Jalan pintasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan Pintasan Muar dibina bagi melencongkan aliran trafik Laluan Persekutuan Jkr-ft5.png untuk mengurangkan kesesakan di bandar Muar.

Jalan pintasan merupakan jalan raya atau lebuh raya yang mengelak atau memintas sesuatu kawasan tepu bina, bandar atau kampung, untuk membolehkan aliran lalu lintas berjalan lancar tanpa gangguan dari lalu lintas tempatan, untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan tepu bina, serta untuk menambah baik keselamatan jalan raya.

Kurangnya kawalan penggunaan tanah yang ketat akan menyebabkan bangunan dibina sewenang-wenangnya sepanjang jalan pintasan, menjadikan jalan pintasan sebagai jalan raya perbandaran biasa, malah jalan pintasan tersebut akan semakin sesak sebagaimana jalan-jalan tempatan yang ingin dielakkan. Pusat beli-belah serta sesetengah syarikat lain didirikan di sana supaya mudah dicapai, manakala rumah-rumah pula didirikan jauh daripada jalan pintasan untuk mengelakkan masalah pencemaran bunyi.

[sunting] Lihat juga

Jalan tunas Rencana berkaitan jalan raya ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain