HMS Repulse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS Repulse
HMS Repulse pada 1920-an
Karier (UK) Panji RN
Nama: HMS Repulse
Pesanan: 30 Disember 1914
Pembina: John Brown & Company, Clydebank, Scotland
Dibaringkan pada: 25 Januari 1915
Dilancarkan pada: 8 Januari 1916
Ditauliahkan pada: 18 Ogos 1916
Moto: Qui Tangit Frangatur
"Sesiapa yang menyentuh saya akan terhenti"
Nasib: Karam akibat serangan udara Jepun di Tanah Melayu pada 10 Disember 1941
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: Penjajap tempur kelas Renown
Sesaran: 31,592 tan
Panjang: 794 ka 2.5 in (242.075 m)
Lebar: 89 ka 11.5 in (27.419 m)
Drauf: 29 ka 8 in (9.04 m)
Pendorongan: Turbin pacuan langsung, 4 aci, 112,000 hp (83.5 MW)
Kelajuan: 31.7 knot (59 km/j)
Jarak: 3,650 batu
Kelengkapan: 1,181 pegawai dan kelasi
Persenjataan: 6 × 15 inci (381 mm) (3×2)
9 × 4 inci (102 mm) low angle (3×3)
8 × 4 inci (102 mm) AA (2×2, 4×1)
24 × 2-pdr (40 mm) pom-pom (3×8)
8 × 20 mm AA (8×1)
8 × 21 inch (533 mm) torpedo tubes
Pesawat dibawa: 4 × Blackburn Shark, digantikan dengan Fairey Swordfish pada 1939
Kemudahan penerbangan: 1 pelancar dua-hujung

HMS Repulse ialah sebuah penjajap tempur British yang dibina John Brown and Company untuk Royal Navy. Kapal ini dilancarkan pada 1916, tetapi tidak sempat untuk menyertai Pertempuran Jutland semasa Perang Dunia I. Semasa Perang Dunia II, kapal ini digunakan untuk menyekat kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Kapal ini dikaramkan berdekatan antara Pahang dan Terengganu besama-sama dengan HMS Prince of Wales oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

HMS Repulse merupakan kapal penjajap tempur kelas Renown, kedua terakhir yang dibina oleh John Brown and Company, Clydebank, Scotland, bagi Royal Navy. Ia pada asalnya bertujuan sebagai unit kapal tempur kelas Revenge, tetapi diarah mengubah reka bentuk. Ia dilancarkan pada 1916, terlalu lewat bagi mengambil bahagian dalam Pertempuran Jutland, tetapi juga terlalu awal untuk memasukkan pelajaran yang di dapati dari pertempuran tersebut. Masih sempat untuk mengambil bahagian dalam Perang Dunia I, pada September 1916, ia menyertai Armada Agung - (Grand Fleet) sebagai kapal pemerintah bagi Skuardon penjajap tempur 1, United Kingdom.

Perkhimatan dalam Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Repulse pertama kali terbabit dalam pertempuran pada 17 November 1917 dalam Pertempuran Kedua Heligoland Bight. Diperintah oleh Kapten William "Ginger" Boyle ia bertempur sekejab dua kapal tempur Jerman, SMS Kaiser dan SMS Kaiserin, sebelum mereka berundur. Pada bulan berikutnya, Repulse rosak dalam perlanggaran dengan penjajap tempur HMAS Australia.

Tahun-tahun antara perang[sunting | sunting sumber]

Kelasinya mengangap ia sebagai kapal yang sering memerlukan pembaik pulih, di digelar nama gelaran Baiki - HMS Repair. Kapal sejenisnya, Renown, digelar Pulih - HMS Refit. Pembinaan semula Repulse' berlaku antara 1918 hingga 1920. Unsur utama pembinaan semula itu adalah menggantikan lereng perisai 6 inci (152 mm) dengan 9 inci (229 mm) dan tambahan seksyen 6 inci (152 mm) di atasnya sebagai tambahan kekawasan yang tidak berperisai sebelumnya. Bersama dengan gelembung anti-torpedo dipertingkat ini bererti tambahan perisai sebanyak 4,300 tan. Tiub pelancar torpedo bawah airnya dialih dari bawah ke atas geladak.

Repulse sebagaimana pada 1919

Pada 1924-1925, campuran meriam dongakan rendah 4 inci (102 mm) dan dongakan tinggi 3 inci (76 mm) ditukar kepada meriam dongakan tinggi 4 inci (102 mm). Juga dimasukkan peningkatan kepada persenjataan anti-kapal terbang, dan kemudahan bagi pesawat pemerhati.

