Makau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
中華人民共和國澳門特別行政區
Região Administrativa Especial de Macau
da República Popular da China

Wilayah Pentadbiran Khas Makau
Republik Rakyat China
Lagu: Perarakan Sukarelawan
Bandar Freguesia (penduduk) Freguesia de Nossa Senhora de Fátima
Bahasa rasmi Bahasa Cina (Bahasa Kantonis), Bahasa Portugis.[1]
Kerajaan
 -  Ketua Eksekutif Edmund Ho Hau-wah
Penubuhan
 -  Pos perdagangan Portugis 1557 
 -  Koloni Portugis 1 Disember 1887 
 -  Penyerahan kedaulatan 20 Disember 1999 
Kawasan
 -  Jumlah 28.6 km2 (tiada)
11.04 sq mi 
 -  Perairan (%) 0
Populasi
 -  2007 (suku pertama) (anggaran) 538,100[2] (ke-167)
 -  2000 (anggaran) 431,000
 -  Kepadatan 17,310/km2 (1)
44,784/sq mi
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah AS$17,600 juta (ke-99)
KDNK (nominal) 2007 anggaran
 -  Jumlah AS$15,997 juta (94th)
 -  Per kapita AS$36,357[3]
HDI (2004) 0.930 [4] (tinggi / 25th)
Mata wang Pataca Makau (MOP)
Zon waktu MST (UTC+8)
 -  Musim panas (DST) tiada (UTC)
Kod panggilan 853
Internet TLD .mo

Koordinat: 22°10′00″N, 113°33′00″E

Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau dimiliki Republik Rakyat China (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區; Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; tulisan pendek Makau, Macau atau Macao (澳門, Pinyin: Àomén; secara tidak formal juga dikenali sebagai 馬交); lihat Nama) merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas selain Hong Kong. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Makau telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Penduduk Makau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.

Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainan Pai Gow yang dimain dengan domino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dari Hong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatan feri daripada syarikat hidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Makau" dipercayai berasal daripada Templo de A-Má (Tokong A-Ma) (媽閣廟, Jyutping Kantonis: Maa1 Gok3 Miu6, dialek local: Maa5 Gok3 Miu6 or Maa5 Gok3 Miu5), suatu bangunan tugu peringatan yang dibina pada tahun 1448 yang didedikasi kepada tuhan Matsu. Bangunan ini masih wujud pada hari ini. Nama China Aomen 澳門 (pinyin: Àomén, Jyutping Kantonis: Ou3 Mun4) bermaksud 'pintu masuk'. 'Pintu' ini merujuk kepada dua gunung yang berbentukkan pagar, iaitu gunung Nantai (南台) dan Beitai (北台). Secara alternatif, Ao berasal daripada nama lama Heung San O, kerana daripada segi geografinya terletak 'di persimpangan pintu'. Makau juga dikenali sebagai Ho King O (壕鏡澳; pinyin: Haojing'ao; "Cermin Kerang Laut Di Dalam"), Heung San O (香山澳; Xiangshan'ao; "Gunung Wangi Di Dalam"), Lin Do (蓮島; Liandao; "Pulau Lotus"), dan "Pelabuhan Soda Berkarbonat" (疏打埠).

Sementara Àomén/Ou3 Mun4 adalah nama China yang tradisional bagi kawasan ini, ia menjadi suatu kebiasaan dikalangan orang China yang menetap disitu menggunakan nama Portugis meskipun dalam dialek Kantonis dengan menyebutnya sebagai Maa3 Gaau1 (sistem rumi Jyutping), yang secara langsung menjadikan ia ditulis sebagai 馬交 dalam tulisan China.

"Macao" merupakan ejaan asal Portugis, dan terus digunakan dalam kebanyakan bahasa Eropah. Dalam bahasa Portugis Moden (berlainan dengan bahasa Portugis tradisi yang dipercakapkan oleh orang Makau dan juga Portugis Kristang di Melaka, Malaysia), ejaan yang betul merupakan "Makau". Pada pertengahan abad ke-20, nama "Macau" lebih kerap muncul dalam media-media Inggeris. Akan tetapi, namanya yang rasmi dalam bahasa Inggeris tetap merupakan "Macao". Dalam bahasa Melayu pula, nama "Makau" diambil daripada bahasa Portugis.

Kerajaan Makau menggunakan nama "Macao" dalam bahasa Inggeris manakala "Macau" merupakan ejaan Portugis dan "Makau" merupakan ejaan Melayu. Inilah nama yang digunakan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti pasport dan borang imigresen.

Nama pinyin Aomen kadangkala digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada Makau, seperti ia merupakan ejaan rasmi Makau dalam bahasa Melayu. Ini adalah salah di sisi peraturan alih bahasa DBP dan "Makau" tetap merupakan nama rasmi kawasan ini dalam bahasa Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Makau

Makau diduduki Portugis pada tahun 1557, tidak lama selepas menawan Melaka pada tahun 1511 dan Timor Timur selepasnya. Bermula pada tahun 1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Makau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasai Belanda secara berkali-kali pada abad ke 17.

