Tirai Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negara-negara Pakatan Warsaw di timur Tirai Besi berwarna merah; ahli-ahli NATO di baratnya pula biru. Negara-negara berkecuali pula kelabu. Walaupun diperintah komunis, Yugoslavia berkecuali dari Blok Komunis. Beigut juga, kerajaan komunis Albania berpecah dari Kesatuan Soviet pada awal 1960-an untuk bersepakat dengan Republik Rakyat China selepas perpecahan China-Soviet.
Tirai Besi di Jerman

Tirai Besi atau Tabir Besi ialah sempadan simbolik, ideologi dan fizikal yang membahagi benua Eropah menjadi dua kawasan berasingan sejak berakhirnya Perang Dunia II sehingga tamatnya Perang Dingin, iaitu dari tahun 1945 hingga 1991. Di kedua-dua belah Tirai Besi, negara-negara Eropah membentuk pakatan ekonomi dan ketenteraan antarabangsa sendiri, iaitu COMECON bersama Pakatan Warsaw di sebelah timur dengan Kesatuan Soviet selaku anggota terpenting, dan NATO dan Kesatuan Eropah di sebelah barat, bersama Amerika Syarikat.

Tirai Besi berbentuk pertahanan sempadan antara negara-negara Eropah Barat dan Timur, terutamanya Tembok Berlin yang berfungsi sebagai simbol keseluruhan Tirai Besi untuk masa yang lama.[1]

Istilah Tirai Besi julung kalinya dipakai oleh Menteri Propaganda Jerman Nazi, Joseph Goebbels, dalam manifesto yang diterbitkan dalam akhbar Das Reich pada bulan Februari 1945[2], tetapi dipopularkan oleh "Ucapan Tirai Besi" olek Winston Churchill pada 5 Mac 1946.[3]

Realiti politik, ekonomi dan tentera[sunting | sunting sumber]

Timur Tirai Besi[sunting | sunting sumber]

Ketika Tirai Besi masih ada, sesetengah negara Eropah Timur dan Eropah Tengah (kecuali Jerman Barat, Liechtenstein, Switzerland dan Austria) berada di bawah penguasaan Kesatuan Soviet. Sememangnya negara-negara Eropah Timur di timur Tirai ini sering dianggap sebagai negara Eropah Timur dan bukannya Eropah Tengan. Adlaah kebiasaan di rantau Barat untuk menganggap Jerman Timur dan Czechoslovakia dalam lingkungan Timur. Namun begitu, Jerman Timur, Republik Czech dan kebanyakan besar kawasan Poland lebih ke barat dari Austria, khususnya bandaraya Prague yang agak jauh ke barat dari Vienna. Sebahagian Tirai Besi memisahkan Czechoslovakia dari Austria di selatan.

Kebanyakan negara-negara Eropah Timur merupakan anggota-anggota Kesatuan Soviet (Republik Sosialis Soviet), sementara kebanyakan negara-negara blok Timur yang lain diperintah oleh kerajaan yang ditabalkan oleh pihak Soviet, kecuali dua iaitu Yugoslavia yang mengekalkan kebebasan penuhnya, dan Albania yang menjauhi pengaruh Soviet pada 1960-an lalu bergandingan dengan China; Albania dan Yugoslavia juga negara Komunis.

Negara-negara di sebelah timur Tirai Besi mendirikan perikatan ekonomi dan ketenteraan antarabangsa sendiri, iaitu COMECON dan Pakatan Warsaw.

Jerman tirai besi (berhampiran Witzenhausen-Heiligenstadt

Barat Tirai Besi[sunting | sunting sumber]

Di sebelah barat Tirai Besi pula, negara-negara Eropah Barat, Eropah Utara dan Eropah Selatan, bersama Austria, Jerman Barat, Liechtenstein dan Switzerland, mengamalkan ekonomi pasaran. Kesemua negara ini diperintah oleh kerajaan demokrasi, kecuali Sepanyol dan Portugal yang mengalami satu tempoh penguasaan fasisme serta pemerintahan diktator tentera di Greece.

