Gempa bumi Sichuan 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Sichuan 2008
Tarikh 12 Mei 2008
Magnitud 7.9 Mw[1] / 8.0 Ms[2]
Kedalaman 19 kilometer (12 bt)
Lokasi pusat gempa 31°01′16″N 103°22′01″W / 31.021°U 103.367°B / 31.021; -103.367 (Sichuan earthquake) (Daerah Wenchuan di Wilayah Sichuan)
Negara/kawasan yang terjejas Bendera China China
Gegaran susulan 83 gegaran susulan kuat setakat ini
lebih 7,000 gegaran susulan kecil[3]
Mangsa 69,197 (mati)
374,176 (cedera)
18,238 (hilang)
(sehingga 16 Julai)[4][5]

Gempa bumi Sichuan 2008 (Bahasa Cina: 四川大地震), pada magnitud 8.0 Ms/ 7.9 Mw, berlaku pada jam 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC) pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan (Bahasa Cina: 汶川大地震), sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Pusat gempa terletak 80 kilometer (50 bt) di barat-barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan, dengan kedalaman 19 kilometer (12 bt).[1] Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran.[6] Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran.

Perangkaan rasmi (pada 21 Julai 2008 12:00 CST) menyatakan bahawa 69,197 orang disahkan mat, termasuk 68,636 di wilayah Sichuan, dan 374,176 lagi cedera, dengan 18,222 lagi disenaraikan hilang.[4] Gempa bumi ini juga menyebabkan kira-kira 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal,[7] though the number could be as high as 11 million.[8] Kira-kira 15 juta orang tinggal dalam kawasan yang terjejas. Inilah gempa bumi paling dahsyat yang pernah melanda China semenjak gempa bumi Tangshan 1976 yang meragut lebih 240,000 orang, dan juga yang paling kuat sejak gempa bumi Chayu 1950 di negara ini juga yang mencatat 8.5 pada skala magnitud Richter.[9]

Majlis Negara mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk memperingati mangsa gempa bumi mulai 19 Mei 2008; Bendera Kebangsaan China dan Bendera-bendera Kawasan Hong Kong SAR dan Macau SAR dikibarkan separuh tiang. Pada jam 14:28 CST , 19 Mei 2008, seminggu selepas berlakunya musibah ini, orang awam China bertakafur sebagai tanda berkabung; kenderaan, kapal, kereta api, dan penggera pertahanan udara berbunyi, diikuti saat kesunyian selama tiga minit. [10][11][12] Jawatankuasa Penganjuran Ningbo larian obor Olimpik Beijing mengumumkan bahawa larian berkenaan digantung selama tiga hari ini.[13]

Pada 6 November 2008, kerajaan pusat mengumumkan bahawa 1 trilion yuan (kira-kira AS$146.5 billion) akan digunakan selama tiga tahun seterusnya untuk membina semula kawasan yang diranapkan oleh gempa earthquake.[14]

Butiran gempa[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi ini bermagnitud 8.0 Ms, menurut Biro Seismologi Negeri China dan 7.9 Mw menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.[2][1] Pusat gempa terletak di Kaunti Wenchuan, Ngawa, 80 km barat/barat laut Chengdu, melepaskan gegaran terkuat pada 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC), pada hari Isnin 12 Mei 2008.

52 gempa susulan besar yang bermagnitud antara 4.4 dan 6.0, dicatat dalam jangka masa 72 jam gempa terbesar.[15] Contoh pemecahan terawal gempa bumi menunjukkan sesaran tidak melebihi 9 meter sepanjang gelinciran berukuran kira-kira 240 km panjangnya dan 20 km dalamnya.[16] Gempa bumi ini menghasilkan pencacatan permukaan melebihi 3 meter[17] dan menambahkan tekanan (dan kebarangkalian terjadinya peristiwa akan datang) di tepi timur laut dan barat daya gelicniran.[17] Pada 20 Mei, ahli seismologi USGS bernama Tom Parsons mengeluarkan amaran "risiko tinggi" gempa susulan besar M>7 sepanjang minggu-minggu atau bulan-bulan berikutnya.[18] Parsons memberitahu akhbar New York Times bahawa risiko gempa susulan besar "semakin tinggi".