Selepas Rumah Braganza menawan semula Portugal daripada tangan Pemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun 1640, Makau dinobat sebagai Cidade do (Santo) Nome de Deus de Macau, Não há outra mais Leal atau Bandar yang mempunyai Nama Tuhan Makau, tiada lagi yang lebih setia.

Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Makau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Makau membuktikan bahawa Makau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

Dengan Hong Kong diambil oleh British dan dijadikan Jajahan Mahkota, status Makau sebagai pusat perdagangan serantau beransur-ansur luput kerana kapal-kapal lebih menyukai pelabuhan Victoria di Hong Kong yang lebih dalam. Pada tahun 1849, Portugal bertindak sendiri mengistiharkan Makau sebagai bebas daripada China. Akan tetapi kerajaan China yang menghadapi tekanan politik dalaman terpaksa mengiktiraf tindakan ini pada tahun 1887.

Pada tahun 1955, rejim Salazar di Portugal yang menumpaskan pemerintahan monarki di negara itu mengisytiharkan Makau bersama dengan jajahan lain Portugal sebagai 'provinsi seberang laut' Portugal.

Walaupun budaya orang Makau merupakan budaya campuran Portugis dan China, ini tidak selalunya menjadi secara amannya, Rakyat China di Makau cuba untuk mendirikan identitinya sendiri untuk menentang pemerintahan Portugal.

Pada tahun 1966, penduduk cuba mendapatkan lesen untuk mendirikan sekolah swasta di Taipa, satu daripada dua pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Makau. Selepas cubaan mendapat lesen ini gagal berkali-kali, mereka terus melanggar undang-undang dan mula membina sekolah itu. Pada tarikh 15 November 1966, polis Portugis menahan pentadbir sekolah dan memukul para pembina, penduduk awam, dan pemberita-pemberita akhbar. Sejerus selepas itu, rakyat mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Gabenor akan tetapi pada 3 Disember kerajaan mengarahkan mereka ditangkap. Ini menaikkan kemarahan rakyat dan lebih ramai lagi penduduk datang untuk menghadiri demonstrasi. Kerajaan Portugis menghantar polis dan mengistiharkan darurat. Demonstrasi ini menyebabkan 11 orang mati dan 200 cedera.

Untuk menentang secara aman, penduduk China mengadakan "tiga tidak", tidak kepada cukai, tidak kepada perkhidmatan, dan tidak kepada menjual barangan kepada Portugis. Mereka berjaya dan pada 29 Januari 1967 kerajaan Portugis meminta maaf. Ini menandakan bermulanya layanan sama rata terhadap semua dan pengakuan pemerintahan de facto China ke atas kawasan Makau.

Selepas pergelutan kuasa di Portugal berakhir pada tahun 1974, kerajaan Portugal menjadi demokrasi dan mahu melepaskan kesemua kawasan tahlukannya di seberang laut. Akan tetapi Republik Rakyat China tidak mahukan penyatuan semula Makau dengan China dalam masa yang singkat. Pada tahun 1976, Lisbon bersetuju menjadikan Makau sebagai Kawasan Istimewa dan menberikan ia kebebasan politik dan ekonomi. Portugal dan Republik Rakyat China bersetuju merujuk kepada Makau sebagai kawasan yang dimiliki China tetapi diperintah sahaja oleh Portugis. Perjanjian pada tahun 1985 memjanjikan pemulangan Hong Kong kepada China, dan perjanjian pemulangan Makau turut ditandatangani pada tahun 1987 dengan status Makau sebagai Kawasan Pentadbiran Khas RRC (Republik Rakyat China). Kawasan Pentadbiran Istimewa Wilayah Makau direalisasi pada tarikh 20 Disember 1999.

Kerajaan dan politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Makau

pengurus besar dipilih oleh kerajaan Republik Rakyat China selepas melalui komiti pilihanraya, yang ahlinya dicadangkan badan koperat. Pengurus besar berdepan kabinet, Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan koperat. Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan GabenorGeneral de Rocha Vieira on December 20, 1999.

Badan perwakilan kawasan ini merupakan Dewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihanraya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa meggubal cara suksessornya dilantik selepas tahun 2009.

Sistem kehakiman secara amnya diteraskan Sistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamai Mahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.

Divisi Pentadbiran di dalam Makau (Versi Bahasa Melayu akan ada pada masa akan datang)

Subdivisi[sunting | sunting sumber]

Rencana Utama: Bandar-bandar dan Kepulauan Makau

Secara pentadbirannya, Makau mempuyai dua divisi:

Walaupun "Daerah Utara", secara amnya, merujuk kepada keseluruhan semenanjung Makau, sesetengah penduduk Makau menggunakan nama "Daerah Utara" dengan makna yang lebih sempit. Ia merujuk kepada bahagian utara semenanjung Makau dan jirannya bandar Zhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Makau dengan melalui daerah utara.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Makau

Makau terletak 70 km di baratdaya Hong Kong dan 145 km selatan bandar Guangzhou di provinsi Guangdong. Ia meliputi semenanjung, dan kepulauan Taipa dan Coloane.

