Sissy Imann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sissy Imann
Kelahiran
Sissy Imann binti Mohammad Kamil​

(1995-10-24) 24 Oktober 1995 (umur 28)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music

Sissy Imann Mohammad Kamil​ (Jawi: سيسي ايمان محمد کميل; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu".[1] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sissy dilahirkan pada 24 Oktober 1995 di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.[5]

Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.[6]

Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.[7]

Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.[10]

Pada 27 Mac 2019, Sissy muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.[11] Bermula pada Ogos 2019, beliau menjadi pengacara baru rancangan Muzik Muzik memggantikan Daiyan Trisha yang telah tamat kontrak selepas 6 bulan.[12][13]

Big Stage (musim 1)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Mungkin Kamu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Semoga Abadi" Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Drama"

(duet bersama Ara Johari)

Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" Mas Idayu TERSINGKIR

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk lagu Catatan
2014 "Mungkin Kamu" OST Eksperimen Cinta
"Benar Ku Tak Bohong"
2015 "Entah Apa Rasa"
2017 "Jatuh" OST Papa Nak Menantu
2019 "Pesanan Ayahanda"
"Sudahlah (Meow!)"
2020 "Bisa Mencinta"
2021 "Bebas" OST Perisik Cinta Tak Diundang
"Namaku Padamu"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Autumn in Wales Mira Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Tolong Aku Doktor Cinta Tania TV2 Drama pertama
Kariah Cak Pong Cik Tiara TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Aween Lee Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Misi Penculikan Cinta Cinta Farhani TV3 sempena Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL)
Geng Big Stage Beraya Dahlia Astro Ria
2020 Man Santan TV2
2022 Misteri Lain Macam Cici TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2018 Big Stage (musim 1) Peserta Astro Ria
2019 The House Dirinya sendiri bersama Sarah Suhairi & Wani Kayrie
Malam Kenangan Mengusik Jiwa Artis Jemputan TV2
2020 Studio Big Stage (musim 3) Pengacara Astro Ria bersama Neeta Manishaa
2021 Lounge AJL35 TV9 bersama Muaz Mohamed
All Together Now Malaysia (musim 1) Juri Astro Ria
Idola Kecil Di Rumah Pengacara TV9,
TV3
2021–2022 Muzik Muzik TV3 bersama Alif Satar & Muaz Mohamed
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Pengacara segmen lounge & karpet merah
Getaran Jiwa TVS bersama Jiggy Masin
Famili Duo (Musim 2) Peserta pasangan selebriti TV3 bersama Naim Daniel
All Together Now Malaysia (musim 2) Juri Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (11 Februari 2018). Sissy jual bakat Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  2. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Oktober 2018
  3. ^ Najiy Jefri (21 Ogos 2018). Menyanyi, mengajar keutamaan Sissy Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  4. ^ Sissy Imann balas budi orang tua. kosmo. Dicapai pada 16 Ogos 1995.
  5. ^ Kenneth Chaw (15 Julai 2019). Singer Sissy Imann took years to get her big break Star2. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  6. ^ Lagu Cepat Popular Mudahkan Sissy Imann Dikenali Ramai mStar Online (20 September 2015). Dicapai pada 25 September 2015.
  7. ^ Sissy Imann tangguh hasrat jadi guru Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  9. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  10. ^ Tak kisah dikata kemaruk popular - Sissy Imann. harian metro. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  11. ^ Sissy Imann 'judge' kawan baik, bongkar perangai Sarah Suhairi, Wani Kayrie mstar. Dicapai pada 14 Jun 2019.
  12. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Julai 2021). "Sissy Imann hos baru Muzik Muzik 36". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2021.
  13. ^ Siti Athirah Dzulkifly (27 Julai 2021). "Pengacara baru Muzik Muzik, Sissy Imann percaya diri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]