Fizi Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fizi Ali
Kelahiran
Mohd Hafizudin bin Alimudin

(1989-04-16) 16 April 1989 (umur 35)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyampai radio, pelakon, pengacara
Tahun aktif2010–kini
Majikan
  • Star Media Radio Group (2016-22)
  • Media Prima (2022-kini)
Pasangan
Anak-anak1

Mohd Hafizudin Alimudin (lahir 16 April 1989), juga dikenali sebagai Fizi Ali merupakan seorang penyampai radio, pelakon dan pengacara Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas peserta Pilih Kasih musim kedua dan suami kepada pelakon Shakilla Khoriri yang dikahwininya pada 2018 sehingga perceraian mereka pada 2021. Fizi merupakan satu-satunya peserta Pilih Kasih yang tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti kebanyakan peserta Pilih Kasih yang memilih untuk menceburi bidang lakonan. Fizi tidak terlibat dalam bidang lakonan, sebaliknya memilih untuk menjadi penyampai radio.

Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia. Beliau tersingkir pada minggu pertama.[3]

Fizi memulakan kerjaya radionya sebagai penyampai Ultra FM selama dua tahun sebelum stesen itu ditutup pada 2015.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat di Suria FM pada 1 Julai 2016 dan bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. Sejak itu, beliau terus berkhidmat untuk Suria sehingga 22 Julai 2022.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fizi telah bertunang dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 16 Julai 2017. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[5][6] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari.

Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat jam 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2018.[7][8]

Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.[perlu rujukan]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Di Sebalik Kasyaf Radil TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2010 Pilih Kasih (Musim 2) Peserta
2016 ipopular Pengacara
2018 Mahligai Cinta Artis Jemputan bersama Shakilla Khoriri
2019 Mana Lagi Sedap Pengacara
2021 1001 Resepi Periuk Nasi Pengacara
2024 Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke-38 Pengacara bersama Fiza Frizzy

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2014 Mungkin Kamu Sissy Imann

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
1 Julai 2016 - 22 Julai 2022 Ceria Pagi & Team Pagi Suria Suria
1 Ogos 2022 - kini Sembang Squad, Hot Padu 40 & Hot Squad Hot FM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Penyampai Radio Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyampai Radio Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai Radio Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Fizi Ali Encik Shino (27 September 2017). Dicapai pada 21 September 2018.
  2. ^ Jemang Rahman (12 April 2017). ""Baik Saya Tolak Dari Nampak Bodoh" - Fizi Ali". mStar Online. Dicapai pada 21 September 2017.
  3. ^ Nor Atieyah Yusoff (23 Januari 2014). "Fizi Ali kagumi Rosyam Nor". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2015.
  4. ^ Ariffudin Ishak (21 Mac 2017). Shakilla Khoriri, Fizi (Suria FM) Bertunang Julai Depan - Hiburan mStar Online
  5. ^ Jemang Rahman (30 Mei 2017). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 21 September 2017.
  6. ^ Zaidi Mohamad (6 September 2016). Shakilla Khoriri, Fizi Ali buat perancangan naik pelamin - Hiburan Bharian Online. Dicapai pada 21 September 2017.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (18 Februari 2018). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami-Isteri Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine MStar Online. Dicapai pada 21 September 2018.
  8. ^ Kamaruddin Razal (18 Februari 2018). Dua Kali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Shakilla Khoriri Astro Gempak. Dicapai pada 21 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]