Honda City

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Honda City (Fit Sedan)
Honda City generasi kelima
(Generasi kelima)
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran1981-1994, 1996-sekarang
KelasSubpadat
BerkaitHonda Jazz, Honda Logo

Honda City merupakan kereta subpadat keluaran syarikat automotif Jepun Honda sejak tahun 1981. Asalnya ia dibina sebagai model kereta bandar raya khusus untuk pasaran Jepun, Eropah dan Australia dan dihentikan pengeluarannya tanpa pengganti pada tahun 1994, namun ia dihidupkan semula sebagai satu siri kereta padat empat pintu yang disasarkan kepada pasaran negara membangun, terutamanya di Asia, Amerika Latin dan Australia.

Sejak 2002, City juga dikenali sebagai Honda Fit Aria kerana ia adalah model sedan subpadat yang dibina berasaskan pelantar Kereta Kecil Sejagat Honda bersama-sama Honda Jazz (hatchback lima pintu), Honda Airwave (kereta estet berasaskan Honda City), Honda Mobilio, dan Honda Freed — kesemuanya mempunyai tangki bahan api di bawah tempat duduk hadapan dan bukannya tempat duduk belakang sebagaimana kebanyakan kereta lain.

Generasi pertama (1981-1986)[sunting | sunting sumber]

City AA/FV/FA
Honda City AA
Stail badanHatchback 3 pintu 2, 4 atau 5 tempat duduk
Convertible 2 pintu 4 tempat duduk
LayoutFF, enjin melintang
EnjinHonda ER 4 sebaris, 1231 cc;
33 kW (44 hp) pada 4500 rpm sehingga
110 PS (81 kW) pada 5500 rpm
TransmisiManual 4/5 kelajuan
Hypershift manual 4+3 kelajuan
Automatik 3 kelajuan
Tapak roda2,220 mm (87 in)
Panjang3,380–3,420 mm (133–135 in)
Lebar1,570–1,625 mm (61.8–64.0 in)
Tinggi1,460–1,570 mm (57–62 in)
Berat kering640–810 kg (1,410–1,790 lb)

Honda City terawal diperkenalkan pada November 1981 dengan reka bentuk "Tallboy" yang tinggi untuk memuatkan empat orang dengan selesa dengan menggunakan ketinggiannya (bawah 3.4 m atau 11.2 ka*).[1]

Honda City Cabriolet

Pada September 1982 versi turbo bagi enjin Honda ER 1231 cc diperkenalkanIa turut dieksport di Eropah dengan namanya diubah kepada Honda Jazz (jangan terkeliru dengan model hatchback Honda Jazz 5 pintu yang lebih baharu) disebabkan Opel telah memiliki tanda dagangan nama City. Pengeluaran berakhir lewat 1986 dengan pengenalan City jenis GA.kemauan xmali

Generasi kedua (1986-1994)[sunting | sunting sumber]

1988 GA2 Honda City.

Honda menggantikan City asal pada tahun 1986 (GA1), dengan model baharu yang dikemaskini pada tahun 1989 (GA2). Model ini dikeluarkan sehingga tahun 1994.

Generasi ketiga (1996-2002)[sunting | sunting sumber]

Honda City generasi ketiga

Honda City generasi ketiga, dikodkan sebagai SX8, dibina berasaskan pelantar EF Civic. Ia direka untuk dijual di pasaran Asia Tenggara sahaja.

Model City ini masih merupakan model subpadat tetapi dibina sebagai model sedan empat pintu sebagai alternatif yang lebih murah kepada Honda Civic yang disasarkan kepada negara-negara membangun di Asia, dan dikilangkan di Pakistan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan India. Model generasi ketiga yang diperbaharui dikeluarkan pada tahun 2000, serta digerakkan oleh enjin Honda 1.5L VTEC.

Generasi ketiga City menggunakan enjin Siri D, iaitu D13B dan D15B. Enjin D15B dikurangkan kuasanya di pasaran Asia tetapi masih mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang mendahului saingannya. Berat kasar ialah 985 kilogram (2,172 lb), dan keluaran kuasa enjin D15B ialah 115 PS (85 kW). Kereta ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa sekitar 10 saat.

Generasi keempat (2002-2007)[sunting | sunting sumber]

2008 Honda City (Filipina)

2002 - 2004[sunting | sunting sumber]

Semasa Ekspo Kereta Antarabangsa Thailand 2002 pada November 2002, City generasi keempat mula ditampilkan, serta turut terdapat dalam versi pacuan empat roda. Model ini diimport dari Thailand dan dilancarkan sebagai Fit Aria di pasaran domestik Jepun[2] bermula 20 Disember 2002. Di Republik Rakyat China, model ini dinamakan Fit Saloon serta dijual bermula September 2003 sehingga Disember 2008.

