Ismail Kamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz Dato' Haji

Ismail Kamus

DSSA (Selangor)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Gombak Setia
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehRakibah Abdul Manap
Digantikan olehYuszahari Mohd Yusoff
Butiran peribadi
Lahir2 Disember 1948
Kampung Batang Rening, Hulu Selangor, Selangor
Meninggal dunia8 Mei 2020(2020-05-08) (umur 71)
Ampang, Selangor
Sebab kematianSakit tua
IbuSiah Leman
BapaKamus Ahmad
Saudara
  • Majid Kamus
  • Karim Kamus
  • Musa Kamus
  • Ismail Kamus
  • Zainab Kamus
  • Syamsiah Kamus
  • Jais Kamus
  • Luai Kamus
  • Alwi Kamus
  • Muhammad Kamus
PekerjaanPendakwah bebas
Laman web rasmiDarussalam

Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Ustaz Ismail Kamus [Nota 1]
  1. ^ Fan page rasmi. Sumber untuk laman web: [1].

Ustaz Dato' Ismail Kamus (2 Disember 1948 – 8 Mei 2020; Jawi: استاذ داتوء اسماعيل كاموس)[2] ialah seorang pendakwah bebas Malaysia. Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei dan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat. Beliau juga berdakwah di Timur Tengah. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1999 hingga 2004.[3] Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Perubatan Islam[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menubuhkan syarikat perkhidmatan umrah dan haji, Datuk Ismail Kamus menumpukan sepenuh masa kepada rawatan Islam. Ustaz Ismail Kamus mempelajari perubatan Islam daripada Prof. Datuk Dr. Haron Din sekitar tahun 1979 dan mula mengubat pada tahun 1986.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas dan pakar pengamal perubatan Islam di Darussalam. Beliau juga sebagai penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2003 Diarkibkan 2014-01-11 di Wayback Machine.

Media[sunting | sunting sumber]

Ustaz Ismail Kamus juga sering kali keluar di stesen TV di rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Selain itu beliau juga tampil di rancangan-rancangan TV terpilih seperti di TV3 dan Astro Oasis. Perkembangan beliau juga boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Blog kelolaan peminat beliau. Ceramah beliau juga terdapat di dalam bentuk CD, VCD, MP3 dan menerusi laman Youtube.

Buku[sunting | sunting sumber]

Ustaz Ismail Kamus juga menulis beberapa buku ilmiah seperti berikut:

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Selangor
    • Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' (1996)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Selangor
    • 2011 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor[4]

Kajian ilmiah[sunting | sunting sumber]

Tokoh Maal Hijrah Selangor 2011[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor.Sumbangannya besar dalam menyebarkan syiar Islam .Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu. Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[4]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menang. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau sekali lagi bertanding di DN yang sama, namun tewas. Beliau juga bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya yang sama, juga tewas. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi Yang Ditandingi oleh Ismail Kamus
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
1999 DUN Gombak Setia, Selangor Ismail Kamus (PAS) 11,821 Abdul Ghani Mohd Yatim (BN-UMNO) 10,868 76.06% 953
2004 Parlimen Hulu Selangor Ismail Kamus (PAS) 13,324 Palanivel a/l Govindasamy (BN-MIC) 27,807 72.77% 14,483
DUN Gombak Setia, Selangor Ismail Kamus (PAS) 9,778 Yuszahari Mohd Yusoff (BN-UMNO) 12,506 68.64% 2,728

Kesihatan dan meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April 2020 disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah. Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh dilaporkan berkata, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-paru beliau, sementara hasil ujian saringan COVID-19 yang dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Menurut Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 Mei 2020, pukul 12.30 tengah malam di kediamannya di Ampang, Selangor.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]