærsk adalah lebih besar dari kapasiti rasminya (11,000 TEU) - iaitu antara 13,500 TEU[4] dan 15,200 TEU.[5] Perbezaan ini adalah disebabkan kaedah pengiraan Maersk yang mengira kapasiti kapal kontena berdasarkan berat (dalam kes ini, 14 tan/kontena) yang boleh diangkut ke atas kapal. Jadi untuk Emma Mærsk, jumlah kontena yang boleh diangkut ialah 11,000+ buah (dalam TEU).[6] Syarikat perkapalan lain mengira kapasiti kapal kontena berdasarkan jumlah maksimum kontena yang boleh diangkut oleh kapal, tanpa mengira berat kontena. Jumlah pengiraan seperti ini akan sentiasa besar daripada jumlah yang dikira menggunakan kaedah Maersk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kapal ini dibina di limbungan Odense Steel Shipyard di Denmark. Ia dinamakan sempena nama mendiang isteri Mærsk Mc-Kinney Møller dalam satu upacara pada 12 Ogos 2006. Kapal ini memulakan pelayaran sulungnya pada jam 02:00, 8 September 2006 dari Aarhus, menuju ke Gothenburg, Bremerhaven, Rotterdam, Algeciras, Terusan Suez, dan sampai di Singapura pada jam 20:05, 1 Oktober 2006.

Perbandingan saiz beberapa kapal terpanjang. Dari atas ke bawah: Knock Nevis (tidak lagi belayar), Emma Mærsk, RMS Queen Mary 2, MS Berge Stahl, dan USS Enterprise.

Emma Mærsk belayar dari Singapura keesokan harinya, menuju ke Yantian di Shenzhen. Dari Yantian, ia belayar ke Kobe, Nagoya, dan sampai di Yokohama pada 10 Oktober 2006. Ia berpatah balik melalui Shenzhen, Hong Kong, Tanjung Pelepas, Terusan Suez, Felixstowe, Rotterdam, Bremerhaven, Gothenburg dan akhirnya sampai di Aarhus pada jam 16:00, 11 November 2006.[7]

Jadual pelayaran[sunting | sunting sumber]

Laluan lazim Emma Maersk termasuklah Ningbo, Xiamen, Hong Kong (menghala ke barat), Yantian (menghala ke barat), Tanjung Pelepas (menghala ke barat), Algeciras (menghala ke barat), Rotterdam, Bremerhaven, Algeciras (menghala ke timur), Tanjung Pelepas (menghala ke timur), Yantian (menghala ke timur), Hong Kong (menghala ke timur) dan Ningbo.

Enjin dan badan kapal[sunting | sunting sumber]

Emma Mærsk menggunakan enjin Wärtsilä-Sulzer 14RTFLEX96-C, yang merupakan enjin diesel tunggal terbesar, seberat 2,300 tan dan menjana sehingga 109,000 kuasa kuda (82 MW).[8] Kapal ini mempunyai beberapa ciri yang melindungi alam sekitar, antaranya sistem guna semula gas ekzos dan kojana. Gas ekzos enjinnya akan dilalukan ke dalam penjana stim yang kemudiannya memberi kuasa kepada penjana elektrik. Penjana elektrik mengeluarkan tenaga elektrik bersamaan dengan 12% kuasa enjin utama. Sebahagian kuasa stim ini juga digunakan dalam sistem pemanas kapal.[9] Selain itu, kapal ini tidak dicat menggunakan biosid seperti yang biasa digunakan untuk menghalang teritip dari melekat di badan kapal, tetapi menggunakan sejenis cat khas yang berasaskan silikon.[3] Ini meningkatkan kecekapan dengan mengurangkan seretan kapal disamping melindungi lautan dari pencemaran biosid. Cat silikon pada bahagian badan kapal di bawah garisan air membantu mengurangkan daya seretan kapal cukup untuk menjimatkan 1200 tan bahan api setahun. Kapal ini mempunyai luan bebuli, satu ciri piawai untuk kapal kargo.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kapal laut yang terbesar dan terpanjang pernah dibina ialah kapal tangki besar, Knock Nevis, tetapi kini ia hanya digunakan sebagai pelantar penyimpanan dan pemunggahan barang.
  2. ^ "Namegiving of newbuilding L 203" (Siaran akhbar). Odense Steel Shipyard. 2006-12-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-13. Dicapai pada 2009-08-11.
  3. ^ a b Koepf, Pam (2006), "Overachievers We Love", Popular Science 269 (6): 24
  4. ^ Alexander Bakker (2006-09-12). "Big, bigger, biggest". port of Rotterdam.
  5. ^ "Emma Maersk (PDF)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-01-04. Dicapai pada 2007-01-04.
  6. ^ "Giant Christmas goods ship docks". BBC News. 2006-11-05.
  7. ^ "Sailing schedule". Maersk Line. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-29. Dicapai pada 2009-08-11.
  8. ^ "Inside The Engine Room Of The Emma Maersk". gCaptain.
  9. ^ "The world's most powerful Engine enters service" (Siaran akhbar). Wärtsilä Corporation. 2006-09-12.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 55°28′11″N 10°31′56″E / 55.4697°N 10.5322°E / 55.4697; 10.5322