Kebanyakan negara di barat Tirai Besi, kecuali negara-negara berkecuali Switzerland, Liechtenstein, Austria, Sweden, Finland dan Ireland, semuanya berpakat dengan Amerika Syarikat dan Kanada dalam lingkungan NATO. Dari segi ekonomi, Komuniti Eropah dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah menjadi padanan COMECON, namun negara-negara berkecuali tersebut pun lebih rapat dengan Amerika Syarikat dari segi ekonomi berbanding Pakatan Warsaw.

Entiti fizikal[sunting | sunting sumber]

Sebahagian penanda sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat yang dikekalkan, bergelar "Tembok Berlin Kecil" di Mödlareuth

Tirai Besi mengambil bentuk fizikal berupa kawasan pertahanan sempadan antara negara-negara Eropah timur dan barat, yang menjadi kawasan yang paling kuat ditenterakan di dunia, terutamanya yang bergelar "sempadan tengah Jerman" (Bahasa Jerman: die Grenze) antara Jerman Timur dan Barat. Sempadan tengah Jerman ini ditandai di kawasan luar bandar oleh pagar kembar yang diperbuat dari jaringan dawai berbucu tajam, sementara berhampiran kawasan bandar pula penghalang konkrit tinggi yang serupa dengan Tembok Berlin. Penghalang ini sebenarnya berjarak pendek dari sempadan sebenar ke dalam wilayah Jerman Timur untuk mengelakkan pencerobohan ke dalam kawasan Barat. Garis sempadan sebenar pula ditandai tiang-tiang dan papan tanda serta dipantau oleh ratusan menara pengawal di sebalik penghalang. Jalur tanah di sebelah Jerman Barat penghalang itu, iaitu di antara garis sempadan sebenar dan penghalang itu, boleh dimasuki tetapi adanya risiko keselamatan pada diri, kerana kehadiran pengawal sempadan Jerman Timur dan Barat. Insiden tembak-menembak tidaklah jarang, dan sebanyak 28 orang pengawal sempadan Jerman Timur dan ratusan orang awam dibunuh dari tahun 1948–1981.

Di tempat-tempat lain pula, pertahanan sempadan antara barat dan timur lebih ringan lagi. Contohnya, sempadan antara Hungary dan Austria ditandai pagar berantai ringkas yang mudah ditanggalkan apabila menjadi bahagian Tirai Besi pertama yang ditanggalkan dengan dipotong oleh menteri-menteri luar negara-negara berkenaan pada 27 Jun 1989.

Di beberapa bahagian Czechoslovakia jalur sempadannya ratusan meter luasnya, maka ditetapkan kawasan larangan bertingkat apabila sempadan didekati. Hanya sesiapa yang diberi kebenaran kerajaan yang berpatutan dibenarkan mendekati sempadan.

Pembentukan kawasan bebas antara sempadan yang kuat kehadiran tenteranya membawa kepada pembentukan kawasan simpanan alam de facto serta mewujudkan koridor hidupan liar merentas Eropah; ini membantu proses perluasan beberapa spesis ke kawasan-kawasan baru. Semenjak tumbangnya Tirai Besi, terdapat beberapa inisiatif yang mengejar pembentukan halaman pemuliharaan alam Kawasan Hijau Eropah.

Istilah "Tirai Besi" hanya dipakai untuk memaksudkan sempadan-sempadan yang diperkuat di tengah Eropah, bukannya untuk sempadan-sempadan seumpamanya di antara negara-negara komunis dan kapitalis Asia between. Sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan sering diperbandingkan dengan bekas sempadan Jerman tengah tadi, terutamanya dari segi kehadiran tentera, tetapi tidak pernah dianggap sebahagian Tirai Besi pun.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Freedom! - TIME
  2. A New Look at the Iron Curtain, Ignace Feuerlicht, American Speech, Vol. 30, No. 3 (Oct., 1955), p. 186–189.
  3. http://en.wikisource.org/wiki/Iron_Curtain_Speech Sinews of Peace

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Perang Dingin