Gordon Brown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Right Honourable
 Gordon Brown
 MP
Gordon Brown

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
27 Jun 2007
Raja Elizabeth II
Didahului oleh Tony Blair

Tempoh berjawat
2 Mei 1997 – 27 Jun 2007
Perdana Menteri Tony Blair
Didahului oleh Kenneth Clarke
Digantikan oleh Alistair Darling

Ahli Parlimen
bagi kawasan Kirkcaldy dan Cowdenbeath
Dunfermline East (1983 – 2005)
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
9 Jun 1983
Didahului oleh New constituency
Majoriti 18,216 (43.6%)

Tarikh lahir 20 Februari 1951 (umur 61)
Tempat lahir Govan, Glasgow, Scotland, UK
Kerakyatan British
Parti politik Labour
Pasangan Sarah Brown
Anak Jennifer Jane (meninggal dunia), John Macaulay dan James Fraser
Tempat tinggal 10 Downing Street (official)
North Queensferry (private)[1]
Alma mater Universiti Edinburgh
Pekerjaan Ahli Politik
Profesion Akademi
Pemberita
Agama Church of Scotland
Tandatangan Gordon Brown's signature
Laman web Government Website

James Gordon Brown merupakan Perdana Menteri ke-52 dan terkini United Kingdom, Menteri Perkhidmatan Awam, Ahli Parlimen Kirkcaldy dan Cowdenbeath serta ketua Parti Buruh UK.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Brown menyandang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun (2 Mei 1997 hingga 27 Jun 2007), iaitu tempoh yang paling lama sejak Nicholas Vansittart (1812 hingga 1823).

Isi kandungan

[sunting] Pemilihan ke Parlimen dan pembangkang

Gordon Brown diundi sebagai Ahli Parlimen Parti Buruh Dunfermline Timur pada 1983 dan menjadi jurucakap parti pembangkang bagi Perdagangan dan Industri pada 1985. Pada 1986, Brown menulis biografi ahli politik dari Parti Buruh Bebas (Independent Labour Party) James Meaxton sebagai tesis Ph.D.nya. Brown menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bayangan dari 1987 hingga 1989 dan Setiasuaha Perdagangan dan Industri Bayangan sebelum menjadi Canselor Kewangan Bayangan pada 1992.

Selepas kematian ketua Parti Buruh John Smith pada 1994, Brown dijangka oleh ramai akan mengambil alih jawatan itu. Namun, Brown dikatakan telah membuat perjanjian rahsia engan Tony Blair di sebuah restoran di Islington, London. Blair menjanji akan memberi kebebasan kepada Brown mengawal dasar ekonomi Britain jika Brown tidak bersaing dengannya dalam pemilihan ketua Parti Buruh 1994. Sejak perjanjian itu, Blair dan Brown telah mengamalkan kerjasama yang rapat hinggalah 2007 walaupun dikatakan sering bertelingkah di belakang mata awam.

[sunting] Canselor Kewangan

Kemenangan Parti Buruh dalam pilihanraya 1997 telah membawa kepada pelantikan Brown sebagai Canselor (Menteri) Kewangan Britain di bawah Perdana Menteri Blair. Tempoh perkhidmatannya yang panjang telah melihat pertumbuhan ekonomi yang bertahan yang paling lama dalam sejarah United Kingdom.

[sunting] Perdana Menteri

Pada 27 Jun 2007, Blair meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 10 tahun memimpin Britain. Beliau digantikan oleh Gordon Brown.

Pada 6 Mei 2010, beliau kalah dalam Pilihan raya Britain 2010. Beliau tidak disukai kerana berimej kaku, panas baran, tidak sabar dan jarang tersenyum berbanding David Cameron dan Nick Clegg. Undi spontan selepas debat terbuka yang disiar secara langsung melalui televisyen mendapati Gordon Brown tewas.

'Isu Bigotgate' turut menyebabkan parti beliau tewas. Namun beliau menang di kawasanya di Kirkcaldy, Scotland.[2]

[sunting] Rujukan

  1. MacLeod, Catherine. "Brown to work from home", The Herald, Newsquest, 2007-08-14. Dicapai pada 2008-03-01. 
  2. Gordon Brown gagal pikat pengundi

[sunting] Pautan luar


Persondata
NAMA Brown, James Gordon
NAMA LAIN Brown, Gordon
HURAIAN RINGKAS Politician
TARIKH LAHIR 1951-02-20
TEMPAT LAHIR Govan, Glasgow, Scotland
TARIKH KEMATIAN
TEMPAT KEMATIAN

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain