Gempa bumi Chile 2010
| Tarikh | 03:34:14, 27 Februari 2010 (UTC-3) |
|---|---|
| Magnitud | 8.8 Mw |
| Kedalaman | 35 kilometer (22 bt) |
| Lokasi pusat gempa | 35°54′32″S 72°43′59″B / 35.909°S 72.733°BKoordinat: 35°54′32″S 72°43′59″B / 35.909°S 72.733°B |
| Negara/kawasan yang terjejas | Chile |
| Tsunami | Amaran di kebanyakan persisiran Pasifik[1] |
| Mangsa | 432 dikenal pasti maut[2] |
Gempa bumi Chile 2010 dengan kekuatan 8.8 Skala Richter dilaporkan terjadi di kawasan pantai Kawasan Maule, Chile pada 27 Februari 2010.[3][4][5] Kawasan terlibat dengan gempa dilaporkan mengalami gegaran dalam tempoh tiga minit.[6]. Gempa bumi ini merupakan yang terkuat sejak gempa bumi Sumatera pada tahun 2005, dan gempa bumi ke-7 paling kuat yang pernah direkodkan (gempa bumi Ecuador pada tahun 1906 juga mempunyai magnitud yang sama).[7]
Gempa dilaporkan berlaku pada pukul 3:34 pagi waktu tempatan (jam 2:34 petang waktu Malaysia). Gegaran juga dilaporkan di Santiago,[8] dan beberapa bandar di Argentina seperti Buenos Aires, Córdoba, Mendoza dan La Rioja.[9]
Ahli seismologi menganggarkan yang gempa bumi ini sungguh kuat sehingga ia mungkin memendekkan tempoh panjang hari sebanyak 1.26 mikrosaat dan menggerakkan paksi benda Bumi sebanyak 8 cm atau 2.7 miliarkasaat.[10][11] It juga menggerakkan seluruh bandar Concepción 3.04 meter (10 ka) ke barat. Ibu negara Santiago, bergerak hampir 24 cm ke barat, dan malah Buenos Aires, kira-kira 1350 km daripada Concepción, bergerak 3.9 cm.[12][13]
Isi kandungan |
Ciri-ciri gempa [sunting]
Gempa bumi terjadi di sempadan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan. Ciri-ciri gempa ini adalah mekanisme fokal sesar naik, diakibatkan oleh subduksi plat Nazca di bawah plat Amerika Selatan.
Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan nyawa [sunting]
Menurut seorang jurukamera Berita TV Associated Press, terdapat bangunan yang runtuh Santiago dan juga bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa bahagian di kota raya itu.[14] Lapangan terbang Santiago juga mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang itu menutup semua operasi penerbangan dalam tempoh 24 jam mulai 12:00 GMT.[15]
Bangunan-bangunan dilaporkan runtuh dan ada yang mengalami kebakaran di Concepción. [16]
Kes kehilangan nyawa mula dilaporkan kira-kira 13 jam selepas gegaran gempa. Angka kematian terus bertambah, tetapi tidak dijangka akan mencecah lebih dua kali ganda daripada 122 kes awal.[3][17][18]
Kementerian Keadaan Darurat Negara Chile (Oficina Nacional de Emergencia) telah meletakkan kekuatan gempa bumi di wilayah Biobío pada IX skala Mercalli. Manakala Santiago diberikan skala tahap VIII. [19][3] USGS menyatakan intensitas gempa di Santiago and Valparaiso berada pada skala MM VII-VIII.[20]
Tsunami [sunting]
Amaran kejadian tsunami dikeluarkan kepada Chile dan Peru,[21] dan peringatan tsunami juga turut dikeluarkan untuk Ecuador, Colombia, Antartika, Panama, dan Costa Rica.[22]
Peringatan tsunami ini kemudian diperluas hingga seluruh kawasan Lautan Pasifik, kecuali untuk kawasan pantai barat Amerika Syarikat, British Colombia, dan Alaska.[23] Ketinggian tsunami dilaporkan mencecah 2.6 meter (8.6 kaki) di Valparaiso, Chile.[3][24][25] Ketinggian tsunami mencapai 2,34 meter tercatat di Talcahuano, Biobío Region.[25]
Gempa susulan tercatat mencapai kekuatan 6.2 setelah 20 minit gempa pertama.[3][26] Dua gempa susulan dengan kekuatan 5.4 dan 5.6 menyusul kemudian.[26] The USGS said that "a large vigorous aftershock sequence can be expected from this earthquake".[27]
Terdapat laporan yang menyatakan tsunami mencapai ketinggian 40 meter di Kepulauan Juan Fernández yang berada di Lautan Pasifik sekitar 667 km dari luar pantai Chile.[28] Tetapi buat masa ini tiada laporan rasmi mengenai kerosakan yang dialami di pulau itu.