2005 - 2007 (facelift)[sunting | sunting sumber]

kemasan dalaman model VTEC

Pada September 2005, versi yang diperbaharui dilancarkan di Thailand, Malaysia pada Oktober 2005, dan Indonesia pada November 2005; ia dikenali sebagai City ZX di Thailand, India, New City di Indonesia dan Malaysia, serta City di Singapura dan Pakistan. Perubahan paling ketara ialah bahagian luaran (gril baharu, lampu kepala baharu, lampu kabus baharu, lampu belakang baharu serta bampar baharu). Bahagian hadapan dipanjangkan sebanyak 65 mm (2.6 in) manakala bahagian belakang dipanjangkan sebanyak 15 mm (0.6 in). Cermin sisinya boleh dilipat secara elektronik. Kedua-dua model i-DSI dan VTEC menggunakan rim sport aloi 14-inci (360 mm) sebagai komponen piawai. Bahagian dalamannya juga mengalami perubahan dimana versi VTEC berwarna hitam manakala versi i-DSI berwarna sama seperti model sebelumnya.

2008 (facelift)[sunting | sunting sumber]

terdapat beberapa perubahan kecil seperti grill hadapan, cermin sisi berlampu isyarat, dan radio yang lebih kemas.


Honda City di India, Thailand, Indonesia, Filipina, Pakistan, Singapura dan Malaysia menggunakan transmisi CVT bagi kedua-dua varian i-DSI dan VTEC. Kotak gear CVT turut menghasilkan transmisi tiruan 7 kelajuan dengan butang "paddle shift" bagi menukar gear. Ia merupakan satu inovasi yang jarang didapati pada kereta subpadat dalam kelasnya.

City/Fit Aria:

  • GD6: 1.3 L L13A i-DSI Inline-four engine 2WD (Fit-Aria)
  • GD7: 1.3 L L13A i-DSI Inline-four engine 4WD (Fit-Aria)
  • GD8: 1.5 L L15A i-DSI/VTEC Inline-four engine 2WD (Fit-Aria)
  • GD9: 1.5 L L15A i-DSI/VTEC Inline-four engine 4WD (Fit-Aria)

Generasi kelima (2008–2013)[sunting | sunting sumber]

Generasi kelima
Juga dikenaliHonda Fit Aria
Guangzhou-Honda City
Pengeluaran2008–sekarang
PemasanganAyutthaya, Thailand
Alor Gajah, Malaysia
Greater Noida, India
Guangzhou, China
Lahore, Pakistan
Sumaré, Brazil
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Adapazarı, Turki
Stail badanSedan 4 pintu
LayoutFF
Enjin1.3 L 4 sebaris i-VTEC
1.5 L 4 sebaris i-VTEC
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
Tapak roda2,550 mm (100 in)
Panjang4,395 mm (173.0 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,470 mm (58 in)
Berat kering1,150 kg (2,540 lb)
Muatan bahan api42 L (11 US gal; 9 imp gal)
BerkaitHonda Fit/Jazz
Honda Airwave
Honda Freed

Honda City baharu dilancarkan di Bangkok, Thailand semasa acara Siam Paragon pada 10 September 2008 diikuti New Delhi, India pada 25 September 2008 dan seterusnya pada Januari 2009 di Pakistan dan Indonesia. Honda turut mengumumkan bahawa model City ini turut ditawarkan di beberapa negara Eropah dengan enjin 1.4 liter i-VTEC yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automasi manual (AMT) i-SHIFT 6 kelajuan.

Bahagian belakang Honda City.

Ia turut dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember 2008.[3] Ia dijadualkan untuk tiba di Singapura menjelang penghujung September. Model yang dijual di Malaysia dan Singapura hanya didapati dengan transmisi automatik 5 kelajuan. Di Malaysia, model ini boleh didapati dalam dua varian berikut:-

  • Gred S - model asas dengan rim aloi 15 inci
  • Gred E - model lanjutan dengan rim aloi 16 inci, "paddle shift", butang kawalan audio pada stereng, lampu isyarat membelok pada cermin sisi, cermin sisi boleh dilipat serta tempat duduk belakang boleh dilipat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Car Graphic: Car Archives Vol. 11, '80s Japanese Cars. Tokyo: Nigensha. 2007. m/s. 145. ISBN 978-4-544-91018-6.
  2. ^ World of Cars 2006·2007. Warsaw, Poland: Media Connection Sp. z o.o. 2006. m/s. 272.
  3. ^ "2009 Honda City 1.5 E and S launched in Malaysia". paultan.org. 2008-12-18. Dicapai pada 2010-06-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]