Hillary Rodham Clinton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hillary Rodham Clinton
Hillary Rodham Clinton.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
3 Januari 2001
Berkhidmat bersama Charles Schumer
Didahului oleh Daniel Patrick Moynihan
Diganti oleh Masih berkhidmat (2013)

Tempoh jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
Didahului oleh Barbara Bush
Diganti oleh Laura Bush

Bangsa Amerika Syarikat
Parti politik Parti Demokrat
Pasangan Bill Clinton
Anak Chelsea Clinton
Alma mater Wellesley College
Yale University
Profesion Peguam, ahli politik
Religion United Methodist
Tandatangan

Hillary Diane Rodham Clinton (lahir 26 Oktober 1947) merupakan seorang Senator Amerika Syarikat dari New York. Beliau merupakan antara calon Parti Demokrat dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008. Hillary bagaimanapun tewas kepada Barack Obama dalam pemilihan calon presiden daripada Parti Demokrat pada tahun 2008.

Suaminya ialah Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42 dari 1993 ke 2001.

Sejarah hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hillary Diane Rodham dilahirkan di Chicago, Illinois. Bapanya bernama Hugh Rodham dan ibunya Dorothy Emma Howell Rodham. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lelaki, Hugh dan Tony.

Beliau bersekolah di Maine High School dan Maine South High School. Pada tahun 1965, beliau masuk ke Wellesley College di Massachusetts.

Pada tahun 1969, Hillary melanjutkan pelajaran di Yale Law School dan menerima iajazah Juris Doctor (J.D.) dari Yale pada tahun 1973. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan pasca ijazah berkenaan dengan kanak-kanak dan perubatan di Yale Child Study Center.

Perkahwinan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Semasa bekerja sebagai ahli fakulti di Sekolah Undang-Undang Universiti of Arkansas, beliau berkahwin dengan Bill Clinton yang pada masa itu bekerja dalam fakulti di universiti yang sama. Mereka berdua telah mengenali sesama sendiri dan adalah rakan sekelas di Yale Law School. Satu-satunya anak mereka adalah Chelsea Clinton yang lahir pada 27 Februari 1980.


Wanita Pertama Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Beliau cuba mengubah sistem kesihatan ketika menjadi Wanita Pertama. Sesetangah orang tidak sukakannya kerana perancangan dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. Akhirnya, rancangan pembaharuan ditinggalkan kerana tentangan dari orang ramai.

Satu lagi kontroversi semasa beliau menjadi Wanita Pertama adalah skandal Bill Clinton dengan Monica Lewinsky. Saat-saat ini memberi tekanan kepada perkahwinan beliau apabila Bill Clinton terpaksa melalui pendakwaan dan dituduh menipu dalam mahkamah.


Memasuki politik[sunting | sunting sumber]

Hillary mengambil keputusan untuk menjadi Senator dan memilih New York sekalipun beliau tidak pernah tinggal di sana. Beliau menang dalam pilihanraya dan juga bagi pemilihan kedua pada tahun 2006.

Kempen Presiden 2008[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah calon Presiden bagi Parti Demokrat untuk tahun 2008 bersama-sama dengan Barrack Obama.

Buku dan penulisan lain[sunting | sunting sumber]

  • It Takes a Village: And Other Lessons Children Teach Us, 1996
  • Dear Socks, Dear Buddy: Kids' Letters to the First Pets, 1998
  • An Invitation to the White House: At Home with History, 2000
  • Living History, 2003


Pautan luar[sunting | sunting sumber]