| Stesen | Negara atau wilayah | Latitud | Longitud | Waktu (GMT) | Ketinggian (meter) | Ketinggian (kaki) |
|---|---|---|---|---|---|---|
| La Push, Washington | 47.5 U | 124.4 B | 22:54 | 0.11 | 0.4 | |
| Hilo, Hawaii | 19.7 U | 154.9 B | 21:20 | 0.86 | 2.8 | |
| San Francisco, California | 37.8 U | 122.5 B | 21:20 | 0.26 | 0.8 | |
| Santa Monica, California | 34.0 U | 118.5 B | 20:24 | 0.64 | 2.1 | |
| Lottin Point | 37.6 S | 178.2 T | 19:34 | 0.15 | 0.5 | |
| Rarotonga | 21.2 S | 159.8 B | 19:18 | 0.32 | 1.0 | |
| DART Tonga | 23 S | 168.1 B | 18:44 | 0.04 | 0.1 | |
| Papeete | 17.5 U | 149.6 B | 18:10 | 0.16 | 0.5 | |
| Nuku Hiva | 8.9 S | 140.1 B | 17:45 | 0.95 | 3.1 | |
| Cabo San Lucas | 22.9 U | 109.9 B | 17:43 | 0.28 | 0.9 | |
| Hiva Oa | 9.8 U | 139.0 B | 17:41 | 1.79 | 5.9 | |
| Manzanillo | 19.1 U | 104.3 B | 17:05 | 0.32 | 1 | |
| DART Manzanillo | 16.0 U | 107 B | 16:11 | 0.07 | 0.2 | |
| Rikitea | 23.1 S | 134.9 B | 15:59 | 0.15 | 0.5 | |
| Acapulco | 16.8 U | 99.9 B | 15:49 | 0.16 | 0.5 | |
| DART Kepulauan Marquesas | 8.5 S | 125 B | 15:31 | 0.18 | 0.6 | |
| Kepualauan Galapagos | 0.4 S | 90.3 B | 14:52 | 0.35 | 1.2 | |
| Pulau Easter | 27.2 S | 109.5 B | 12:05 | 0.35 | 1.1 | |
| Callao | 12.1 S | 77.2 B | 10:29 | 0.36 | 1.2 | |
| Arica | 18.5 S | 70.3 B | 10:08 | 0.94 | 3.1 | |
| Antofagasta | 23.2 S | 70.4 B | 09:41 | 0.49 | 1.6 | |
| DART Lima | 18 S | 86.4 B | 09:41 | 0.24 | 0.8 | |
| Iquique | 20.2 S | 70.1 B | 09:07 | 0.28 | 0.9 | |
| Coquimbo | 30 S | 71.3 B | 08:52 | 1.32 | 4.3 | |
| Ancud | 41.9 S | 73.8 B | 08:38 | 0.62 | 2 | |
| Caldera | 27.1 S | 70.8 B | 08:34 | 0.45 | 1.5 | |
| San Felix | 26.3 S | 80.1 B | 08:15 | 0.53 | 1.7 | |
| Corral | 39.9 S | 73.4 B | 07:39 | 0.90 | 2.9 | |
| Valparaiso | 33 S | 71.6 B | 07:08 | 1.29 | 4.2 | |
| Talcahuano | 36.7 S | 73.4 B | 06:53 | 2.34 | 7.7 |
Kesan ekonomi [sunting]
Keseluruhan gempa bumi ini mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion).Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter menyatakan 200 orang yang hilang dianggap terbunuh.Kerosakan mencecah AS$30 bilion (RM99.4 bilion) dengan perlindungan hanya AS$5 bilion (RM16.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM26.5 bilion). Menteri Kerja Awam, Hernan de Solminihac menyatakan S$1.46 bilion (RM4.8 bilion) diperlukan untuk membina semula jambatan roboh dan membaik pulih kemudahan awam.[31]
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanPTWC-indextidak disediakan - ↑ A 432 llegaron las víctimas fatales identificadas tras el terremoto y tsunami Cooperativa.cl
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 "Massive earthquake strikes Chile", BBC News. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ↑ "Reuters earthquake report". Reuters. http://www.reuters.com/article/idUSTRE61Q0S920100227. Capaian 27 Februari 2010.