Peningkatan terakhir utama adalah antara 1933-1936 apabila ia dipasang lebih perisai dan meriam anti-pesawat tambahan (2 pdr meriam Pom-Pom (40 mm) dan 0.5 inci (12.7 mm) mesingan Vickers) dan lastik pesawat dengan dua hangar. Pada awalnya pesawat yang digunakan adalah pesawat terapung Blackburn Shark (digantikan pada 1939 dengan Fairey Swordfish dan sekali lagi pada 1941 dengan Supermarine Walrus). Selepas peningkatan ia pergi ke Mediterranean, menyertai tugas Rondaan Berkecuali Sepanyol. Pada Julai 1938 ia hadir di Haifa, semasa kebangkitan Palestinian semasa musim panas itu. John Henry Godfrey merupakan Kaptennya sehingga di dilantik sebagai Direktor Perisikan Tentera laut pada 1939.

Perkhidmatan dalam Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Selepas meletusnya Perang Dunia II pada 1939, Repulse beroperasi dengan pelbagai kumpulan memburu yang dibentuk bagi memburu penjarah perdagangan (commerce raider) Jerman. Bagaimanapun ia tidak pernah bertempur dengan mana-manapun. Pada Disember, ia melaksanakan tugas pengiring bagi pengangkut tentera antara Kanada dan Britain. Pada permulaan Kempen Berikat di Norway Repulse terbabit memasang ranjau bagi pasukan British. Pada Julai, 1940, apabila Glowworm tenggelam ketika menyerang Admiral Hipper, Repulse terbabit dalam pencarian, tetapi gagal bertembung. Pada akhir kempen, semasa pengunduran tentera British, akibat kebimbangan penjajahan Iceland sedang berlangsung, Repulse dikeluarkan dari tugas melindungi konvoy Norway bagi mencari pasukan penjajah. Sebenarnya, tiada penjajahan yang berlaku. Selepas itu Repulse kembali bagi tugas melindungi konvoi sepanjang awal 1941.

Pada Januari 1941, Repulse terbabit dalam pemburuan penjajap tempur Jerman Scharnhorst dan Gneisenau. Pada May, ia terbabit dalam pengejaran Bismarck. Pada awalnya dijadualkan bagi mengiring konvoy WS-8B ke Timur Tengah mengelilingi Afrika, Repulse beroperasi sebagai sebahagian Armada Rumah (Home Fleet), tetapi dikeluarkan dari badan utama sebelum pertempuran kerana kebimbangan pengulangan kehilangan HMS Hood dan akibat kekurangan bahan api.

Pada Ogos, ia dipindahkan ke Cape Town, Afrika Selatan, dan pada Oktober, ia dipindahkan ke India, dan tiba di sana pada 28 Oktober.

Pasukan Z[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1941, ketika ancaman perang dengan Jepun tersergam semakin besar, Repulse dikeluarkan ke Timur Jauh sebagai penghalang Jepun dari menjadi aggresif. Pasukan ini, telah lama dibayangkan dalam rancangan starategik Admiralti sebagai armada tempur besar direka untuk bertindak sebagai Armada wujud dan pengimbang kepada niat Jepun, akhirnya dihantar ke Singapura sebagai skuardon kekuatan rendah. Ketidak upayaannya untuk bertindak sebagai penghindar tidak lama lagi terdedah.

Pada awalnya dinamakan sebagai Pasukan G (Force G), skuardon ini dihantar tanpa kapal induk yang dirancang ke Singapore. Tidak lama selepas meletus perang di Pasifik pada 8 Disember 1941, Repulse meninggalkan Singapura diiringi oleh unsur utama lain bagi Armada Timur, kapal tempur pantas HMS Prince of Wales, dan 4 pembinasa, bagi cuba dan memintas konvoi penjarah Jepun menghala ke arah British Malaya.

Komandar armada (dikenali sebagai Force Z), Laksamana Sir Tom Philips, mengibarkan benderanya di Prince of Wales, mengetahui bahawa pasukan British tidak dapat menjamin perlindungan udara bagi pasukannya, tetapi memilih untuk terus juga kerana dia memikirkan bahawa pasukan Jepun tidak dapat beroperasi sebegitu jauh dari daratan, dan dia turut merasakan bahawa kapalnya agak kebal dari kerosakan maut melalui serangan udara, kerana sehingga itu, tiada kapal utama di laut telah ditenggelamkan melalui serangan udara. Unit terbesar yang ditenggelamkan oleh pesawat udara sehingga tempoh ini adalah penjajap berat.

