Final Fantasy Versus XIII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Final Fantasy Versus XIII
Logo rasmi
Pembangun Square Enix
Penerbit Square Enix
Pereka Shinji Hashimoto (Penerbit permainan)
Tetsuya Nomura (pengarah permainan, pereka watak)
Yoko Shimomura (penggubah lagu)
Yoshitaka Amano (pencipta imej, pereka logo rasmi)
Siri Siri Final Fantasy
Fabula Nova Crystallis Final Fantasy XIII
Enjin Crystal Tools[1]
Pelantar PlayStation 3
Tarikh keluaran Akan diumumkan
Genre Aksi, Permainan video berperanan (RPG)
Mod Seorang pemain
Penilaian CERO: Belum diberikan
Bahantara BD-ROM
Kaedah input DualShock 3/Alat kawalan SIXAXIS

Final Fantasy Versus XIII (ファイナルファンタジー ヴェルサスXIII Fainaru Fantajī Verusasu Sātīn?) merupakan sebuah judul permainan video berperanan (RPG) ciptaan Square Enix secara eksklusif untuk konsol Sony PlayStation 3.[2] Disamping judul Final Fantasy XIII dan Final Fantasy Agito XIII, Final Fantasy Versus XIII adalah sebahagian daripada kompilasi Fabula Nova Crystallis Final Fantasy XIII. Pendedahan judul ini dilakukan di E3 2006, dan mengisahkan tentang seorang protagonis penuh misteri yang merupakan waris kepada sebuah dinasti yang memerintah satu-satunya bandar yang tinggal untuk mengawal kristal. Di bawah keadaan tertentu, dia menentang mereka yang ingin merampas kristal tersebut untuk kegunaan mereka sendiri.[3]

Final Fantasy Versus XIII; ialah, menurut para penciptanya, sebuah judul yang memiliki kisah individual dengan watak-watak dan reka cipta visualnya yang tersendiri. Justeru, meskipun berada di bawah alam Final Fantasy XIII yang sama, judul ini tidak berkaitan dalam apa cara sekalipun kepada judul-judul kompilasinya yang lain, maka ia bukanlah sebuah judul sambungan mahupun judul imbasan kepada mana-mana judul Fabula Nova Crystallis: Final Fantasy XIII.[4]

Dalam bahasa Latin, "versus" merupakan kata kerja lampau kepada kata kerja "vertere" yang membawa maksud "untuk mengubah arah." Di dalam bahasa Inggeris, perkataan ini merupakan kata sendi nama yang bermaksud "menentang, melawan arus/arah."[5] Dalam bahasa Melayu pula, perkataan ini boleh diterjemah sebagai "menentang", "melawan" atau "bertentangan dengan."

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Watak utama berdiri bersama-sama tiga belas senjata mengelilinginya.

Berbeza dengan judul Final Fantasy XIII yang juga di bawah kompilasi Fabula Nova Crystallis, Final Fantasy Versus XIII tidak mempunyai sebarang maklumat tentang gaya permainannya mahupun sistem pertarungannya sama sekali kerana tiada video atau contoh daripada media seperti majalah oleh Square Enix tentang ciri tersebut.

Di dalam sebuah temu ramah kumpulan majalah Jepun baru-baru ini, Tetsuya Nomura mengatakan bahawa gaya permainan Versus XIII akan mempamerkan pertarungan yang serupa dengan sistem Kingdom Hearts di mana sesetengah elemen penembak orang ketiga (third-person shooter) diterapkan - serupa dengan judul Dirge of Cerberus oleh Square Enix. Nomura juga menyatakan bahawa judul Versus XIII akan mengetepikan estetik "cahaya" dan "magik" daripada judul-judul ciptaanya terdahulu (contohnya Kingdom Hearts) dan akan menerapkan sebuah dunia yang penuh dengan kegelapan dan ancaman, berlawanan dengan judul-judul Final Fantasy sebelum ini. Dalam membina sebuah dunia yang lebih realistik, Nomura mengatakan bahawa dia ingin mencipta watak-watak yang "logik", bermaksud lebih realistik. Sebagai bukti kepada keinginannya menerajui judul tersebut dalam dunia realistik, dalam treler PlayStation Premier, berlawanan dengan judul-judul Final Fantasy yang lain, Versus XIII dipamerkan dengan lebih keganasan grafik dengan adegan-adegan yang membabitkan darah.[6]

Nomura juga telah menyatakan dalam majalah Dengeki PlayStation 2 bahawa dia ingin mencipta adegan-adegan penuh helah di dalam pertarungan yang belum pernah dilihat sebelum ini, memperlihat penggunaan dalam filem CGI Final Fantasy VII Advent Children.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui tentang judul ini sejak 2006; akan tetapi, wakil daripada Square Enix pernah memberi komen mereka, mengatakan bahawa Final Fantasy Versus XIII mungkin sekali judul Final Fantasy "paling gelap" pernah dilihat.[3]