- ↑ "Japan Meteorological Agency report". Agensi Meteorologi Jepun. http://www.jma.go.jp/en/quake/. Capaian 27 Februari 2010.
- ↑ "USGS Earthquake Details". USGS. http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eqinthenews/2010/us2010tfan/. Capaian 27 Februari 2010.
- ↑ "Historic World Earthquakes". Earthquake.usgs.gov. USGS. 23 November 2009. http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/world/historical_mag.php. Capaian 27 Februari 2010.
- ↑ "Tsunami After Major Earthquake Hits Chile", Sky News, 27 Februari 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ↑ "Confirman que el sismo de Chile se sintió en Buenos Aires" (dalam Bahasa Sepanyol). Infobae. 27 Februari 2010. http://www.infobae.com/general/502937-101275-0-Confirman-que-el-sismo-Chile-se-sinti%C3%B3-Buenos-Aires. Capaian 27 Februari 2010.
- ↑ Chilean Quake May Have Shortened Earth Days NASA
- ↑ "Earth days could be shorter after Chilean earthquake". News.com.au. 2009-07-22. http://www.news.com.au/features/earth-days-could-be-shorter-after-chilean-earthquake/story-e6frflor-1225836120460. Capaian 2010-03-02.
- ↑ Chile earthquake moved entire city 10 feet to the west
- ↑ Researchers Show How Far South American Cities Moved In Quake. Dicapai 9 Mac 2010.
- ↑ Eva Vergara, Associated Press, "8.8-magnitude earthquake hits central Chile".. Dilihat pada 27 Februari 2010.
- ↑ "Reuters earthquake report". Reuters. http://www.reuters.com/article/idUSTRE61Q0S920100227. Capaian February 27, 2010.
- ↑ http://www.eluniverso.com/2010/02/27/1/1361/terremoto-85-grados-deja-muertos-chile.html?p=1354&m=1835
- ↑ Guardian newspaper: Chile earthquake: Pacific nations brace for tsunami
- ↑ ABC News: Chile Earthquake: Tsunami Watch Heightened After 8.8-Magnitude Quake
- ↑ (Bahasa Sepanyol) "Bachellet confirmó que hay cinco muertos por el sismo en Chile", mdz online. Dirujuk pada 27 February 2010.
- ↑ "PAGER - M 8.8 - OFFSHORE MAULE, CHILE". Earthquake.usgs.gov. http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/pager/events/us/2010tfan/index.html. Capaian 2010-02-27.
- ↑ "Australia on tsunami watch after quake". News.ninemsn.com.au. http://news.ninemsn.com.au/national/1018157/australia-on-tsunami-watch-after-quake. Capaian 2010-02-27.
- ↑ "Massive earthquake, aftershocks rattle Chile tsunami warning issued". Edition.cnn.com. CNN. 2010-02-27. http://edition.cnn.com/2010/WORLD/americas/02/27/chile.quake/index.html. Capaian 2010-02-27.
- ↑ http://www.prh.noaa.gov/ptwc/messages/pacific/2010/pacific.2010.02.27.104329.txt
- ↑ "Tsunami message from WCATWC". Wcatwc.arh.noaa.gov. http://wcatwc.arh.noaa.gov/2010/02/27/725245/04/message725245-04.htm. Capaian 2010-02-27.
- ↑ 25.0 25.1 TSUNAMI BULLETIN NUMBER 004 by the NOAA Pacific Tsunami Warning Center
- ↑ 26.0 26.1 Latest Earthquakes M5.0+ in the World, by USGS.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanUSGS1tidak disediakan - ↑ Staff Writer (February 27, 2010). "40 Meter Tsunami Wave Hits Juan Fernández Island". Newsolio. http://newsolio.com/40-meter-tsunami-wave-hits-juan-fernandez-island,5972. Capaian February 26, 2010.
- ↑ TSUNAMI BULLETIN NUMBER 015 issued by the Pacific Tsunami Warning Center.
- ↑ "West Coast and Alaska Tsunami Warning Center". NOAA. http://wcatwc.arh.noaa.gov/2010/02/27/725245/15/message725245-15.htm. Capaian 2010-02-27.
- ↑ Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion Utusan Malaysia