Eosen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Paleogen Epok Eosen pada sekitar 56 hingga 34 juta tahun dahulu, merupakan pembahagian skala masa geologi yang besar dan epok kedua Kala Paleogen dalam era Senozoik. Epok Eosen menjangkau masa mulai akhir Epok Paleosen hingga bermulanya Epok Oligosen. Permulaan Eosen dicirikan oleh kemunculan mamalia moden yang terawal. Penghujungnya berlatarkan peristiwa kepupusan besar yang bergelar Grande Coupure ("Putusan Besar"), yang mungkin berkaitan dengan hentaman bola api yang besar di Siberia dan Chesapeake Bay.

Nama Eosen berasal dari bahasa Yunani: ἠώς (eos, subuh) dan καινός (kainos, baru), membayangkan "fajar" fauna mamalia moden ('baru') yang menjelma pada epok ini.

Subbahagian[sunting | sunting sumber]

Epok Eosen biasanya dipecahkan kepada Awal, Pertengahan dan Akhir. Tahap-tahap fauna dari termuda hingga tertua adalah seperti berikut:

Priabonian (37.2 ± 0.1 – 33.9 ± 0.1 juta tahun dahulu)
Bartonian (40.4 ± 0.2 – 37.2 ± 0.1 juta tahun dahulu)
Lutetian (48.6 ± 0.2 – 40.4 ± 0.2 juta tahun dahulu)
Ypresian (55.8 ± 0.2 – 48.6 ± 0.2 juta tahun dahulu)

Eosan Awal terdiri daripada Ypresian dan Lutetia, manakala Eosen Akhir terdiri daripada Priabonian dan Bartonian; tetapi Lutetian dan Bartonian juga disatukan sebagai Eosen Pertengahan.

Grande Coupure[sunting | sunting sumber]

Peristiwa "akhir Eosen".

Grande Coupure atau "putusan besar" yang menyaksikan pusing ganti fauna mamalia secara besar-besaran di Eropah sekitar 33.5 juta tahun dahulu, menandakan berakhirnya fasa terakhir himpunan Eosen, iaitu Priabonian, serta ketibaan imigran Asia ke Eropah. Grande Coupure bercirikan kepupusan berleluasa dan penspesiesan alopatri dalam populasi relik yang kecil dan terpencil.[1] Grande Coupure mendapat namanya pada tahun 1910 ihsan seorang ahli paleontologi Switzerland, Hans Georg Stehlin,[2] yang menyifatkan pusing ganti fauna mamalia yang begitu mendadak di Eropah, yang diletakkannya pada sempadan Eosen-Oligosen. Ada juga pusing ganti fauna yang seumpamanya di Asia yang dikenali sebagai "Pemodelan Semula Mongolia".

Grande Coupure menandakan putusnya kesinambungan antara fauna-fauna Eropah yang endemik sebelum putusan, dan fauna-fauna campuran yang kuat dipengaruhi oleh pendatang Asia selepas itu. Sebuah pasukan pimpinan J. J. Hooker menjelaskan menerangkan bahawa sebelum peristiwa ini, fauna mamalia Eropah dikuasai oleh famili-famili ungulat Palaeotheriidae (saudara jauh kuda), Anoplotheriidae, Xiphodontidae, Choeropotamidae, Cebochoeridae, Dichobunidae dan Amphimerycidae, famili rodensia Pseudosciuridae, famili primat Omomyidae dan Adapidae, dan famili archontn Nyctitheriidae.[3] Selepas berlakunya Grande Coupure, diperhatikan bahawa genus-genus Palaeotherium dan Anoplotherium yang kaya dengan spesies lesap sepenuhnya bersama famili-famili Xiphodontidae and Amphimerycidae, lalu diganti oleh badak sumbu sejati (famili Rhinocerotidae), tiga famili ungulat (Entelodontidae, Anthracotheriidae dan Gelocidae) yang masing-masing bersaudara dengan babi, badak air dan ruminan, famili-famili rodensia Eomyidae, Cricetidae (hamster) dan Castoridae (beaver), dan famili Erinaceidae (landak kecil)[3] Hanya famili marsupial Herpetotheriidae, famili ungulat Cainotheriidae, dan famili rodensia Theridomyidae dan Gliridae (dormouse) berjaya mengharungi jurang fauna ini."

Ramai yang mempertikaikan sama ada perubahan mendadak ini disebabkan oleh perubahan iklim yang dikaitkan dengan pengglasieran kutub terawal[4] dan penurunan besar paras laut, ataupun disebabkan persaingan dengan hidupan yang terpencar dari Asia. Akan tetapi, ada yang mengusulkan bahawa peralihan ini ada kena-mengena dengan hentaman bola api yang besar di Popigai, Toms Canyon dan Chesapeake Bay. Peningkatan korelasi peristiwa berturut-turut di Eropah barat laut dengan peristiwa sedunia[3] mengesahkan bahawa Grande Coupure berlaku pada Oligosen terawal, diikuti kerumpangan sekitar 350 alaf sebelum catatan pertama takson-takson pendatang dari Asia pasca-Grande Coupure.

Satu unsur paradigma Grande Coupure adalah kelihatan pupusnya semua primat Eropah sewaktu Coupure: penemuan terbaru[5] sejenis omomyid Oligosen awal bersaiz tikus, yang mencerminkan bahawa mamalia kecil lebih berpeluang mandiri, sekaligus mengukuhkan lagi paradigma Grand Coupure.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Called "dispersal-generated origination" in Hooker et al. 2004
  2. H.G. Stehlen, 1910. "Remarques sur les faunules de Mammifères des couches eocenes et oligocenes du Bassin de Paris," in Bulletin de la Société Géologique de France, 4'.9, pp 488-520.
  3. 3.0 3.1 3.2 Hooker, J.J.; Collinson, M.E.; Sille, N.P. (2004). "Eocene-Oligocene mammalian faunal turnover in the Hampshire Basin, UK: calibration to the global time scale and the major cooling event". Journal of the Geological Society 161: 161. doi:10.1144/0016-764903-091. 
  4. Satu peristiwa penyejukan besar-besaran mendahului Grande Coupure, berasaskan kajian debunga di Lembangan Paris yang dijalankan oleh Chateauneuf (J.J. Chateauneuf, 1980. "Palynostratigraphie et paleoclimatologie de l'Éocene superieur et de l'Oligocene du Bassin de Paris (Perancis)" in Mémoires du Bureau de Recherches Géologiques et Minières, 116 1980).
  5. Köhler, M; Moyà-Solà, S (December 1999). "A finding of oligocene primates on the European continent" (Free full text). Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America 96 (25): 14664–7. doi:10.1073/pnas.96.25.14664. ISSN 0027-8424. PMC 24493. PMID 10588762. http://www.pnas.org/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=10588762. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]