Margaret Thatcher
| Rencana ini ialah mengenai orang yang baru sahaja meninggal dunia. Maklumat mungkin berubah mengikut perkembangan terkini. |
| The Right Honourable Margaret Thatcher LG OM PC FRS |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 4 Mei 1979 – 28 November 1990 |
|
| Raja | Elizabeth II dari United Kingdom |
|---|---|
| Timbalan | William Whitelaw (1979-88) Geoffrey Howe (1989-90) |
| Didahului oleh | James Callaghan |
| Digantikan oleh | John Major |
|
|
|
| Tempoh berjawat 11 Februari 1975 – 4 Mei 1979 |
|
| Perdana Menteri | Harold Wilson James Callaghan |
| Monarki | Elizabeth II |
| Didahului oleh | Edward Heath |
| Digantikan oleh | James Callaghan |
|
Ketua Parti Konservatif
|
|
| Tempoh berjawat 11 Februari 1975 – 28 November 1990 |
|
| Didahului oleh | Edward Heath |
| Digantikan oleh | John Major |
|
Menteri Pendidikan
|
|
| Tempoh berjawat 20 Jun 1970 – 4 Mac 1974 |
|
| Perdana Menteri | Edward Heath |
| Didahului oleh | Edward Short |
| Digantikan oleh | Reginald Prentice |
|
|
|
| Tempoh berjawat 8 Oktober 1959 – 9 April 1992 |
|
| Didahului oleh | John Crowder |
| Digantikan oleh | Hartley Booth |
|
|
|
| Tarikh lahir | 13 Oktober 1925 |
| Tempat lahir | Grantham, Lincolnshire, England, UK |
| Meninggal | 8 April 2013 (umur 87) London, England, UK |
| Parti politik | Parti Konservatif |
| Pasangan | Sir Denis Thatcher, Bt. (1951–2003, mati) |
| Anak | Carol Thatcher Mark Thatcher |
| Alma mater | Kolej Somerville, Oxford Inns of Court |
| Profesion | Ahli kimia Peguam |
| Agama | Gereja England Methodisme (1925–1951) |
| Tandatangan | Tandatangan Margaret Thatcher |
Margaret Hilda Thatcher, Baroness Thatcher (née Roberts, 13 Oktober 1925 – 8 April 2013) ialah seorang ahli politik Parti Konservatif (UK) yang menjadi Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Dengan tempoh melebihi 11 tahun, beliau merupakan Perdana Menteri British yang paling lama perkhidmatannya dalam abad ke-20 serta wanita yang tunggal, baik untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri British mahupun sebagai ketua kepada salah satu parti politik yang utama di United Kingdom.
Isi kandungan |
Kehidupan awal [sunting]
Dilahirkan di Lincolnshire, England kepada Alfred Roberts, seorang pemilik kedai runcit serta ahli majlis perbandaran (sehingga 1952), Margaret menyertai sekolah menengah di Kesteven dan kemudian mengambil kursus kimia di Kolej Somerville, Universiti Oxford pada tahun 1944. Beliau memperoleh ijazah kelas kedua, dan bertugas sebagai penyelidik kimia di sektor swasta.
Dalam pilihan raya umum pada tahun 1950 dan 1951, Margaret bertanding di Dartford, kawasan kubu Parti Buruh, dan merupakan calon wanita Parti Konservatif yang paling muda ketika itu. Semasa aktif dalam Parti Konservatif di Kent, beliau bertemu dengan Sir Denis Thatcher, seorang usahawan yang kaya, dan mereka berkahwin pada tahun 1951. Margaret kemudian menyertai kursus undang-undang dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1953 ketika berumur 28 tahun, iaitu tahun yang beliau melahirkan Carol dan Mark, anak-anak kembarnya.
Kerjaya politik [sunting]
Selepas dua kali ditewaskan di Dartford, Margaret mencuba mencari kerusi Konservatif yang selamat untuk pilihan raya umum pada tahun 1959, tetapi ditolak banyak kali sebelum akhirnya dipilih untuk kawasan Finchley. Dalam pilihan raya tersebut, beliau menang dengan mudah, dan menjadi ahli Dewan Rakyat ketika berumur 34 tahun.
Parti Konservatif kalah dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 dan apabila Sir Alec Douglas-Home meletakkan jawatannya, Margaret menyokong Edward Heath dalam pemilihan pucuk pimpinan. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1970, Parti Konservatif menang semula, dan Edward Heath mengganjar Margaret dengan jawatan Menteri Pelajaran.
