Harold Wilson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harold Wilson
Dodwilson.JPG

Tempoh jawatan
16 Oktober 1964 – 19 Jun 1970
4 Mac 19745 April 1976
Didahului oleh Sir Alec Douglas-Home
Edward Heath
Diganti oleh Edward Heath
James Callaghan

Lahir 11 Mac 1916
Huddersfield, Yorkshire Barat, England
Meninggal dunia 24 Mei 1995
London
Parti politik Buruh


James Harold Wilson, Baron Wilson dari Rievaulx (11 Mac 191624 Mei 1995) ialah salah satu ahli politik British abad ke-20 yang paling terkenal. Beliau memenangi lebih banyak pilihan raya berbanding mana-mana satu Perdana Menteri United Kingdom abad ke-20 yang lain — iaitu empat pilihan raya umum pada tahun 1964, 1966, serta Februari dan Oktober 1974 — walaupun kebanyakannya tanpa majoriti atau tanpa majoriti besar. Wilson dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu ahli politik sezaman yang lebih intelektual.


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Huddersfield, England pada tahun 1916, Wilson adalah anak kepada Herbert, seorang yang amat aktif dalam Parti Liberal sebelum menyertai Parti Buruh. Selepas memenangi biasiswa, Wilson menyertai Sekolah Menengah Royds Hall di tempat asalnya itu. Apabila ayahnya diberhentikan kerja sebagai ahli kimia perindustrian, akibat pengurangan tenaga kerja, dan berpindah ke Spital, Wirral untuk mencari pekerjaan, beliau belajar Tingkatan Enamnya di Sekolah Menengah Lelaki Wirral pada tahun 1932. Semasa di sekolah ini, beliau menjadi Ketua Pengawas.

Wilson mencapai keputusan yang baik di sekolah dan memenangi biasiswa untuk belajar sejarah di Kolej Jesus, Universiti Oxford pada tahun 1934. Di Oxford, Wilson menyertai Parti Liberal dan agak aktif dalam politik, tetapi kemudian dipengaruhi oleh G. D. H. Cole untuk menyertai Parti Buruh. Selepas tahun pertama di universiti, Wilson menukarkan kursusnya kepada Falsafah, Politik, dan Ekonomi dan kemudian, memperoleh ijazah kelas pertama yang cemerlang.

Wilson menerusi bidang akademi, dan menjadi salah seorang pensyarah yang paling muda di Universiti Oxford. Beliau merupakan pensyarah Ekonomi di Kolej Baru pada tahun 1937 dan pensyarah Sejarah Ekonomi di Kolej Universiti pada tahun 1938. Untuk sebahagian besar masa pada tempoh ini, beliau merupakan pembantu penyelidik kepada William Beveridge yang sedang membuat kajian terhadap pengangguran dan kitaran perdagangan.

Apabila Perang Dunia II tercetus, Wilson sukarela mendaftar bagi menyertai perang tetapi dikelaskan sebagai pakar dan dipindahkan ke Perkhidmatan Awam. Kebanyakan masanya ketika perang ini dihabiskan sebagai ahli statistik dan ekonomi untuk industri arang batu. Beliau menjadi Pengarah Ekonomi dan Statistik di Kementerian Bahan Api dan Kuasa antara tahun 1943-1944. Wilson amat ghairah akan statistik pada seumur hidupnya. Sebagai Presiden Lembaga Perdagangan, beliau merupakan daya penggerak untuk Akta Statistik Perdagangan 1947 yang kini masih merupakan pihak berkuasa undang-undang yang digunakan untuk mengumpulkan kebanyakan statistik ekonomi di Great Britain.

Leluhur[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "James Harold Wilson". Edwardjdavies.info. Diperoleh pada 26 September 2011. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak bibliografi mengenai Harold Wilson. Dia merupakan pengarang sejumlah buku. Dia merupakan subjek banyak bibliografi (bagi penulisan ringan dan serius) dan analisa akademik bagi kerjaya dan pelbagai aspek polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya. Dia ditonjolkan dalam banyak buku "jenaka". Dia merupakan Perdana Menteri semasa apa yang dikenali sebagai era Ayunan London "Swinging London" 1960-an, dan dengan itu ditonjolkan dalam banyak buku mengenai tempoh ini dalam sejarah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Perdana Menteri United Kingdom Flag of the United Kingdom
Great Britain: Walpole · Wilmington · Pelham · Newcastle · Devonshire · Newcastle · Bute · G Grenville · Rockingham · Chatham (Pitt-Tua) · Grafton · North · Rockingham · Shelburne · Portland · Pitt (Muda)

United Kingdom: Addington · Pitt (Muda) · W Grenville · Portland · Perceval · Liverpool · Canning · Goderich · Wellington · Grey · Melbourne · Peel · Melbourne · Peel · Russell · Derby · Aberdeen · Palmerston · Derby · Palmerston · Russell · Derby · Disraeli · Gladstone · Disraeli · Gladstone · Salisbury · Gladstone · Salisbury · Gladstone · Rosebery · Salisbury · Balfour · Campbell-Bannerman · Asquith · Lloyd George · Bonar Law · Baldwin · MacDonald · Baldwin · MacDonald · Baldwin · Chamberlain · Churchill · Attlee · Churchill · Eden · Macmillan · Douglas-Home · Wilson · Heath · Wilson · Callaghan · Thatcher · Major · Blair · Brown · Cameron