Semenanjung terbentuk dari Zhujiang (Sungai Mutiara) estuari di bahagian timur dan Xijiang (Sungai Barat) di bahagian barat. Ia bersempadan dengan bandar Zon Khas Ekonomi Zhuhai di tanah besar China.

Makau mempunyai tanah yang rata hasil pengambilan semula tanah daripada laut akan tetapi bukit-bukitnya menandakan kawasan yang semulajadi dahulukala. Semenanjung Makau pada mulanya merupakan suatu pulau tetapi dihubungkan dengan suatu bar pasir yang menjadi suatu isthmus yang sempit. Pengambilan semula tanah daripada laut yang bermula pada abad ke 17 menjadikan Makau suatu semenanjung.

Dengan penbangunan yang mendadak, Makau tidak lagi mempunyai kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Tiada lagi kawasan yang berpaya, hutan mahupun kawasan berkayu. Disebabkan masalah ini, penduduk Makau kini terpaksa mencari rezeki di lautan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Makau

Ekonomi Makau secara besarnya didasarkan pelancongan, termasuk berjudi, tekstil dan bunga api. Membuat tekstil dan bunga api merupakan sumber ekonomi kedua selepas perjudian. Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi mewujudkan beberapa industri lain seperti membuat alat permainan, bunga plastik, dan alatan elektrik. Industri membuat baju menyumbang sebanyak 3/4 eksport, dan sektor perjudian menyumbang sebanyak 40% daripada GDP Makau.

Lebih 8 juta pelancong melawat Makau pada tahun 2000. Sementara perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan didominasi pendatang tanah besar China, pelancong dari Hong Kong tetap menjadi sumber nombor satu pendapatan rakyat Makau. Baru-baru ini, aktiviti kongsi gelap yang menjadi masalah kepada kesihatan ekonomi beransur-ansur luput dan ini menandakan masa yang baik untuk ekonomi Makau pada masa akan datang. Pertumbuhan ekonomi diantara tahun 2001 dan 2005 menampakkan kenaikan 10% setiap tahun. GDP per kapita berjumlah sebanyak RM 85,956. Dalam separuh tahun pertama 2005, pengangguran adalah 4.1%.

Hasi perjudian kasino-kasino Makau pada tahun 2004 pada pertama kalinya mengatasi bandar Las Vegas di Amerika dengan setiap satunya memperoleh keuntungan lebih 5 billion dolar Amerika. Ini menjadikan Makau pusat perjudian yang paling utama di dunia!

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Makau

Dianggap sebagai wilayah tanggungan, Makau ialah negara atau wilayah tanggungan berpenduduk padat.

Populasi Makau merupakan 95% bangsa Han, kebanyakannya Kantonis dan sedikit Hakka, kedua-duanya berasal daripada provinsi Guangdong yang berhampiran. Yang tinggal kebanyakannya etnik Portugis atau berdarah campur Cina-Portugis, ataupun Orang Makau. Terdapat juga sedikit bangsa Jepun, termasuk warisan orang Jepun yang dibuang pemerintah Shogun Jepun terdahulu. Bahasa rasmi merupakan Bahasa Portugis dan Bahasa Cina. Walaupun kawasan Makau terletak di kawasan dialek Kantonis, kedua-dua dialek Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai status rasmi di facto. Bahasa Inggeris juga dipercakapkan di kawasan perlancongan. Bahasa Portugis Lama atau Patua merupakan bahasa yang hampir pupus di kawasan ini.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya Makau

Lain-Lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hukum Asas Makau menyatakan bahawa bahasa-bahasa rasminya adalah "Bahasa Cina dan Portugis". Ia tidak menyatakan dengan jelas piawai bahasa Cina yang mana patut digunakan. Walaupun bahasa Mandarin dan tulisan Cina Mudah digunakan dengan meluas di Tanah Besar China, bahasa Kantonis dan tulisan Cina Tradisional telah lebih lama bertapak di Makau.
  2. "Anggaran jumlah penduduk" (dalam bahasa Inggeris). Direktorat Perkhidmatan Perangkaan dan Bancian (DSEC). Diperoleh pada 2008-09-16. 
  3. "KDNK dan KDNK per kapita". DSEC. Diperoleh pada 2008-09-16.  Unknown parameter |languauge= ignored (bantuan)
  4. "2008 Makau dalam Angka" (dalam bahasa Inggeris). DSEC. Diperoleh pada 2008-09-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Government
General information
Travel
Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Macau.
Special Education and Child Development