Ahli seismologi Jepun bernama Yuji Yagi menyatakan bahawa gempa bumi berlaku dalam dua peringkat: "Sesar Longmenshan berukuran 155 batu mengoyak dalam dua bahagian, yang pertama meluru mengoyak kira-kira tujuh ela, diikuti satu lagi yang menyesar empat ela."[19] Data Yagi juga menunjukkan bahawa gempa bumi ini terjadi selama kira-kira dua minit dan menghasilkan 30 kali ganda kuasa Gempa bumi Hanshin Besar yang berlaku di Jepun pada tahun 1995, yang meragut sebanyak 6,000 nyawa. Beliau menunjukkan bahawa kecetekan pusat gempa dan ketumpatan penduduk banyak menambah keterukan gempa. Teruyuki Kato, seorang ahli seismologi di Universiti Tokyo, menyatakan bahawa gelombang seismos gempa ini melalui jarak panjang tanpa kehilangan kuasa kerana kekukuhan daratan di kawasan tengah China. Menurut laporan dari Chengdu, ibu wilayah Sichuan, gegaran gempa berlaku selama "kira-kira dua tiga minit".[20]

Capaian gegaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan disusun mengikut jarak dari pusat gempa (atau waktu gegaran dirasa):

  •  China: Semua kawasan kecuali Xinjiang, Jilin dan Heilongjiang terjejas oleh gempa.[21]
  •  Hong Kong: Gegaran dirasa kira-kira tiga minit selepas gempa, berterusan selama setengah minit. Ini juga merupakan gempa bumi terjauh yang pernah dirasai di Hong Kong sepanjang ingatan.[22][23][24]
  •  Macau: Gegaran dirasa kira-kira tiga minit selepas gempa.[25]
  •  Vietnam: Gegaran dirasa kira-kira lima minit selepas gempa di kawasan utara Vietnam.[26][27]
  •  Thailand: Di sesetengah kawasan di Thailand, gegaran dirasa enam minit selepas gempa. Bangunan pejabat di Bangkok mengayun selama beberapa minit kemudian.[28]
  •  Taiwan: Gempa ini mengambil masa lapan minit untuk mencapai Taiwan, kemudian gegarannya dirasai selama satu dua minit; tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.[29]
  •  Mongolia: Gegaran dirasai kira-kira lapan minit selepas berlakunya gempa bumi di sesetengah bahagian di Mongolia.[23]
  •  Bangladesh: Gegaran dirasai lapan minit setengah selepas gempa di seluruh Bangladesh.[23]
  •  Nepal: Gegaran dirasai kira-kira lapan minit setengah selepas gempa.[23]
  •  India: Gegaran dirasai kira-kira sembilan minit selepas gempa di sesetengah kawasan di India.[23]
  •  Pakistan: Gegaran dirasai kira-kira sepuluh minit selepas gempa di Pakistan Utara.[23]
  •  Rusia: Gegara dirasai Tuva, tiada kemalangan dilaporkan.[23]

Tektonik[sunting | sunting sumber]

Takat kawasan yang dilanda gempa bumi dan gegaran susulan terletak di timur laut, sepanjang sesar Longmen Shan.

Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat:[30]

Gempa bumi berlaku kesan pergerakan sesar berbalik atau sesar tujah yang menyerang ke arah timur laut di jidar barat laut Lembangan Sichuan. Pusat gempa dan mekanisme fokusnya sejajar dengan berlakunya gempa akibat pergerakan di sesar Longmenshan atau mana-mana sesar yang berkaitan tektonik dengannya. Gempa ini mencerminkan tekanan tektonik yang berlaku daripada pertumpuan bahan gerak yang bergerak beransur-ansur dari ketinggian Penara Tibet ke arah barat, melawan kerak kuat di bawah Lembangan Sichuan Basin dan China tenggara. Di peringkat benua, the keseismosan Asia tengah dan timur berpunca daripada pertumpuan Plat India ke arah Plat Eurasia di utara dengan halaju kira-kira 50 mm/y. Pertembungan kedua-dua plat tersebut disokong kuat oleh kenaikan tanah tinggi Asia serta pergerakan bahan kerak ke arah timur, jauh dari Penara Tibet yang naik itu. Jidar barat laut Lembangan Sichuan Basin pernah mengalami gempa bumi pemusnah. Gempa bumi bermagnitud 7.5 pada 25 Ogos 1933 membunuh lebih 9,300 orang.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kematian[4]
Sichuan Mianyang 21,963[31]
Ngawa 20,258[32]
Deyang 17,121[33]
Guangyuan 4,822[34]
Chengdu 4,276
Nanchong 254
Ya'an 15
Suining 27
Ziyang 26126
Meishan 20330
Bazhong 10
Garzê 9
Leshan 8
Neijiang 7
Dazhou 4
Liangshan 3
Zigong 2
Luzhou 1
Guang'an 1
Total 68,636
Gansu 365
Shaanxi 122
Chongqing 18
Henan 2
Guizhou 1
Hubei 1
Hunan 1
Yunnan 1
Jumlah 69,180