Selepas kekalahan Konservatif dalam pilihan raya umum pada Februari 1974, Margaret bersetuju dengan Sir Keith Joseph serta Pusat Kajian Dasar (CPS) bahawa Kerajaan Heath telah hilang kawalan dasar kewangan selepas membuat perubahan yang berlawanan pada tahun 1972. Selepas parti Konservatif kalah sekali lagi dalam pilihan raya umum semula pada Oktober 1974, Joseph memutuskan untuk mencabar kepimpinan tetapi kemudian menarik diri. Margaret kemudian memutuskan untuk menyertai pertandingan itu bagi pihak puak Joseph/CPS.
Tanpa disangka, Margaret menewaskan Health dalam pengundian yang pertama, dan William Whitelaw, pewaris pilihan Heath, dalam pengundian yang kedua dan dengan itu, menjadi ketua Parti Konservatif pada 11 Februari 1975 ketika berumur 50 tahun. Margaret melantik Whitelaw sebagai timbalannya. Heath yang terpaksa melepaskan kepimpinannya berasa marah dan kecewa terhadap Margaret kerana memperlihatkan perlawanan ini sebagai suatu ketidaksetiaan terhadapnya.
Pada 19 Januari 1976, Margaret membidas Kesatuan Soviet dengan pedas ketika membuat ucapan di Dewan Perbandaran Kensington:
"Rusia berkeras ingin mencapai penguasaan dunia dan dengan cepatnya, mereka telah memperoleh cara untuk menjadi negara empayar yang paling berkuasa di dunia. Orang-orang di Politburo Soviet tidak perlu bimbang tentang pasang surut pendapat umum. Mereka mengutamakan senjata api berbanding mentega, sedangkan kami mengutamakan hampir semua benda kecuali senjata api."
Sebagai tindak balas, Krasnaya Zvezda ("Bintang Merah"), akhbar Kementerian Pertahanan Soviet memberikan nama samaran, "Wanita Besi" kepada Margaret. Margaret suka akan nama ini yang kemudian dikaitkan kepada peribadinya yang tabah serta tidak goyah.
Pada tahun 1979, Kerajaan Buruh menghadapi masalah-masalah pertikaian perindustrian, mogok, pengangguran dan perkhidmatan awam. Dalam Pilihan Raya Umum pada tahun ini, Parti Konservatif memenangi satu majoriti sebanyak 43 kerusi dalam Dewan Rakyat, dan Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di United Kingdom.
Akibat krisis dalaman parti, Thatcher meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif dan Perdana Menteri UK pada 28 November 1990. Beliau digantikan oleh menteri kewangannya John Major.
Kematian [sunting]
Thatcher meninggal dunia pada 8 April 2013 di The Ritz Hotel di London selepas mengalami angin ahmar.[1][2] Beliau telah tinggal di suite di hotel itu sejak Krismas setelah mengalami masalah dengan tangga di rumahnya di Chester Square.[3] Beliau memang telah mengalami masalah kesihatan selama beberapa tahun.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Margaret Thatcher dies of stroke aged 87". Dicapai pada 8 April 2013.
- ↑ "Obituary". Margaret Thatcher Foundation. 8 April 2013. http://www.margaretthatcher.org/archive/MTobit.asp. Capaian 8 April 2013.
- ↑ "Margaret Thatcher: final moments in hotel without her family by her bedside". Dicapai pada 8 April 2013.
- ↑ "Ex-Prime Minister Baroness Thatcher dies". BBC News. http://www.bbc.co.uk/news/uk-politics-22067155. Capaian 8 April 2013.
Pautan luar [sunting]
| Ketahui lebih lanjut tentang Margaret Thatcher di projek saudara Wikipedia: | |
| Takrifan dari Wikikamus |
|
| Imej dan media dari Commons |
|
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
|
| Berita dari Wikiberita |
|
| Petikan dari Wikipetikan |
|
| Teks sumber dari Wikisumber |
|
| Buku teks dari Wikibuku |
|
| Perdana Menteri United Kingdom | |
|---|---|
| Great Britain: Walpole · Wilmington · Pelham · Newcastle · Devonshire · Newcastle · Bute · G Grenville · Rockingham · Chatham (Pitt-Tua) · Grafton · North · Rockingham · Shelburne · Portland · Pitt (Muda)
United Kingdom: Addington · Pitt (Muda) · W Grenville · Portland · Perceval · Liverpool · Canning · Goderich · Wellington · Grey · Melbourne · Peel · Melbourne · Peel · Russell · Derby · Aberdeen · Palmerston · Derby · Palmerston · Russell · Derby · Disraeli · Gladstone · Disraeli · Gladstone · Salisbury · Gladstone · Salisbury · Gladstone · Rosebery · Salisbury · Balfour · Campbell-Bannerman · Asquith · Lloyd George · Bonar Law · Baldwin · MacDonald · Baldwin · MacDonald · Baldwin · Chamberlain · Churchill · Attlee · Churchill · Eden · Macmillan · Douglas-Home · Wilson · Heath · Wilson · Callaghan · Thatcher · Major · Blair · Brown |