HMS Repulse meninggalkan SIngapura

Bagaimanapun, pada 10 Disember 1941, selepas gagal menjumpai sebarang pasukan penjarah Jepun, dan berpatah keselatan, pesawat udara Jepun dilihat. Armada itu diserang oleh 86 pesawat udara Jepun dari 22nd Air Flotilla bertempat di Saigon, yang attacked both Prince of Wales and Repulse. Dalam serangan yang berlangsung, Repulse dikendalikan dengan baik oleh Kaptennya, Bill Tennant, yang berjaya mengelak beberapa serangan torpedo. Bagaimanapun nasib Repulse tidak bertahan dan ia terperangkap dalam serangan penyepit yang diselaraskan dengan baiknya oleh juruterbang Jepun dan terkena hentaman empat hingga lima torpedo secara berturut-turut.

HMS Repulse telah dirobek maut dan mula senget kesebelah kanan (port) bagi tempoh sekitar enam minit. Ia jelas bahawa ia akan tenggelam, dan tenggelam dengan pantasnya, menyebabkan Tennant memerintah meninggalkan kapal. Repulse akhirnya terbalik dan tenggelam pada 12:23. Cerita mengenai penenggelaman Repulse diceritakan dalam buku 1942, Suez to Singapore, ditulis oleh pemberita perang (CBS Radio) Cecil Brown.[1]

Sungguhpun ia merupakan sebuah kapal yang lebih lama berbanding Prince of Wales, Repulse terselamat hentaman bom dan berjaya mengelak 19 topedo sebelum tenggelam dalam tempoh 20 minit selepas terkena 4 hentaman torpedo. Bagaimanapun, tidak seperti Prince of Wales, apabila Repulse's tenggelam ia jauh lebih cepat dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Prince of Wales (depan, kiri) dan Repulse (kiri, belakang) di bawah serangan udara Jepun pada 10 Disember 1941. Sebuah pembinasa, samaada HMS Electra atau Express, bergerak di hadapan.

Kapal pembinasa [[HMS Electra (H27) dan [[HMAS Vampire (D68) bergerak untuk menyelamatkan yang terselamat dari Repulse, sementara Express menyelamat mereka dari Prince of Wales. Sungguhpun selepas diselamatkan, sesetengah yang terselamat dari Repulse mengendali Stesyen Tindak ('Action Stations) di Electra, untuk membebaskan pelaut Electra untuk menyelamatkan lebih ramai orang. Khususnya, jurutembak Repulse mengendali 'X' dan 'Y' 4.7 inci tenggekan, dan doktor gigi kapal Repulse membantu pasukan perubatan Electra dengan mereka yang tercedera. Keseluruhannya, 1,285 kakitangan Repulse diselamatkan, dari mana 571 diselamatkan oleh Electra; 327 mati. Electra dan kapal pembinasa lain kemudiannya kembali ke Singapura untuk menurunkan yang terselamat. Penengelaman kapal Repulse dan Prince of Wales oleh serangan udara menunjukkan bahawa kapal utama terdedah kecuali dilindungi oleh kapal terbang dari daratan atau dari kapal induk.

Tapak penengelaman dinamakan Tempat Dilindung 'Protected Place' pada 2001 di bawah Akta Perlindungan Peninggalan Tentera 1986 - (Protection of Military Remains Act 1986), hanya sebelum ulang tahun ke-60 penengelamannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
  1. Bernstein, Mark and Lubertozzi, Alex. World War II on the Air, (Google Books), SourceBooks, Inc.: 2003, p. 129, (ISBN 1-4022-0247-4). Retrieved 24 November 2007.
Bibliography
  • Siegfried Breyer, Battleships and Battlecruisers 1905-1970 (Doubleday and Company; Garden City, New York, 1973) (originally published in German as Schlachtschiffe und Schlachtkreuzer 1905-1970, J.F. Lehmanns, Verlag, Munchen, 1970). Contains various line drawings of the ship as designed and as built.
  • John Roberts, Battlecruisers (Chatham Publishing, London, 1997) ISBN 1-55750-068-1
  • Martin Middlebrook and Patrick Mahoney, Battleship: The Sinking of the Prince Of Wales and the Repulse, (Charles Scribner's Sons, New York, 1979)
  • Military Heritage did a feature on the Repulse and its sinking (Joseph M. Horodyski, Military Heritage, December 2001, Volume 3, No. 3, pp.69 to 77)
  • Alan Matthews, Sailors' Tales: Life Onboard HMS Repulse During World War Two ISBN 0-9531217-0-4

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]