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Magnitude 7.9 - Eastern Sichuan, China". USGS. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  2. 2.0 2.1 "Magnitude of SW China earthquake revised to 8.0". Xinhua News Agency. 2008-05-18. Diperoleh pada 2008-05-18. 
  3. "大地震至今7千多次餘震" (dalam bahasa Chinese). Sina.com. 2008-05-20. Diperoleh pada 2008-05-21. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Casualties of the Wenchuan Earthquake" (dalam bahasa Cina). Sina.com. 2008-05-23. Diperoleh pada 2008-05-23. 
  5. "Wenchuan Earthquake has already caused 69,196 fatalities and 18,379 missing" (dalam bahasa Cina). Sina.com. 2008-07-06. Diperoleh pada 2008-07-07. 
  6. "'Hundreds buried' by China quake". BBC. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-13. 
  7. "More than 4.8 million homeless in Sichuan quake: official". Relief Web (Agence France-Presse). 2008-05-16. Diperoleh pada 2008-07-07. 
  8. Hooker, Jake (2008-05-26). "Toll Rises in China Quake". New York Times. Diperoleh pada 2008-06-01. 
  9. "10 Greatest Earthquakes in China in 20th Century" (dalam bahasa Chinese). Ningxia Daily website. 2008-05-15. Diperoleh pada 2008-06-02. 
  10. Sheldrick, A.; Tang, E. (2008-05-12). "China Is Hit by 7.9-Magnitude Earthquake Near Chengdu". Bloomberg L.P. Diperoleh pada 2008-05-12. 
  11. "曾蔭權:全國哀悼日特區下半旗致哀". Radio Television Hong Kong. 2008-05-18. Diperoleh pada 2008-05-19. 
  12. "澳門將在全國哀悼日下半旗致哀". Radio Television Hong Kong. 2008-05-18. Diperoleh pada 2008-05-19. 
  13. "China announces three-day mourning for quake victims, suspension of torch relay". Xinhua News Agency. 2008-05-18. Diperoleh pada 2008-05-18. 
  14. "FACTBOX-China's recent measures to spur growth". News.alibaba.com. 2008-11-06. Diperoleh pada 2009-11-02. 
  15. "Earthquake List for 10-degree Map Centered at 35°N, 105°E". United States Geological Survey. Diperoleh pada 2008-05-13. 
  16. Ji, Chen; Hayes, Gavin. "Finite Fault Model of the May 12, 2008 Mw 7.9 Eastern Sichuan, China Earthquake". United States Geological SurveyNational Earthquake Information Center. Diperoleh pada 2008-05-15. 
  17. 17.0 17.1 José A. Álvarez-Gómez (2008-05-12). "Calculation of surface deformation and variation of static Coulomb forces for the earthquake of 7.9 MW on May 12, 2008 in Sichuan, China" (dalam bahasa Spanish). Complutense University of Madrid. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  18. David Barboza (2008-05-20). "One Week Later, a Nation Pauses to Share Its Mourning and Grief". The New York Times. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  19. "Japanese scientists say China quake struck in two stages". The International Herald Tribute. 2008-05-21. Diperoleh pada 2008-05-21. 
  20. "Strong earthquake hits western China". MSNBC. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  21. Spokesperson of PRC's Earthquake Bureau Zhang Hongwei: Provinces and municipalities of China excepting Jilin, Heilongjiang and Xinjiang have all reported varying levels of tremors felt, Xinhua, (Cina)
  22. "Record distance from epicentre to Hong Kong with tremors felt" (dalam bahasa Chinese). ON.CC News. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-12.  Lihat juga: "Observatory states that many residents experienced the tremors this afternoon". Sing Tao Daily. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-12. (Cina)
  23. 23.0 23.1 23.2 23.3 23.4 23.5 23.6 "6:30 News Report". TVB. 2008-05-12. (Cina)
  24. "Bulletin issued at 15:15 HKT 12/May/2008". Hong Kong Observatory. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-12. 
  25. "Residents of highrises experienced dizzyness" (dalam bahasa Chinese). Macau Daily News. 2008-05-13. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  26. "Death toll in China earthquake exceeds 12,000". Yahoo!. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  27. "Massive Quake Rocks China". CBS News. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  28. "Tremor depth at 29 km below surface" (dalam bahasa Chinese). China Daily. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-20. 
  29. "China quake felt throughout Taiwan, but no injuries or damage reported". The China Post. 2008-05-12. Diperoleh pada 2008-05-13. 
  30. "Magnitude 7.9 - Eastern Sichuan, China". 2008-05-12 06:28:00 UTC. 
  31. 21,963 deaths in Mianyang as of June 7, 18:00 CST, "Earthquake Information of Mianyang as of June 7" (dalam bahasa Chinese). Official website of Mianyang Government. 2008-06-08. Diperoleh pada 2008-06-08. 
  32. "Death Toll in Ngawa Prefecture reaches 20,258 as of June 6, 18:00 CST" (dalam bahasa Chinese). Official website of Ngawa Prefecture Government. 2008-06-07. Diperoleh pada 2008-06-07. [pautan putus]
  33. "Earthquake Information of Deyang as of June 7, 19:00 CST" (dalam bahasa Chinese). Official website of Deyang Government. 2008-06-08. Diperoleh pada 2008-06-08. [pautan putus]
  34. "Guangyuan Government Held 20th News Conference for the Earthquake on June 7" (dalam bahasa Chinese). Official website of Guangyuan Government. 2008-06-08. Diperoleh pada 2008-06-08.