Pergi ke kandungan

Tilapia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ikan Tilapia)

Ikan Tilapia
Ikan Tilapia dari Sungai Nil
(Oreochromis niloticus niloticus)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus

Oreochromis (kira-kira 30 spesies):
A. Günther, 1889
  Oreochromis aurea - Tilapia Biru
  Oreochromis macrochir - Tilapia ridip panjang
  Oreochromis mossambicus - Tilapia Mozambique
  Oreochromis niloticus niloticus - Tilapia Nil
  Oreochromis urolepis urolepis - Tilapia Rufigi
  Oreochromis urolepis hornorum - Tilapia Wami

Sarotherodon (lebih 10 spesies):
W. P. E. S. Rüppell, 1852
  Sarotherodon galilaeus galilaeus - Galilee atau Tilapia Mangga
  Sarotherodon melanotheron heudelotii - Cichlid Senegal atau ikan mangga
  Sarotherodon melanotheron melanotheron - Tilapia Dagu Hitam

Tilapia (kira-kira 40 spesies):
Smith, 1840
  Tilapia buttikoferi - Tilapia Zebra
  Tilapia mariae - Tilapia Berbintik
  Tilapia rendalli - Tilapia Dada Merah
  Tilapia sparrmani - Tilapia Belang
  Tilapia zillii - Tilapia Perut Merah

dan lihat teks

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).

Antara genus ikan tilapia adalah:

  1. Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus).
  2. Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
  3. Tilapia Biru (Oreochromis aureus)
  1. Tilapia mossambica

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama biasa bagi tilapia berasaskan nama genus cichlid Tilapia, yang dirinya sendiri merupakan menjadikan bentuk latin perkataan Tswana thiape bagi "ikan".[1] Nama genus dan istilah mula diperkenal oleh zoologist dari Scotland, zoologist Andrew Smith pada 1840.[2]

Ketika ia diperkenalkan keseluruh dunia bagi makanan manusia (pada asalnya bagi petani sebagai hidangan kelas rendah), tilapia sering kali mempunyai nama khas bagi mereka dalam pelbagai bahasa dan loghat. Sesetengah spesies tilapia kadang kala dikenali sebagai ikan "St. Peter." Istilah ini diambil dari kisah Injil Kristian mengenai apostle Peter menangkap ikan yang membawa siling shekel dalam mulutnya. Sungguhpun begitu, spesies ikan tidak disebut dalam perenggan Injil;.[3] Sungguhpun nama yang sama digunakan bagi Zeus faber, tiada ikan laun terdapat dikawasan tersebut, satu spesies tilapia (Sarotherodon galilaeus galilaeus) diketahui dijumpai di Laut Galilee di mana kisah tersebut dikatakan berlaku. Spesies ini diketahui merupakan sasaran penangkapan ikan Artisan berskala kecil selama beribu tahun.[4][5] Di sesetengah negara Asia termasuk Filipina, ikan tilapia besar sering kali disebut pla-pla sementara tilapiar kecil masih dikenali sebagai tilapia.[6] Dalam bahasa Hebrew, tilapia dikenali sebagai amnoon (אמנון). Dalam bahasa Arab, tilapia dikenali sebagai bolty (بلطي ).

Akuakultur

[sunting | sunting sumber]

Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metri pada 2002[7]. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia. Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber portin yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan. Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi perlepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja dibeberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim serdahana seperi ASEAM.[1] Di zon serdahana tempatan, operasi penternakan tilapiine memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika yang diperlukan tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.[8]

Populasi asing

[sunting | sunting sumber]

Tilapia telah digunakan sebagai pengawalan biologi bagi mengawal masalah rumpair tertentu. Ia menggemari tumbuhan akuatik terapung, duckweed (Lemna sp.) tetapi turut makan alga serat (filamentous) [2] Diarkibkan 2012-09-21 di Wayback Machine. Di Kenya tilapia diperkenalkan bagi mengawal nyamuk yang menyebabkan malaria. Ia makan larva nyamuk, dengan itu mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, yang merupakan vektor penyakit ini (Petr 2000). Kebaikanini, bagaimanapun jauh ditenggelami oleh aspek negetif tilapia sebagai spesies ceroboh (invasive species). Di Kenya, Tilapia yang terdapat di Tasik Victoria (Sango), dikenali sebagai Ngege oleh puak Luo. Eksportnya ke pasaran Europah telah menjejas bekalan kepada Luos yang menganggapnya sebagai makanan ruji.

Ikan tilapia besar biasanya dilihat sebagai ikan akuarium masyarakat tidak baik kerana ia memakan tumbuhan dan boleh menjadi gangguan, menggali substrate dan berkelahi dengan ikan lain. Spesies Afrika barat lebih kecil, seperti Tilapia joka, dan spesies dari tasik kawah dari Cameroon, sebaliknya, agak popular. Samajuga, dalam akuarium cichlid tilapias boleh bercampur dengan baik dengan cichlid yang tidak mengawal kawasan, armoured catfish, tinfoil barbs, garpike, dan ikan kuat tetapi aman. Sesetengah spesies, termasuk Tilapia buttikoferi, Tilapia rendalli, Tilapia joka, dan Sarotherodon melanotheron melanotheron air payau, memiliki pola menarik dan merupakan ikan hiasan.

  1. ^ Chapman, Frank A. (July 1992). "Culture of Hybrid Tilapia: A Reference Profile" (html). Circular 1051. University of Florida, Institute of Food and Agricultural Sciences. Dicapai pada 2007-08-17.
  2. ^ "Genera Summary: Tilapia" (html). Catalog of Fishes - W.N. Eschmeyer; California Academy of Sciences. FishBase. June 2007. Dicapai pada 2007-08-17.
  3. ^ Matthew 17:24−27Template:Bibleverse with invalid book
  4. ^ Baker, Jenny (1988). Simply Fish. London: Faber & Faber. m/s. 197 pp.
  5. ^ Rosencrans, Joyce (2003-07-16). "Tilapia is a farmed fish of biblical fame". The Cincinnati Post. E. W. Scripps Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-18. Dicapai pada 2007-08-25. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)
  6. ^ FAO Fishery Information, Data and Statistics Service (1993). "Aquaculture production (1985-1991)". FAO Fisheries Circular. FAO. 815: 20–21.
  7. ^ Fessehaye, Yonas (2006). Natural mating in Nile tilapia (Oreochromis niloticus L.) Implications for reproductive success, inbreeding and cannibalism (PDF). Wageningen: Wageningen UR. m/s. 150 pp. ISBN 90-8504-540-1.
  8. ^ "GO FISH, Egyptian Style - Ag Innovation News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-30. Dicapai pada 2008-07-31.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • FAO Fishery Information, Data and Statistics Service (1993). "Aquaculture production (1985-1991)". FAO Fisheries Circular. FAO. 815: 20–21.
  • Petr, T. (2000): Interactions between fish and aquatic macrophytes in inland waters. A review. FAO Fisheries Technical Papers 396.
  • Trewavas, Ethelwynn (1983): Tilapiine fishes of the genera Sarotherodon, Oreochromis and Danakilia. Published by the British Museum (Natural History), London. 583 pages. ISBN 0-565-00878-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]