Final Fantasy Versus XIII mengisahkan seorang putera raja,Noctis Lucis Caelum yang merupakan waris terakhir kepada sebuah empayar atau kerajaan yang tidak bernama, di mana tersimpannya kristal terakhir. Disebabkan pemodenan mendadak di negaranya berbanding negara jiran yang lain, kerajaan putera tersebut telah mengasingkan diri mereka daripada dunia luar. Judul ini menceritakan kisah dua buah kerajaan atau negara yang saling bertempur untuk mendominasi antara satu sama lain dan juga untuk memiliki kristal yang berada di bawah pegangan kerajaan putera tersebut.[7] Judul ini dikatakan telah memulakan sebuah "pembersihan" suatu Perang Dingin di antara negara-negara berperang disekeliling kristal-kristal seperti ini.[8]

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Noctis Lucis Caelum, Muka dekat protagonis utama semasa mengeluarkan senjatanya.

Protagonis dalam Final Fantasy Versus XIII ialah seorang pemuda dengan rambut biru gelap keperak-perakan dan mata berwarna merah. Namun, warna rambut dan matanya masing-masing dilihat berubah di dalam pertarungan, dan Tetsuya Nomura telah mengatakan bahawa perubahan tersebut adalah disengajakan dan memainkan peranan yang penting.[9] Ia telah disahkan bahawa wataknya merupakan waris terakhir dalam sebuah dinasti yang telah memerintah sebuah negara untuk mengawal kristal-kristal. Dia telah cuba untuk melindungi kerajaan negaranya daripada mereka yang ingin mengambil alih kawalan bandarayanya serta kristal di bawah simpanannya dengan paksaan. Nomura telah membandingkan keluarga protagonis ini kepada "mafia" moden Jepun, ataupun golongan Yakuza.[10]

Watak utama Final Fantasy Versus XIII bersenjatakan beberapa buah senjata seperti yang dilihat dalam kedua-dua buah treler E3 2006 dan PlayStation Premier. Senjata yang digunakannya mempunyai variasi, di antaranya pedang, tombak mahupun lembing. Seperti yang dipamerkan di dalam treler-treler, dia mampu mengawal senjata-senjata tersebut melalui telekinesis (menerusi kuasa kristal), dan dia pernah dilihat menggunakannya untuk menyerang dan mempertahankan dirinya. Nomura mengatakan bahawa setiap senjata akan mempunyai kegunaannya sendiri dan tidak secara langsung diterhadkan oleh serangan umum atau biasa; dalam erti kata lain, sesetengah senjata boleh juga digunakan sebagai perisai (seperti yang dilihat dalam treler).[11] Protagonis judul ini juga telah menonjolkan kebolehannya untuk berpindah lokasi ataupun teleportation, meskipun ia tidak diketahui kegunaan sebenar kebolehan ini dalam permainan kelak.

Watak protagonis bersama rakan-rakannya; dari kiri ke kanan; lelaki dengan senapang, lelaki dengan parut di mukanya, watak utama, dan lelaki bercermin mata.

Tiga watak lain telah didedahkan di dalam majalah permainan video Famitsu. Watak baru yang pertama merupakan seorang lelaki dengan rambut berwarna coklat cair dan cermin mata, dilihat berpakaian sut lengkap dan memandu kenderaan protagonis. Watak kedua juga merupakan seorang lelaki dengan rambut coklat gelap, serta memiliki parut di sebelah kiri mukanya. Watak ketiga merupakan seorang lelaki dengan rambut perang, membawa bersamanya selaras senapang, meskipun senjata begitu telah diharamkan di negaranya. Ketiga-tiga watak ini seringkali dilihat bersama-sama watak protagonis dan kelihatan seperti rakan-rakannya.

Perempuan berambut perang, bersemuka dengan watak protagonis berdekatan istananya.

Seorang perempuan berambut perang yang dilihat menentang putera tersebut, dijelaskan sebagai "seorang musuh yang kurang bernasib baik". Famitsu dan sumber-sumber lain mengatakan bahawa mereka berdua tidak ingin menentang sesama sendiri, namun mereka dipaksa berbuat demikian.[12] Perempuan tersebut bersenjatakan sebilah pedang rapier dan disahkan sebagai seorang musuh, meskipun kesetiaannya masih diragui.[3]

Seorang lagi watak, berpakaian serba putih (mungkin sekali sebagai kontras kepada pakaian gelap yang digunakan watak protagonis), juga telah diperkenalkan. Watak ini telah dilihat menentang watak protagonis di dalam sebuah bangunan berdekatan istana protagonis sambil mereka menggunakan sihir magik ke atas satu sama lain, menandakan bahawa mereka mungkin sekali musuh.[perlu rujukan]

Tentera-tentera misteri juga telah ditunjukkan di dalam treler-treler Final Fantasy Versus XIII. Mereka menggunakan senjata api moden dan memakai pakaian zaman purba beserta perisai besi. Ia diketahui bahawa dikalangan tentera ini terdapat mereka yang ingin merampas kristal tersebut untuk kegunaan mereka sendiri.[perlu rujukan]

Seorang lagi lelaki, lebih tua daripada watak utama dan berpakaian sut penuh, dlihat duduk di hulu sebuah meja panjang sebagai seorang pengerusi dalam sebuah mesyuarat dengan beberapa lelaki lain. Disebabkan dia memiliki mata yang serupa dengan protagonis, spekulasi muncul, menganggap bahawa lelaki tersebut mempunyai pertalian dengan watak protagonis.[perlu rujukan]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Final Fantasy Versus XIII mula direka seawal tahun 2003, dua atau tiga tahun sebelum pendedahannya di E3 2006 bersama-sama Final Fantasy XIII, selepas selesainya Demo Teknikal Final Fantasy VII untuk konsol PlayStation 3.[13] Diusul oleh Tetsuya Nomura, judul ini dihasilkan oleh kumpulan yang bertanggungjawab untuk judul-judul Kingdom Hearts serta Final Fantasy VII: Advent Children. Untuk Final Fantasy XIII pula, pembangunan bermula untuk konsol PlayStation 2 namun dialihkan kepada PlayStation 3 apabila kumpulan yang menghasilkannya berazam bahawa perkakasan perisian PlayStation 2 tidak mencukupi bagi "ekspresi visual" yang telah diputuskan oleh kumpulan tersebut, juga kerana format DVD tidak mempunyai ruang simpanan yang mencukupi. Justeru, kebanyakan daripada hasil rekaan mereka terpaksa dimulakan semula untuk konsol PlayStation 3.[14]

Rekaan judul ini tidak pernah dianggap sebagai sebuah pengulangan di dalam siri Final Fantasy. Konsep serta pemikiran disebalik plot dan struktur judul ini adalah agak mustahil di dalam sebuah judul pengulangan seperti Final Fantasy XIV. Yoshinori Kitase menjelaskan bahawa Versus XIII merupakan sebuah judul jenis pengembaraan yang merupakan suatu yang mustahil untuk direka di bawah judul pengulangan bernombor dalam siri Final Fantasy.[15]

Disamping Final Fantasy XIII, judul ini menggunakan enjin Crystal Tools - sebuah enjin yang direka khas oleh Square Enix untuk konsol-konsol permainan video generasi ketujuh. Namun begitu; pada awal tahun 2007, Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan Unreal Engine 3 Epic Games untuk kegunaan dalam judul-judul mereka seterusnya, seperti The Last Remnant. Sesetengah telah memberi spekulasi bahawa Versus XIII akan dibangunkan menggunakan Unreal Engine 3, namun, Square Enix telah menekankan bahawa White Engine, yang dinamakan semula kepada Crystal Tools akan digunakan dalam Final Fantasy XIII dan Final Fantasy Versus XIII dalam kompilasi Fabula Nova Crystallis.[16] [17]

Judul tersebut juga akan menggunakan alat kawalan pengesan sensetif SIXAXIS.[18] Akan tetapi sejauh mana penggunaan cirinya di dalam permainannya kelak menjadi tanda tanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jackson, Tyrell (2008) GDC: Square-Enix announces Crystal Tools"
  2. Gantayat, Anoop. "No Final Fantasy For Xbox 360". [1]. Diperoleh pada 11 Ogos.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Dengeki PlayStation 2 (2006). "Square Enix talk Final Fantasy XIII". RPGFan. Diperoleh pada 15 November.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  4. Erik Brudvig (2006). "E3 2006: Final Fantasy XIII Showcased". IGN. Diperoleh pada 11 May.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  5. Merriam-Webster (2007). "versus - Merriam-Webster Dictionary". Merriam-Webster Online. Diperoleh pada 13 June.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  6. Final Fantasy XIII Net (2008) Temu ramah EDGE bersama-sama Tetsuya Nomura" hlm. 1
  7. Final Fantasy XIII.Net (2007) Final Fantasy Versus XIII/13 Story"
  8. IGN (2007) Final Fantasy XIII Update"
  9. IGN (2007) Final Fantasy XIII Update
  10. IGN (2007) Tetsuya Nomura on FF Versus XIII
  11. IGN (2007) Final Fantasy XIII Update'"
  12. Final Fantasy XIII.Net (2008) Final Fantasy Versus XIII/13 Characters'"
  13. IGN (2006) Gaimaga Blows Out Final Fantasy XIII hlm. 1
  14. IGN (2006) Gaimaga Blows Out Final Fantasy XIII" hlm. 1
  15. IGN (2006) Gaimaga Blows Out Final Fantasy XIII" hlm. 2
  16. Gamasutra - Square Enix Licenses Unreal Engine 3
  17. IGN (2007) Final Fantasy Meets Gears of War
  18. Tomer (2007). "Final Fantasy Versus XIII will use SixAxis". Forever Fantasy. Diperoleh pada 24 Januari.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]